Tuesday, September 29, 2009

Monday, September 28, 2009

DI SAAT AISYAH R.A DI FITNAH....





Hadis Saidatina Aisyah r.a isteri Nabi s.a.w katanya:

Apabila Rasulullah s.a.w ingin musafir, baginda biasanya mengadakan undian di kalangan isteri-isterinya. Sesiapa yang bernasib baik dialah yang akan keluar bersama Rasulullah s.a.w. Saidatina Aisyah berkata: Rasulullah s.a.w membuat undian di kalangan kami untuk memilih siapakah yang akan turut serta ke medan perang. Tanpa diduga undi akulah yang berjaya. Lalu aku keluar bersama Rasulullah s.a.w.

Peristiwa ini berlaku selepas turunnya ayat hijab. Aku dibawa dalam Haudaj (sebuah bilik kecil untuk perempuan yang diletakkan di atas unta). Bilik inilah aku ditempatkan selama berada di sana. Setelah Rasulullah s.a.w selesai berperang, kami terus pulang. Kami berhenti rehat buat seketika di suatu tempat yang berhampiran dengan Madinah. Sebaik sahaja tiba waktu malam kami diminta supaya meneruskan perjalanan.

Pada waktu yang sama aku bangkit dan berjalan jauh dari pasukan tentera. Apabila selesai membuang air besar aku kembali ke tempat kelengkapan perjalanan. Ketika aku menyentuh dadaku mencari kalung, ternyata kalungku yang diperbuat dari manik Zafar (berasal dari Zafar, Yaman) hilang. Aku kembali lagi ke tempat tadi mencari kalungku sehingga aku ditinggalkan dalam keadaan tersebut. Sementara itu beberapa orang lelaki yang ditugaskan membawaku mengangkat Haudaj ke atas unta yang aku tunggangi kemudian terus pulang. Pada sangkaan mereka aku berada di dalamnya.

Saidatina Aisyah berkata: Wanita pada waktu itu semuanya ringan-ringan, tidak terlalu tinggi dan tidak pula terlalu gemuk kerana mereka hanya memakan sedikit makanan menyebabkan para sahabat tidak terasa berat ketika membawa serta mengangkat Haudaj. Apatah lagi aku pada waktu itu seorang gadis. Mereka membangkitkan unta dan terus berjalan.

Sebaik sahaja mereka bertolak aku bertemu kalung yang kehilangan tadi. Aku pergi ke tempat perhentian mereka semasa berperang, namun tidak seorang pun yang ada di sana. Lalu aku kembali ke tempat perhentianku dengan harapan mereka sedar kehilanganku dan kembali mencariku. Ketika berada di tempatku, aku terasa mengantuk dan terus tertidur.

Kebetulan Safuan bin Al-Muattal As-Sulami Az-Zakwani telah ditinggalkan oleh pasukan tentera supaya berangkat pada awal malam sehinggalah dia sampai ke tempatku pada pagi tersebut. Dalam kesamaran dia terlihat seorang manusia sedang tidur. Dia menghampiriku dan didapati aku yang tidur di situ. Dia mengenaliku kerana pernah melihat aku sebelum hijab diwajibkan kepadaku.

Aku tersedar oleh ucapannya [Inalillahi wa inalilahirajiun] ketika dia mengetahui bahawa aku tidur di situ. Aku segera menutup wajahku dengan kain tudung. Demi Allah! Dia tidak bercakap dengan aku dan aku juga tidak mendengar kata-katanya walaupun sepatah selain ucapannya [Inalillahi wa inalilahirajiun] sehinggalah dia meminta aku menunggang untanya. Tanpa membuang masa aku terima pelawaannya dan terus naik dengan berpijak di tangannya, lalu beredar dalam keadaan dia menarik unta sehinggalah kami berjaya mendapatkan pasukan tentera yang sedang berhenti rehat kerana panas terik.

Celakalah penuduhku dan orang yang tetap dengan keangkuhannya iaitu Abdullah bin Ubai bin Salul.

Setelah sampai di Madinah, aku jatuh sakit di Madinah selama sebulan setelah ku kembali. Sementara itu orang ramai sedang menyebarkan fitnah daripada pereka cerita bohong tetapi aku sendiri tidak mengetahuinya. Aku mula resah setelah Rasulullah s.a.w kelihatan berubah malah aku tidak lagi merasakan kelembutan Rasulullah s.a.w yang biasanya aku rasakan ketika aku sakit.

Rasulullah s.a.w cuma masuk mengucapkan salam kemudian bertanya: Bagaimana keadaanmu? Suasana ini menyebabkan aku semakin gelisah kerana bagiku, aku tidak melakukan keburukan. Setelah penyakitku beransur sembuh, aku keluar bersama Ummu Mistah ke tempat buang air besar. Ianya adalah tempat yang biasa kami kunjungi untuk membuang air besar dan kami hanya keluar pada waktu malam. Keadaan ini berterusan sehinggalah kami membina tandas berhampiran dengan rumah kami. Kamilah orang arab yang pertama membina tandas untuk bersuci. Akhirnya kami merasa terganggu dengan tandas tersebut yang di bina berhampiran dengan rumah kami.

Suatu hari aku keluar bersama Ummu Mistah binti Abu Ruhmi bin Al-Muttalib bin Abdul Manaf. Ibunya adalah puteri Sakhrin bin Amir ibu saudara Abu Bakar As-Siddiq r.a, anaknya bernama Mistah bin Usaasah bin Abbad bin Al-Muttalib. Setelah kami selesai buang air besar aku berjumpa dengan anak perempuan Abu Ruhmi berhampiran rumahku. Tiba-tiba Ummu Mistah terpijak pakaiannya lalu melatah sambil berkata: Celaka Mistah!

Aku berkata kepadanya: Apakah engkau mencela seorang lelaki yang syahid dalam peperangan Badar.

Dia menjawab: Wahai Saidatina Aisyah: Tidakkah engkau mendengar apa yang dia katakan?

Aku menjawab: Tidak, apakah yang dia katakan?

Lantas Ummu Mistah menceritakan kepada aku tuduhan pembuat cerita bohong. Mendengar cerita itu, sakitku bertambah kuat. Setelah sampai di rumah Rasulullah s.a.w masuk menjengukku. Baginda mengucapkan salam kemudian bertanya: Bagaimana keadaanmu?
Aku menjawab: Apakah engkau izinkan aku berjumpa dua orang tuaku?

Pada saat itu aku ingin kepastian tentang berita tersebut dari dua orang tuaku. Selepas mendapat keizinan daripada Rasulullah s.a.w, aku segera pulang ke rumah orang tuaku. Sebaik sahaja sampai di sana, aku bertanya ibuku: Mak, apakah cerita yang disebarkan oleh orang ramai mengenai diriku?

Ibuku menjawab: Wahai anakku! Tabahkanlah hatimu! Demi Allah berapa orang sahaja wanita cantik berada di samping suami yang menyayanginya dan mempunyai beberapa orang madu tidak difitnahkan, bahkan ramai yang dilontarkan fitnah terhadapnya.

Aku berkata: Maha suci Allah s.w.t! Apakah sampai begitu sekali orang ramai memfitnah ku?

Aku terus menangis pada malam tersebut dan tidak lagi mampu menahan air mata. Aku tidak dapat tidur sehingga pada pagi keesokannya, aku masih lagi dalam keadaan demikian.

Setelah beberapa ketika Rasulullah s.a.w memanggil Ali bin Abi Talib dan Usamah bin Zaid untuk membincangkan perceraian dengan isterinya. Ketika itu wahyu tidak diturunkan. Usamah bin Zaid memberi pertimbangan kepada Rasulullah s.a.w tentang penjagaan Allah terhadap isteri baginda dan kemesraan Nabi terhadap mereka sambil berkata: Wahai Rasulullah! Mereka adalah keluargamu. Kami cuma mengetahui apa yang baik.

Manakala Ali bin Abi Talib pula berkata: Allah tidak menyulitkan kamu malah wanita selain daripadanya masih ramai. Jika engkau bertanyakan pembantu rumah pun, tentu dia akan memberikan keterangan yang betul.

Saidatina Aisyah berkata: Lantas Rasulullah s.a.w memanggil Barirah (pembantu rumah) dan bertanya: Wahai Barirah! Apakah engkau pernah melihat sesuatu yang meragukan tentang Aisyah?

Barirah menjawab: Demi Allah yang mengutusmu membawa kebenaran. Sekiranya aku melihat sesuatu padanya, nescaya aku tidak akan menyembunyikannya. Dia tidak lebih dari seorang gadis muda yang sering tertidur di samping adunan roti keluarganya sehinggalah binatang ternakan seperti ayam dan burung datang memakannya.

Saidatina Aisyah berkata: Kemudian Rasulullah s.a.w berdiri di atas mimbar meminta pertolongan untuk membersihkan segala fitnah yang dilontarkan oleh Abdullah bin Ubai bin Salul.

Saidatina Aisyah berkata lagi: Rasulullah s.a.w bersabda semasa berkhutbah: Wahai kaum Muslimin! Siapakah yang ingin menolongku dari orang yang sanggup melukai hati keluargaku? Demi Allah! Apa yang aku ketahui hanyalah kebaikan. Beberapa orang telah menyebut tentang seorang lelaki yang aku ketahui bahawa dia seorang yang baik. Dia tidak pernah masuk berjumpa isteriku kecuali bersamaku.

Lalu Saad bin Muaz Al-Ansariy bangun berkata: Aku yang akan menolongmu daripada orang itu wahai Rasulullah. Jika dia daripada golongan Aus aku akan memenggal lehernya dan sekiranya dia dari kalangan saudara kami daripada golongan Khazraj, perintahkanlah aku nescaya aku akan melaksanakan segala perintahmu itu.

Saidatina Aisyah berkata: Mendengar kata-kata tersebut lantas Saad bin Ubadah bangun. Dia adalah penghulu golongan Khazraj, seorang yang soleh tetapi kadang-kadang dia cepat radang kerana bongkak. Dia menjawab kepada Saad bin Muaz: Engkau bohong! Demi Allah engkau tidak dapat membunuhnya dan tidak mampu untuk membunuhnya!

Lalu Usaid bin Hudair sepupu Saad bin Muaz bangun menjawab kepada Saad bin Ubadah: Engkau bohong! Demi Allah, kami akan membunuhnya. Engkau seorang munafik yang membela orang-orang munafik.

Maka terjadilah pertengkaran hebat antara golongan Aus dan Khazraj, sehingga mereka hampir membunuh antara satu sama lain. Rasulullah s.a.w masih tetap berdiri di atas mimbar. Rasulullah s.a.w tidak henti-henti menenangkan mereka sehinggalah mereka terdiam kerana melihat Rasulullah s.a.w diam.

Saidatina Aisyah berkata: Melihat keadaan itu aku menangis sepanjang hari. Air mataku tidak berhenti mengalir dan aku tidak dapat tidur sehinggalah pada malam berikutnya. Dua ibu bapaku menganggap tangisanku itu boleh membawa kepada terbelahnya jantungku.

Ketika ibu bapaku menunggu aku, seorang perempuan Ansar datang meminta izin menemuiku. Setelah aku mengizinkannya, dia terus masuk lalu duduk sambil menangis.

Saidatina Aisyah berkata: Ketika itu Rasulullah s.a.w masuk memberi salam, lalu duduk bersama aku. Saidatina Aisyah berkata: Baginda tidak pernah berbuat demikian sejak berlakunya fitnah terhadapku sebulan yang lalu. Wahyu juga tidak diturunkan kepada baginda mengenai keadaanku.

Saidatina Aisyah berkata: Rasulullah s.a.w mengucapkan Dua Kalimah Syahadah ketika duduk kemudian bersabda: Wahai Aisyah! Aku ketahui berbagai cerita telah diperkatakan tentang dirimu. Jika engkau memang tidak bersalah, Allah pasti tidak akan menyalahkan kamu. Tetapi seandainya engkau bersalah, pohonlah keampunan daripada Allah dan bertaubatlah kepada-Nya kerana sesungguhnya apabila seorang hamba mengaku berdosa, kemudian bertaubat nescaya Allah pasti akan menerima taubatnya.

Saidatina Aisyah berkata: Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w selesai bersabda, aku bertambah sedih sehingga tidak terasa air mataku menitis. Aku berkata kepada ayahku: Jelaskanlah kepada Rasulullah s.a.w mengenai apa yang baginda katakan.

Ayahku menjawab: Demi Allah! Aku tidak tahu apa yang harus dijelaskan kepada Rasulullah s.a.w.

Kemudian aku berkata kepada ibuku: Jelaskanlah kepada Rasulullah s.a.w.

Ibuku juga menjawab: Demi Allah! Aku tidak tahu apa yang harus dijelaskan kepada Rasulullah s.a.w.

Lalu aku berkata: Aku adalah seorang gadis muda. Aku tidak banyak membaca Al-Quran. Demi Allah! Aku tahu bahawa kalian telah mendengar semuanya itu sehingga tetap bersemadi di hati kalian, malah kalian mempercayainya. Jika aku katakan kepada kalian bahawa aku tidak bersalah, Allahlah yang mengetahui bahawa aku tidak bersalah, tetapi kalian tetap tidak mempercayaiku. Begitu juga sekiranya aku mengakui melakukan kesalahan, Allahlah yang mengetahui bahawa aku tidak bersalah dan kalian tentu akan mempercayaiku. Demi Allah, aku tidak mempunyai contoh yang tepat untuk aku dan kalian kecuali kata-kata yang disebut oleh ayah Nabi Yusuf a.s: (Yang bermaksud: Kalau begitu bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya dan Allah jualah yang dipohonkan pertolongan mengenai apa yang kamu katakan itu).

Saidatina Aisyah berkata: Kemudian aku beredar lalu berbaring di tempat tidurku. Saidatina Aisyah berkata: Demi Allah! Pada saat itu aku yakin diriku tidak bersalah dan Allah akan menunjukkan bahawa aku tidak bersalah. Tetapi Demi Allah! Aku tidak menyangka bahawa wahyu akan diturunkan tentang permasalahanku kerana persoalanku adalah terlalu remeh untuk difirmankan oleh Allah s.w.t.

Namun begitu aku mengharapkan agar Rasulullah s.a.w melihat dalam mimpinya bahawa Allah s.w.t membersihkan aku dari fitnah itu. Saidatina Aisyah berkata: Demi Allah! Rasulullah s.a.w tidak beredar dari tempat duduk baginda dan tidak ada seorangpun di kalangan keluarga kami keluar. Apabila Allah s.w.t menurunkan wahyu kepada Nabi-Nya, baginda kelihatan berubah. Baginda duduk membongkok sambil berpeluh bagaikan mutiara pada musim sejuk kerana beratnya menerima firman Allah s.w.t yang diturunkan kepada baginda.

Saidatina Aisyah berkata: Setelah itu Rasulullah s.a.w terus ketawa. Ucapan pertama baginda selepas menerima wahyu tersebut ialah sabdanya: Bergembiralah, wahai Aisyah! Sesungguhnya Allah s.w.t telah membersihkan kamu! Lalu ibuku berkata kepadaku: Bangunlah berjumpa Rasulullah s.a.w.

Aku menjawab: Demi Allah! Aku tidak akan bangun berjumpa baginda. Aku hanya akan memuji kepada Allah s.w.t kerana Dialah yang menurunkan ayat Al-Quran menyatakan kebersihanku. Lalu Allah s.w.t menurunkan ayat (Yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu) sebanyak sepuluh ayat. Allah s.w.t menurunkan ayat-ayat tersebut yang menyatakan kebersihanku.

Saidatina Aisyah berkata: Lalu Sayidina Abu Bakar orang yang selalu memberi nafkah kepada Mistah kerana dia adalah salah seorang daripada kaum keluarga Abu Bakar dan seorang miskin berkata: Demi Allah! Aku tidak akan memberikan nafkah kepadanya lagi selepas dia memfitnahkan Saidatina Aisyah r.a.

Sebagai teguran terhadap tindakan itu Allah s.w.t menurunkan ayat sehingga ayat (Yang bermaksud: Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya di antara kamu bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum keluarga sehinggalah kepada firman Allah s.w.t yang bermaksud: Tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu).

Hibban bin Musa berkata: Abdullah bin Al-Mubarak menyebut: Inilah ayat yang paling aku harapkan dalam Kitab Allah.

Abu Bakar berkata: Demi Allah! Memang aku inginkan keampunan Allah s.w.t. Lalu Abu Bakar kembali memberikan nafkah kepada Mistah sebagaimana biasa dan berkata: Aku tidak akan berhenti memberi nafkah kepadanya.

Saidatina Aisyah berkata: Rasulullah s.a.w pernah bertanya Zainab binti Jahsyin isteri Nabi s.a.w tentang masalahku: Apakah yang engkau ketahui atau apakah pendapatmu?

Zainab menjawab: Wahai Rasulullah! Aku selalu menjaga pendengaran dan penglihatanku. Demi Allah! Apa yang aku ketahui hanyalah kebaikan.

Saidatina Aisyah berkata: Dialah dari kalangan isteri-isteri Nabi s.a.w yang membanggakan aku.

Allah s.w.t mengurniakan kepadanya sifat warak berbanding dengan saudara perempuannya iaitu Hamnah binti Jahsyin yang turut serta menyebarkan fitnah. Maka celakalah dia bersama orang-orang yang celaka!

(Riwayat Muslim)



عمران رملى امري عمان

Sunday, September 27, 2009

سنة حلوة يا صديقي.......كل سنة و انت بخير









video

video ucapan besday kepada ustaz pie pada hari lahir beliau dari ahli bait dan sahabat-sahabat (^_^)



عمران رملى امري عمان

Saturday, September 26, 2009

5SYAWAL... SAMBUTAN AIDILFITRI & HAFLAH NAJIHIN..




ustaz pie kite nuu... tarik-tarik lentok habis punyo... hehehe.. siap dapat bunga lagi dari peminat
amboii!!! mendayu-dayu sayu je....hikkss (^_^)
persembahan nasyid dari kumpulan in-saff.... menginsafkan lagi para hadirin.. hehehe
juadah kuih raya bersama dengan nasi impit,kuah kacang,lotong dan ungkep daging kambing...nyam nyam nyam .... (^_^)
majlis perasmian suap kuih raya mulut ke mulut.... antara BP PMRAM dan pengerusi DPMZ. cute jeee... eheheheheh
kedatangan adik-adik medic yang baru memeriahkan lagi majlis sambutan hari raya
majlis sambutan aidilfitri dan haflah najihin yang di rasmikan oleh ustaz nik rosdi wakil dari PMRAM


عمران رملى امري عمان

4SYAWAL...LATIHAN SHOW DPMZ

video

hehehe... ni la di katakan tak der koje...
wat-wat la ada koje.sambil-sambil boring tak der wat apa...
saje je dok upload video masa latihan nasyid untuk buat show kat DPMZ raya ke5.
masa latihan ni wat kat bilik teman jeee...hehehe
lawa tak bilik teman.. macam sarang labah-labahkan?
tapi kira ok laaa.. sahabat baek dengan spiderman.hahaha
molek2 gitu.. saksikan la suara-suara yang bakal mengegrkan BUMI dan pelusuk-pelusuknya.
hahahaha (^_^)



Lafazkan kalimah syukur.Lafazkan kalimah itu.Alhamdulillah...

Segalanya yang ku kecapi.Adalah milikMu Ilahi (Tuhan Maha Pemurah)Tak kan terbalas.walaupun sebesar zarah

Kenikmatan yang bertandang.Terkadang tidak dihiraukan(Lepas dari pandangan)Dan bila hilang barulah dikesalkan

Adakalanya aku hanyut.Adakalanya aku terlupa.Adakala aku leka.Ampunilah...
Kerana ku manusia.Lemah dan tidak berdaya di sisiMu.Seringkali terlupa nikmatMu
Datang tiada jemu.Bila terhimpit mulalah
Mencari dan menyebut namaMu.Barulah merasai makna sebenar erti syukur
Syukur atas rahmatMu

Adakala ku hanyut.Adakala ku lupa
Adakala ku leka dan adakala ku alpa
Kerana ku manusia.Lemah dan tak berdaya
Seringkali terlupa nikmat yang Kau kurnia
Ku bersyukur ya Tuhan.Segala pemberian
Walau luas lautan.Bukanlah perbandingan
Ku tingkat keimanan.Ku gilap ketaqwaan
Sebagai perlambangan.Terima kasih ku Tuhan

Onak duri kehidupan.Jatuh bangun sendirian.Ada hikmah yang tersimpan.Yang menguji iman

Bersyukurlah selalu.Sentiasalah redha dan menerima
Tiap ujian tiba bukan diminta.Sebaliknya Allah Maha Mengetahui

Kan ku bertasbih selalu.Bertahmid berzikir padaMu.Sebagai tanda ku nilai. RahmatMu Tuhan

Aku bersyukur Ya Allah.Segala pemberianMu pada ku
Seluas lautan pun bukanlah jadi ukurannya.Memang tiada bandingan
Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi (Tuhan Maha Permurah)
Bukan miliku pinjaman sementara
Syukur Alhamdulillah

Sesungguhnya solatku,Amalku, hidupku, matiku
Kerna Allah yang satu.Kuserahkan segala harta jiwa dan raga
Sebagai tanda cinta.KepadaMu Yang Esa




video


ada masanya ketika ribut cabaran
melanda menerjah diri
pada sekeping hati, teralpa jua kita
pada kelembutan budi pekerti

ada ketikanya sering kita lupa lagi
pada halusnya nurani
terusik persaudaraan
tergurislah perasaan
walau itu bukan maksud dan tujuan

sampai masanya aidilfitri bertamu
di ruang waktu bagai biduk lalu
di samudera kalbu lalu kiambang
persaudaraan bertaut semula

terciptalah kemaafan, terukir keampunan
pada yang berkasih sayang kerana Tuhan
tak kan lama ianya terpisah
bertaut di hari raya

pada nur ramadhan yang terus membara
sinar kemeriahan syawal pun menyala
kita raikannya dengan indah bersaudara
menjadi sebagai tangan kiri dan kanan

yang sentuhan keduanya
saling membersihkan
kembali kepada fitrah
kepada ukhuwwah
kembali seluruhnya pada llah
berkah di hari raya

maafkan saja segala sengketa lama
yang membeku di jiwa
di bulan yang mulia hari yang bahagia
moga ukhuwwah terjalin selamanya


عمران رملى امري عمان

Friday, September 25, 2009

RAYA KE3 DI BKAN PERAK.... (^_^)



wajah-wajah DJ KPIPM.FM yang ceria-ceria dan cute-cute belaka... cute kee?? perasan la tuuu (^_^)


DJ KPIPM.FM sedang sibuk membelek-belek ucapan raya untuk di utarakan di udara...


para tetamu dari pelusuk mesir datang ke BKAN PERAK..... menjamu selera .. nyam nyam... chedapnya (^_^)





عمران رملى امري عمان

RAYA KE2 DI KAHERAH.....










video


ni la gelagat member-member aku kat cairo.... hehehe
masa ni time raya ke2 di aidilfitri.macam-macam gelagat & rope la deme ni.. dok pagi raya dah wat perangai...hahaha.
dok kat syaqah10.. semua nya student-student muhafazah.
bilik muhafazah pun leh wat openhouse..tak sia-sia den balik masa raya ke-2 tuu..
memang langkah kanan sungguh... hahaha
semuanya dalam kenangan bersama.. (^_^)





video


ni lak video masa beraya kat wisma B perak.
rumah baru perak yang baru siap.
kat syaqah1..... leh tahan la juga.macam-macam makanan & sajian yang di hidangkan untuk para tetamu.. me kaceh bebanyok atas hidangan yang lazat... nyam nyam nyam
terubat rindu (^_^)



عمران رملى امرى عمان

Thursday, September 24, 2009

HARI RAYA PERTAMA DI BUMI ZAGAZIK... 09











video


suasana raya di rumah teman... rumah usang jee.. hihihi tapi bergaya... hahaha.. macam dalam gua... hikkss ;))



video


ni lak suasana raya dirumah pojie dan ahli baitnya.. macam-macam hidangan di hidangkan... ungkepnya,kuah kacangnya,aym mask merah nya.. nyam nyam..chedap bangt.. hebat set-set deme cooking... huhu (^_^)



عمران رملى امري عمان

Sunday, September 20, 2009

SATU PAGI DI HARI RAYA.....

video


Satu Pagi Di Hari Raya
Aku Sujud Memuji Mu
Satu Pagi Di Hari Raya
Aku Sujud Membesarkan Mu

Ku Melafazkan Takbir
Penuh Rasa Kehambaan
Ku Melafazkan Tahmid
Penuh Rasa Kesyukuran

Gema Takbir Di Pagi Raya
Ku Teringat Kampung Halaman
Aku Di Perantauan
Tak Berdaya Menahan Sebak

Gema Takbir Di Pagi Raya
Ku Rindukan Ibu Di Sana
Keluarga Sanak Saudara
Hanya Doa Kukirim

Marilah Di Hari Raya
Kita Semua Bermaafan
Lupakan Persengketaan
Eratkan Persaudaraan
Harmoni Di Hari Raya


عمران رملى امري عمان

Saturday, September 19, 2009

SALAM LEBARAN DARIKU.....

Salam Aidilfitri dihulur maaf ku pohon buat semua rakan2.Disini, ku ingin mengucapkan Selamat mencari lailatul qadr dan juga ingin meminta maaf sekiranya ada: TERkasar bahas, TERsilap bicara, TERmarah yang tak kena, TERtanya tak tentu hala, TERsasul yang tak sengaja, TERpukul kat mana-mana, TERpekik di telinga, TERhantuk di kepala, TERpinjam harta benda, TERmoody tak semena-semena, TERumpat bila-bila, TERusik yg sengaja, dan segala macam 'TER' lagi Maaf Zahir & Batin! ^_^

WaLAu LaNgkAH TaK BeRTeMu, TaNgaN TaK BeRJaBaT, UcaP TaK TeRDeNgaR, MaTA TaK BeRTeNTaNG... MoHoN MaAF sEGaLa KekHiLaFaN = KeRaNA aDa TiKaNyA MaTa SiLaP MeMaNdANg, TeLiNGa SaLaH MeNdeNgaR, LiDaH TeRLaNjuR BeRkATa-KatA & HaTI TeRsaLaH MeNDuGa. KULLU SANAH WA ENTUM TOYYIBUN


video

Mata kadang salah melihat....
Mulut kadang salah berucap....
Hati kadang salah menduga.....
Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada....

Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan, yang menyinggung perasaan saudara saudari dan atas segala kesilapan yang telah berlaku disepanjang perjalanan hidup kita selama ini.

عمران رملى امري عمان



video