Thursday, April 29, 2010
TANGISAN
"adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu hidup ini bukan sekadar untuk
ketawa..agar kita tahu betapa mahalnya air mata..bersyukur pada orang yang
menyakitimu kerana dia menabahkanmu..bersyukur pada orang yang tidak
mengendahkan kamu kerana dia memupukmu untuk berdikari..bersyukur pada orang
yang menjatuhkanmu kerana dia memperhebatkan kemampuanmu..bersyukur pada orang
yang menyiksamu kerana dia menguji kesabaran dan ketabahanmu"
Tuesday, April 27, 2010
WANITA
Monday, April 26, 2010
LENGKAP DENGAN KEPERCAYAAN
Selain cinta dengan rasa tanggungjawab, cinta juga perlu lengkap dengan mempercayai.
Boleh anda bayangkan hidup tanpa wujud rasa percaya pada orang lain. Tidak percaya orang lain boleh melaksanakan tanggungjawabnya. Tidak percaya orang lain boleh menyimpan rahsia. Bermacam-macam lagi. Tanpa rasa percaya, sukar untuk hidup bahagia. Asyik resah tidak menentu hala.
Justeru, mempercayai itu amat penting dalam memelihara hubungan. Mempercayai seseorang bukan sahaja membuatkan diri kita tenang, bahkan membuatkan diri orang yang dipercayai itu lebih yakin.
Soalnya ialah bagaimana untuk membuatkan diri ini dipercayai sekaligus membina kepercayaan. Kemudian, bagaimana untuk memelihara kepercayaan itu sepanjang perhubungan?
Friday, April 23, 2010
RENUNGAN
Wednesday, April 21, 2010
NOTA CINTA - SAUJANA
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri
Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga
Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya
Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta
Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah
Nur Hidayah-Nya semakin cerah
Saturday, April 17, 2010
CARA-CARA ORANG YANG BERSEDEKAH
Dari Abu Dzar Al-Ghafiri r.a jua, bahawasanya segolongan manusia dari sahabat-sahabat Rasulullah SAW, bertanya kepada Nabi SAW : " Wahai Rasulullah ! Orang-orang kaya telah lebih banyak mendapat pahala. Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahyang, berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka bersedekah pula dengan harta kekayaan mereka yang lebih itu."
Bersabda Nabi SAW : " Bukankah Tuhan telah menunjukkan kamu cara-cara bagaimana kamu boleh bersedekah ? Sesungguhnya dengan tiap-tiap tasbih itu sedekah, dan tiap-tiap takbir itu sedekah, dan tiap-tiap tahlil itu sedekah, dan pada tiap-tiap tahmid itu sedekah dan pada tiap-tiap tahli itu sedekah, dan menyuruh berbuat kebaikan itu sedekah dan melarang membuat kejahatan itu sedekah, dan persetubuhan sesaorang dengan isteri juga sedekah. "
Bertanya para sahabat : " Ya Rasulullah ! Adakah sesaorang kami yang memuaskan syahwat dengan isterinya mendapat pahala juga ? " Bersabda Rasulullah SAW : " Apakah pendapat kamu sekiranya sesaorang itu melepaskan syahwatnya pada yang haram, adakah dosa atasnya ? Demikianlah pula, jika ia melepaskan syahwatnya pada yang halal, adalah baginya pahala. " .
(Riwayat Muslim)
WAJAH SUCI
Mengapa dia dibiar begitu saja
Sedih pilu menatap rupanya
Kaku terdampar di lembah hina
Apa dosanya si kecil itu
Belum sempat dia memanggil ibu
Sampai hati engkau dizalimi
Oleh mereka yang tiada simpati
Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati
Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati
Dimanakah nilai ehsan insani
Apa dosanya si kecil itu
Kerana kasih tersasar tujuan hidup
Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan
Buntu tiada jalan penyelesaian
Lalu si anak dibuang di jalanan
(Mengapa tiada simpati dan kasihan)
SAyu hati melihat nasib dirimu
Bagai tiada nilainya di sisi
Wajah sucimu telah dinodai
Namun lahirnya ada nilainya
Di sisi Allah engkau mulia
bagai kain putih kau tiada dosa
Bertaubatlah mereka yang hina
Friday, April 16, 2010
MENJUAL DIRI DI WAKTU PAGI..??
Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata:
Rasulullah SAW telah bersabda: Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya.
(Hadis riwayat al-lmam Muslim)
Thursday, April 15, 2010
KELUARGA PENYAYANG
Sayup terdengar memecah sunyi
Diam hai anak jangan di tangisi
Ayahmu pergi bekerja nantikan kembali
Di sini digambarkan keluarga bahagia
Bermula si suami menyucikan diri
Dan isteri yang elok pekerti
Mereka mendoakan anak yang soleh
Penyeri kehidupan
Anak dididik berlandaskan iman
Sifat mahmudah jadi pegangan
Sifat buruk sentiasa dihindar
Rasul mulia dijadikan contoh
Tauladan sepanjang zaman
Dodoian ibu menidurkan anak
Sayup terdengar memecah sunyi
Bila keluarga sudah bahagia
Sifat kasih sudah tersemai
Tidak perlu kasih kedua
Dadah arak dan peleseran
Menjadi musuh diri
Memanglah benar kata pujangga
Tangan yang menghayun buian
Bisa menggegar pelusuk dunia
Diasaskan oleh keluarga bahagia
Wednesday, April 14, 2010
الفرق بين : إن شاء الله و إنشاء الله
السؤال:
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بارك الله فيكم شيخنا الفاضل
إن شاء الله
هل كتابتها هكذا ( إنشاء الله ) به شىء ؟
و إن كان فلماذا ؟
جزاكم الله خيرا
الجواب:
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
وجزاك الله خيراً .
( إن شاء الله ) هذا من المشيئة
و ( إنشاء ) هذا من الإنشاء .
وهذا الأخير ( إنشاء ) لا يُقال في هذا الموضع في حق الله تبارك وتعالى .
وإنما الذي يُقال ( إن شاء الله ) لتعليق الأمر على المشيئة فيما يُريد الإنسان فِعله .
والله تعالى أعلم .
الشيخ عبدالرحمن السحيم
PATAH HATI BY SAUJANA
YANG KU KENALI DULU
RUPA HILANG SERI
MANAKAH MANISNYA
KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
MADAH TAK BERLAGU
MANAKAH GIRANGNYA
PATAH HATI
JANGAN TERDAMPAR SEPI
JANGAN TERSUNGKUR MATI
PATAH HATI
JANGAN LEBURKAN MIMPI
JANGAN MEMAKAN DIRI
BUKANKAH TUHAN CIPTAKAN MALAM
UNTUK BERADU MENANTI SIANG
BUKANKAH TUHAN TITISKAN HUJAN
MENANTI LIMPAH KEMARAU PANJANG
Sunday, April 11, 2010
BACAAN AL-QURAN
Dari Abi Musa al-As’ari r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w “Bandingan seorang yang beriman yang membaca al-Quran, laksana buah utrujah, baunya harum dan rasanya sedap. Dan bandingan seorang yang beriman yang tidak membaca al-Quran umpama buah tamar (kurma) tiada bau padanya dan rasanya manis, dan bandingan orang munafiq yang membaca al-Quran laksana pokok raihanah yang baunya harum, tetapi rasanya pahit dan bandingan orang munafiq yang tidak membaca al-Quran umpama pokok handzolah yang tiada bau dan rasanya pahit”
–Bukhari dan Muslim
Saturday, April 10, 2010
HANYA UNTUKMU by FAR EAST--AEIYEIM VOICE FEAT FAIZ AZLAN
Selembut tanganmu membelai diriku ini
Bersarang cintamu penuhi ruang hati
Walaupun sengsara bertemankan air mata
Sanggup berkorban demi anak tercinta
Mendidik mengasuh walau hidup sengsara
Buat anakmu menjadi insan berguna
Kuingin membalas jasamu selama ini
Ketentuan ini kuserah pada Ilahi
Doa buatmu ibunda semoga bahagia
Di dunia juga di Akhirat sana
Cintamu duhai ibunda
Oh tiada tandingannya
Bak lilin membakar diri
Menyinar hidupku ini
Duhai ibunda tercinta
Kau ratu kau penyeri
Menyuluh cahaya dikamar jiwa
Kasihmu ibu pengubat diriku
Sepenuh hatiku hanyalah untukmu
Friday, April 9, 2010
KUNCI-KUNCI KEBAHAGIAAN
Kunci-kunci kebahagiaan
Kebahagiaan adalah idaman setiap orang. Tetapi tidak semua orang boleh mendapatkan kebahagiaan, sebab ianya adalah satu perjuangan bertungkus lumus. Ada 11 kunci kebahagiaan, iaitu :
- Iman kepada Allah dan beramal soleh.
- Beriman kepada Qada dan Qadar.
- Yakin dengan pertolongan Allah.
- Banyakkan berzikir dan membaca Al-Quran.
- Berbuat baik kepada manusia.
- Memandang urusan dunia lebih rendah daripada urusan akhirat.
- Tidak tamak dunia dan sentiasa mengingat mati.
- Rindu kepada akhirat.
- Bersahabat dengan orang Soleh.
- Gemar memaafkan.
Menolak keburukan dengan kebaikan.
Thursday, April 1, 2010
KALAU TAK MALU ...
Daripada Abu Mas’ud, Uqbah bin Amru Al-Anshari Al-Badri r.a, katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : ‘Di antara sabda para Nabi yang terdahulu yang masih dipakai untuk orang ramai ( sehingga kini ) ialah : apabila engkau tidak malu, maka kerjakanlah apa yang engkau kehendaki."
(Riwayat Bukhari)
Para ulama hadith memberi dua pendapat kepada maksud "maka kerjakanlah apa yang engkau kehendaki"
1. Jika tidak malu, maka maka kerjakanlah apa yang engkau kehendaki, maka Allah akan memberi balasan ke atas setiap perbuatan, seperti di dalam Surah Fussilat ayat 40.
2. Jika perbuatan tersebut tidak memalukan sesiapa, tidak mendatangkan malu kepada diri sendiri, Allah atau Rasul atau orang lain, kerana perkara itu perkara baik, maka lakukan.
Wallahu'alam.