Thursday, December 15, 2011

MAJLIS PERTUNANGAN KU





Tak Perlu Aku Ragui
Sucinya Cinta Yang Kau Beri
Kita Saling Kasih Mengasihi
Dengan Setulus Hati

Ayah Ibu Merestui
Menyarung Cincin Di Jari
Dengan Rahmat Dari Ilahi
Cinta Kita Pun Bersemi

Sebelum Diijabkabulkan
Syariat Tetap Membataskan
Pelajari Ilmu Rumahtangga
Agar Kita Lebih Bersedia
Menuju Hari Yang Bahgia

Kau Tahu Ku Merinduimu
Ku Tahu Kau Menyintaiku...Oh...Kasih
Bersabarlah Sayang
Saat Indah Kan Menjelma Jua
Kita Akan Disatukan
Dengan Ikatan Pernikahan...Oh..Kasih

Di Sana Kita Bina
Tugu Cinta Mahligai Bahagia
Semoga Cinta Kita
Di Dalam Redha Ilahi
Berdoalah Selalu
Moga Jodoh Berpanjangan


MOGA ALLAH MEMBERKATI PERTALIAN IKATAN PERTUNANGAN INI AGAR SAMPAI KE TALI PERNIKAHAN YANG AKAN MEMBAWA KEBAHAGIAN YANG ABADI DISAMPING DAPAT MENGGAPAI CINTA DAN MARDHOTILLAH . BERKATILAH KAMI YA ALLAH.
أمين يا رب العلمين ^_^


Tuesday, December 13, 2011

HARI QIAMAT




Pada hari kiamat akan keluar seeokor makhluk dari "Neraka Jahanam" yang bernama "Huraisy" yang berasal dari anak kala jengking , besarnya Huraisy ini dari timur hingga barat dan panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi .

Malaikat Jibril bertanya : Hai Huraisy , engkau hendak ke mana dan siapa yang engkau cari ? Huraisy menjawab : Aku mahu cari lima golongan orang ini , iaitu :

Pertama : Orang... yang meninggalkan sembahyang

Kedua : Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat

Ketiga : Orang yang derhaka kepada ibu bapanya

Keempat : ORANG YANG BERCAKAP TENTANG DUNIAWI DI DALAM MASJID / RUMAH ALLAH SWT

Kelima : Orang yang suka minum arak

Moga dapat memberi peringatan bersama insya-allah

أمين يا رب العلمين ^_^

Sunday, October 23, 2011

CERITA MOTOR

Motor ex5 dream yang banyak berjasa padaku ...

sekarang ni motor ni adik aku yang pakai ...

susah senang kita bersama kawan... hehehe ^_^



Monday, October 10, 2011

BERCINTA @ BERLAKON



Kebanyakan orang BERCINTA terbawa-bawa dengan KHAYALAN cinta semata sehingga bersikap terlalu romantis..

••► Bila berbual, banyak ‘control macho’ sehingga tidak berani bercakap JUJUR dalam hal-hal tertentu..
••► Bila bercakap, banyak TIPU dari memberitahu PERKARA yang SEBENAR..
••► Bila MERANCANG, banyak manis dari yang pahit..
••► Bila BERJANJI banyak hipokrit dari realistik..

>>>Ini LUMRAH orang bercinta..kerana itu, ELAKKANLAH daripada mengenali PASANGAN terlalu intim sebelum berkahwin..dibimbangi, kalian TERKEJUT selepas berkahwin..(✿◠‿◠)


PELIHARALAH DIRI INI YA ALLAH . أمين يا رب العلمين

SEPULIH SURAH






10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.



و الله تعالى أعلم

Friday, September 30, 2011

INFO - IKAN KELI HALAL & HARAM





Pada tahun 1986 sewaktu Tok Wan sedang gila memelihara ikan air tawar ada ler satu kolam tu Tok piara ikan keli. Oleh kerana ikan keli menggunakan bahagian dasar kolam maka kolam tersebut Tok kongsikan dengan ikan Rohu serta Tilaphia sebab Tilaphia duduk dibahagian atas sementara Rohu bahagian tengah.

Seorang rakan memberitahu pada Tok bahawa ikan keli ada 2 jenis bagi menandakan yang halal dan yang haram. Pada mulanya Tok sendiri tak percaya. Mana boleh ada keli halal atau haram (masa tu belum ada Logo Halal JAKIM lagi). Namun selepas Tok sendiri selidik ikan keli yang dipelihara oleh rakan berbangsa Tionghua dikolam dekat Batu Kong (sekarang flat ATM Desa Tun Razak) nyata cerita itu benar.

Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal

Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)
· Kepala berbentuk 'V'
· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak


Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
· Kepala berbentuk 'U'
· Bentuk badan tirus
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
· Digoreng tidak meletup

Jadi info ini mungkin berguna sewaktu anda hendak membeli ikan keli dipasar.

Salam Ukhuwah..

Sunday, September 25, 2011

MAJLIS MERISIK ( 03-09-2011 )
















desir pasir di padang tandus
segersang pemikiran hati
terkisah ku di antara cinta yang rumit
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
bila keyakinanku datang
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan


maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padamu
bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud

bila keyakinanku datang
kasih bukan sekedar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan

ketika ku bersujud


أمين يا رب العلمين




Monday, August 15, 2011

SEMPURNAKAN HARI DENGAN KEBERKATAN




Nabi s.a.w bersabda: "Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan….menyerulah Malaikat, katanya: "Wahai orang yang mencari dan berkehendakkan kebaikan: Tampillah mengerjakannya, dan wahai orang yang merasa mahukan kejahatan; berhentilah dari meneruskannya; dan (ketahuilah) Allah banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka daripada memasukinya."Seruan dan keampunan yang demikian, ada pada tiap-tiap malam (dalam bulan yang tersebut)."

Abu Hurairah r.a

Huraian

Pengajaran hadith:

i) Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling mulia dan diberkati oleh Allah S.W.T.Ii) Tiap-tiap amal kebajikan yang dikerjakan padanya akan diberikan ganjaran pahala yang berlipat ganda berbanding pada bulan-bulan yang lain.

ii) Umat Islam diseru agar tidak mensia-siakan keberkatan di bulan ini ,malah sewajarnya merebut peluang yang ada dengan menambahkan lagi ibadat dan amal kebajikan.

iv) Bersempena dengan kemuliaan bulan ini juga umat Islam ditegah daripada mendekati perkara yang dilarang dan mungkar kerana pada bulan ini rahmat dan kasih sayang Allah amat luas sehingga orang-orang yang telah dijanjikan neraka sekalipun akan dibebaskan oleh Allah dengan berkat kebaikan yang dilakukannya.

Sunday, August 14, 2011

KEUTAMAAN SAF PERTAMA



Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah memberi rahmat dan Malaikatnya pula mendoakan bagi orang-orang yang masuk menutup celah-celah saf sembahyang serta orang-orang yang merapatkannya; dan orang yang masuk menutup celah saf sembahyang itu (akan beroleh satu tambahan lagi, iaitu) diangkatkan Allah martabatnya dengan perbutannya yang tersebut: satu darjat."

Aisyah r.a

Huraian

Pengajaran Hadith:

i) Solat berjamaah adalah lebih besar ganjarannya daripada bersolat seorang diri dengan 27 kali ganda pahalanya.

ii) Setiap saf mestilah disusun dengan sempurna iaitu rapat dan penuh serta tidak terputus-putus.

iii) Orang-orang yang mengambil berat tentang barisan (saf) sembahyang jemaah yang disertainya dijanjikan balasan rahmat dari Allah S.W.T serta malaikat mendoakan kebaikan untuk dirinya malah orang yang masuk menutup celah-celah saf sembahyang akan diangkat lagi martabatnya dengan satu darjat.


والله تعالى أعلم

Friday, August 12, 2011

DIA ATAS HAMPARAN SAJJADAH



Nabi s.a.w bersabda: "Malaikat sentiasa berdoa untuk seseorang kamu selama ia berada di tempat yang ia sembahyang padanya, selagi ia tidak berhadas, iaitu mereka memohon dengan berkata: "Ya Tuhan kami! Ampunilah dosanya, ya Tuhan kami! Berilah rahmat kepadanya."

Abu Huraiarah r.a

Huraian

Pengajaran Hadith:

i) Sembahyang (solat) dan tempat solat mempunyai nilai yang sangat besar di sisi Allah S.W.T.
ii) Orang yang tidak segera meninggalkan tempat ia bersolat selagi ia tidak berhadas dan tidak melakukan perkara yang mendatangkan dosa akan sentiasa didoakan oleh malaikat agar diampuni dosanya dan diberikan rahmat kepadanya.
iii) Islam menyeru umatnya agar sentiasa menjaga solatnya dan mengerjakannya dengan sempurna kerana hanya mereka yang benar-benar layak sahaja akan mendapat rahmat dan keampunan daripada Allah S.W.T.

Thursday, August 11, 2011

BERIMAN KEPADA MALAIKAT




Nabi s.a.w bersabda: "Apabila sesorang kamu mengucapkan Aamin, dan Malaikat di langit pun mengucapnya, serta berbetulan pula masa ucapan itu satu sama lain, nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu."

Abu Hurairah r.a





Huraian

Pengajaran Hadith:


i) Perkataan ‘Aamin’ maksudnya memohon ke hadrat Allah S.W.T agar permintaan dikabulkan.

ii) Bacaan ini amat baik diucapkan serentak dengan ucapan imam (selepas bacaan surah al-Fatihah) kerana ia adalah suatu saat yang mulia iaitu saat terbukanya pintu keampunan Ilahi kepada hamba-hamba-Nya.

iii) Sebaik-baik sebutan ‘Aamin ‘ adalah tidak melebihi dua ‘harakat’ dan sebutannya juga janganlah terlampau nyaring, cukuplah dengan suara yang sederhana sahaja bunyinya.



والله تعالى أعلم

Wednesday, August 10, 2011

AMALAN YANG DI TUNTUT



Nabi s.a.w bersabda:

"Apabila Allah hendak membahagiakan seseorang hamba-Nya, Allah Taala menyeru Jibril dengan firman-Nya: "Sesungguhnya Allah kasihkan si anu maka hendaklah engkau mengasihinya"; Jibril pun mengasihinya; kemudian Jibril mengisytiharkan kepada sekalian penduduk langit katanya: Sesungguhnya Allah kasihkan si anu maka hendaklah kamu sekalian mengasihinya; dengan itu penduduk langit pun mengasihinya; setelah itu orang yang tersebut dikasihi dan diberi sambutan di bumi. Dan apabila Allah Taala bencikan seseorang hamba-Nya, Allah memanggil Jibril serta berfirman: "Sesungguhnya Aku bencikan si anu maka hendaklah engkau bencikan dia". Jibril pun membencinya; kemudian Jibril mengisytiharkan kepada sekalian penduduk langit, katanya: "Sesungguhnya Allah bencikan si anu maka hendaklah kamu sekalian membencinya"; dengan itu penduduk langit pun membencinya; setelah itu orang yang tersebut dibenci dan dipulaukan di bumi." ii) Orang yang mempunyai sifat dan amalan yang baik sesungguhnya amat dikasihi oleh Allah S.W.T. Dia juga disayangi oleh sekalian makhluk yang ada di langit dan bumi.iii)Pengisytiharan kasih mahupun benci oleh Allah terhadap seseorang itu adalah sebagai memberi nilai yang sewajarnya agar kesan kebaikan dan kejahatan tersebut dapat dirasai oleh pelakunya di dunia sebelum ia menerima balasan sepenuhnya di hari akhirat.iv)Kita selaku manusia biasa adalah tidak layak untuk menilai tentang buruk baiknya seseorang apalagi menghukum dan membenci manusia yang lain kerana hanya Allah sahaja yang berhak berbuat demikian.

Abu Hurairah r.a


Huraian

Pengajaran Hadith:i) Umat Islam dilarang melakukan perkara yang buruk dan dibenci agama dan masyarakat tetapi hendaklah sentiasa berbuat kebaikan.

i) Orang yang mempunyai sifat dan amalan yang baik sesungguhnya amat dikasihi oleh Allah S.W.T. Dia juga disayangi oleh sekalian makhluk yang ada di langit dan bumi.

ii) Pengisytiharan kasih mahupun benci oleh Allah terhadap seseorang itu adalah sebagai memberi nilai yang sewajarnya agar kesan kebaikan dan kejahatan tersebut dapat dirasai oleh pelakunya di dunia sebelum ia menerima balasan sepenuhnya di hari akhirat.

iii) Kita selaku manusia biasa adalah tidak layak untuk menilai tentang buruk baiknya seseorang apalagi menghukum dan membenci manusia yang lain kerana hanya Allah sahaja yang berhak berbuat demikian.



والله تعالى أعلم

Saturday, August 6, 2011

KERJA MALAIKAT

Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah telah menugaskan satu Malaikat berhubung dengan peringkat-peringkat kejadian anak dalam kandungan rahim ibunya dan keadaan-keadaan yang akan dilalui dan didapatinya; apabila air benih itu jatuh ke dalam rahim, Malaikat bertanya: "Ya Tuhanku! Air benih ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? - Ya Tuhanku! Darah seketul ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? - Ya Tuhanku! Daging segumpal ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Maka apabila Allah hendak sempurnakan jadinya seorang anak, Malaikat bertanya lagi: "Ya Tuhanku! Adakah ia seorang (yang bernasib) celaka atau (yang bernasib) bahagia? Lelakikah ia atau perempuan? Bagaimana pula keadaan rezekinya dan ajalnya?" (setelah Malaikat mendapat jawabnya) maka ia menulis sebagaimana yang telah diperintahkan sedang anak itu dalam perut ibunya."




والله تعالى أعلم

LIMA BONUS KHAS RAMADHAN



5 Bonus Khas Ramadhan

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu 'alaihi wa salam bersabda yang bermaksud : "Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika ramadhan iaitu :

1. Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah.

2. Para Malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.

3. Allah memperindahkan syurga-Nya setiap hari dan berfirman: 'Hampir-hampir hamba-hambaKu yg soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu'. (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan didunia dan di akhirat)

4. Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadhan.

5. Mereka mendapat keampunan pada akhir malam (orang yg beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya). Mengenai bonus ke-5 ini, ada sahabat bertanya kepada Baginda Sallallahu 'alaihi wa salam : "Ya, Rasullullah, apakah itu berlaku pada Lailatulqadar?" Baginda menjawap : "Bukan, tetapi pelaku kebaikkan akan disempurnakan pahalanya sesuai menyelesaikan amalannya." (HR Ahmad)


و الله تعالى أعلم





Friday, August 5, 2011

TIGA HAL

Sahabatku, ada 3 hal yang tak pernah kembali:
1. Waktu
2. Perkataan
3. Kesempatan

Ada 3 hal yg menghancurkan kehidupan kita:
1. Kemarahan
2. Kesombongan
3. Dendam, iri, dengki

Ada 3 hal yg tak boleh hilang dari kehidupan kita:
1. Cinta, kasih
2. Keluarga
3. Sahabat


AL-QURAN AL-KAREEM

Katanya : Ingatlah! Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: " Awaslah! Sesungguhnya akn berlaku kekacauan dan bala bencana yang besar". Aku bertanya: " Apakah caranya untuk menyelamatkan diri dari bencana itu, Ya Rasulullah?" Baginda menjawab: " (Caranya ialah berpegang teguh kepada ajaran) kitab Allah, ia mengandungi kisah-kisah perihal umat-umat yang terdahulu dari kamu, dan berita perkara-perkara yang akan datang sesudah kamu, serta hukum-hukum mengenai apa yang berlaku di antara kamu; (kitab Allah al-Quran) dialah yang menjadi pemutus (antara yang benar dengan yang salah), bukan keterangan yang olok-olok; sesiapa jua dari golongan yang sombong angkuh, meninggalkannya (dengan tidak menurut hukumnya): akan dibinasakan oleh Allah, dan sesiapa yang mencari pertunjuk dari yang lainnya - akan disesatkan oleh Allah; al-Quran ialah tali Allah yang teguh kukuh, dan dialah pengajaran yang menjadi ikutan, dan dialah juga As-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus). Dialah kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu seseorang tidak akan menyeleweng atau terpesong; dan dialah kitab yang kalimah-kalimahnya tidak akan bercampur aduk atau berkesamaran dengan kata-kata makhluk; dan alim ulama pula tidak merasa puas daripada mengkaji isi kandungannya; (demikian juga) keindahan, kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan susut atau hilang, meskipun ia dibaca dengan berulang-ulang; dan kandungannya yang menakjubkan, tidak berkesudahan. Dialah kitab yang menjadikan sekumpulan jin semasa mendengarnya tidak tertahan hati menerimanya sehingga mereka memujinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami mendengar bacaan al-Quran yang menakjubkan, yang memimpin ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya." (Demikian juga) sesiapa yang memperkatakannya; dan sesiapa yang beramal dengan ajarannya, diberikan pahala; dan sesiapa yang membuat keputusan berdasarkan hukum-hukumnya, adillah keputusannya; dan sesiapa yang berdakwah supaya orang ramai menurut ajaran-ajarannya, sudah tentu ia (dan mereka) beroleh hidayah pertunjuk ke jalan yang lurus."

SAIDINA ALI R.A

Tuesday, August 2, 2011

SERIBU BULAN


Malam Al-Qadar dan Pengampunan Dosa

Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang menghidupkan malam Al-Qadar dengan ibadah dan mengharap ampunan, ia diampuni dosa-dosanya yang lalu.” (Al-Wasail 10: 358)

Imam Musa Al-Kazhim (sa) berkata: “Barangsiapa yang mandi sunnah di malam Al-Qadar dan menghidupkannya hingga terbit fajar, ia akan keluar dari dosa-dosanya.” (Al-Wasail 10: 358)

Imam Muhammad Al-Baqir (sa) berkata: “Barangsiapa yang menghidupkan malam Al-Qadar, ia akan diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak bintang di langit, seberat gunung dan seluas samudra.”

(Al-Mustadrak 7: 457)

Tanda-Tanda orang yang celaka

Imam Ali bin Abi Thalib (sa) berkata bahwa Rasulullah saw bersabda: “Ada empat tanda orang yang celaka: kedua matanya keras (tak mampu menangis), rakus dalam mencari dunia, dan mengulang-ulang

dosa.” (Mustadrak Al-Wasail 11: 366)

Saturday, July 30, 2011

ISTERI SUJUD KEPADA SUAMI !!

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya.”

Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Hibban, al-Baihaqi dan al-Wahidi

Huraian

Firman Allah SWT di dalam al-Quran, surah al-Furqan ayat 74 yang bermaksud: Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh dari isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertakwa..” Orang yang benar-benar berjaya adalah mereka yang membawa orang lain untuk berjaya bersamanya. Dalam keluarga, suami adalah seperti imam dengan makmum yang merupakan orang yang paling utama untuk memimpin keluarga ke mercu kejayaan. Bahkan kejayaan hanya akan terbukti apabila dia dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik terhadap isteri dan anak-anak hingga menjadi isteri dan anak-anak yang baik dan beriman. Suami yang bertanggungjawab seperti inilah yang wajib ditaati hatta boleh sampai ke tahap disembah sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis di atas.Namun hari ini mungkin hanya sedikit dalam kalangan lelaki bergelar suami yang layak dikategorikan seperti di dalam hadis di atas lantaran banyak sekali pengabaian tanggungjawab yang dilakukan oleh mereka. Bahkan tidak dinafikan banyak sekali kes-kes ‘kaki suami’ yang hinggap di pundak isteri mahupun anak-anak tanpa sebarang perasaan belas kasihan. Selalu benar seorang suami itu cenderung kepada mencari kesalahan isterinya sedangkan hak isteri tidak dipenuhi.Isteri yang solehah dan taatkan suami hanya akan terhasil jika suami juga seorang yang soleh dan bertanggungjawab. Malah mana mungkin suami mengharapkan ‘penyejuk mata’ melalui isteri dan anak-anak tanpa terlebih dahulu mereka berikhtiar mendidik isteri dan anak dengan cara yang betul? Inilah punca terjadinya suami mahupun isteri berlaku curang dan sebagainya. Sesungguhnya di sinilah letaknya soal kepimpinan melalui teladan, mengajar melalui tingkah laku dan bukan dengan konsep ‘ketam berjalan’ yang menjadi amalan kebanyakan kita. ‘Walk your talk’, itulah kunci kejayaan di dalam memimpin sebuah rumah tangga yang bertakwa.


wallahu a`lam

WAHAI RAMADHAN

Ya ALLAH...

Rindunya aku padanya..

Antara dua belas yang kukenal..

Dia yang paling istimewa..

Sungguh istimewa..

Tidak kunafikan..

Namun,layakkah aku menyatakan rindu padanya?..

Adakah dia rindu untuk menemuiku?..

Rindukah dia kepadaku?..

Aku selalu mensia-siakan kehadirannya..

Tidak kuhiraukan sungguh-sungguh..

Apa yang ada padanya,aku pandang sebelah mata..

Terkadang hatiku tidak tulus..

Sedangkan dia Kau kurniakan..

Dia yang Engkau tentukan..

Yang mentarbiyah aku..

Mendekatkan diriku padaMu Ya ALLAH..

Mendidikku menjauhi segalanya yang Kau murka..

Membersihkan hatiku dari noda yang silam..

Tapi aku susah benar untuk menyedari semua itu..

Berdosanya aku..


AMPUNI SEGALA DOSAKU YA ALLAH. AMIN YA RABB

Thursday, July 28, 2011

SIFAT TERKUTUK YAHUDI

Daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Jika ada sepuluh orang Yahudi beriman dengan ku, tidak akan tinggal di atas bumi seorang Yahudi pun melainkan ia memeluk Islam.”

al-Bukhari dan Ibnu ad-Dhirris

Huraian

Orang-orang Yahudi adalah terkenal dengan sifat sombong, angkuh dan keras hati. Mereka tidak akan ‘pernah’ redha dengan umat Islam sebagaimana firman Allah SWT yang maksudnya : “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka (yang telah terpesong itu).” (al-Baqarah: 120) Ahli agama mereka selalu menyembunyikan kebenaran seperti yang disebut dalam al-Quran maksudnya: "Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami berikan al-Kitab mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian daripada mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedangkan mereka mengetahui (salahnya perbuatan tersebut)." (al Baqarah: 146) Dengan perkataan lain, mereka menyembunyikan sifat-sifat nabi SAW yang ada dalam kitab mereka daripada pengetahuan manusia padahal mereka mengetahui akan hakikatnya. Begitu juga mereka telah menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Di kalangan orang Yahudi ini ada yang pernah menyihir Nabi SAW bernama Lubaid bin al- A'som dari Bani Zuraiq." Seorang wanita Yahudi juga pernah mengkhianati Nabi SAW dengan menghidangkan daging kambing beracun. Hingga membunuh sekalipun bukanlah perkara asing dalam sejarah umat Yahudi. Sejak dahulu lagi bangsa Yahudi tidak pernah mengenal mangsa sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, lelaki, wanita walhal Nabi dan Rasul. Mereka akan membunuh siapa sahaja tanpa perasaan belas kasihan dan simpati. Contohnya Nabi Zakaria dan Nabi Yahya telah dibunuh oleh mereka dan mereka juga menyangka bahawa mereka telah berjaya membunuh Nabi Isa. Tetapi sebenarnya tidak. Betapa sungguh zalim dan keji sifat Bani Israel ini. Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: “Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israel telah dilaknat (di dalam kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka ‘menderhaka’ dan ‘selalu menceroboh.’ ” (al-Maidah :78)



والله تعالى أعلم

Monday, July 25, 2011

JAUHI SIFAT RIAK

Rasulullah s.a.w bersabda:

" Sesungguhnya perkara yang sangat-sangat aku takuti akibat buruknya menimpa kamu ialah syirik yang kecil." Sahabat-sahabat Baginda bertanya: " Apa dia syirik yang kecil itu ya Rasulullah?" Baginda s.a.w menjawab: "( Syirik yangkecil itu) ialah riak - Allah Taala akan berfirman pada hari Kiamat apabila manusia datang dengan amal masing-masing: " Pergilah kepada mereka yang kamu melakukan riak di dunia dahulu ( untuk menunjukan kepada meraka ), kemudian lihatlah, adakah kamu akan dapati sebarang balasan di sisi mereka?"

Thursday, July 21, 2011

PEMERGIANNYA SATU ISTIREHAT

Abu Qatadah Ibnu Rib’i al-Ansari r.a menerangkan bahawasanya satu jenazah telah dibawa berlalu di hadapan Rasulullah SAW maka berkatalah baginda :“Orang yang beristirahat atau orang yang pergi supaya orang lain beristirahat daripadanya. Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, siapakah orang yang pergi beristirahat dan siapakah orang yang pergi supaya orang lain beristirahat daripadanya? Nabi menjawab : “ Hamba yang mukmin pergi beristirahat daripada kepayahan dunia dan gangguannya kepada rahmat Allah. Dan hamba yang fasiq, beristirahat daripadanya segala hamba Allah, negeri, pohon dan binatang.”

(al-Bukhari dan Muslim)


Huraian

Sesungguhnya orang yang meninggal dunia itu terdiri dari dua golongan iaitu golongan orang yang beriman meninggal dunia menuju ke suatu tempat yang aman yang membahagiakan. Mereka sudah terlepas daripada kepayahan dan ujian dunia menuju kepada rahmat Allah SWT. Sedangkan orang yang buruk akhlaknya, kematiannya itu merupakan satu kerehatan untuk penghuni dunia daripada terus berhadapan dengan kejahatan dan kemungkaran yang dilakukannya. Kematiannya dituruti dengan kesengsaraan dan balasan azab daripada Allah SWT.


والله تعالى أعلم

Saturday, June 4, 2011

HANYUT




Cipta dari segumpal darah -
jelma seraut wajah -
rahsia agungnya kudrat TUHAN -

Dan dihembuskan nyawa -
diikatkan janji -
tunduk hanya kepadaNYA -

Namun hakikatnya hidup sarat pesona dusta -
dugaan tuk menguji kehambaan -
tiada tempat berlindung dari fitnah dunia -
selain perlindunganNYA -

Berkurun terukir sejarah alpa -
manusia dihanyut indah yang fana -
terlupa pada fitrah wujudnya -
hanya ditaraf HAMBA -

Tenggelam pada bisikan dunia -
tak sedar langkah mudik ke sengsara -
tergoda pada hasut sengketa -
rebut fatamorgana -

HANYUT BY UNIC

Sunday, May 15, 2011

WAHAI ADAM

Menurut Ibnu Abbas ada beberapa spesifikasi tanah yang digunakan untuk membuat manusia (Adam) sebagai berikut:

Kepala Adam dari tanah Baitul Muqadis: tempat otak dan akal manusia

Telinga Adam dari tanah bukit Tursina: karenanya menjadi alat pendengar

Dahi Adam dari tanah Iraq: karenanya tempat bersujud pada Allah

Muka Adam dari tanah Aden: karenanya menjadi tempat berhias dan kecantikkan

Gigi Adam dari tanah telaga Al Kautsar: tempat untuk manis-manis

Tangan kanan Adam dari tanah Ka’bah: untuk mencari nafkah dan bekerja

Tangan kiri Adam dari tanah Paris: untuk bersuci cebok (istinjak).

Kemaluan Adam dari tanah Babylonia: tempat birahi dan tipu daya syaiton untuk membimbing manusia menuju dosa.

Hati Adam dari tanah surga Firdaus: sebagai tempat iman, keyakinan, dan ilmu

Lidah Adam dari tanah Tha’if: tempat untuk mengucap kalimat syahadat dan berdoa.


والله تعالى أعلم

KAWAN

Kawan...
bila rasa ingin menangis
hubungilah aku
bukan aku nak suruh kau berhenti menangis
tapi mungkin aku boleh menangis dengan kau
tapi tak leh ramai sangat
nanti habih air mata aku



Kawan...
jika terasa tiba2 nak melarikan diri
jauh dari masalah
hubungilah aku
aku takkan suruh kau berhenti
mungkin aku akan berlari bersama kau
agar masalah kau boleh selesai
cuma jangan terlalu laju
aku tak larat
aku nak kejar
kaki aku pendek



Kawan..
jika kau kecewa keluargamu tak bahagia
beritahulah aku
aku takkan buat kau benci kepada ibu bapa kau
tapi…
terimalah segala ketentuan Allah...



Kawan
jika kau kecewa dengan hubungan kawan kau tu satu hari nanti
ceritalah pada aku
aku takkan sebut nama perempuan/lelaki itu...
tetapi…
cubalah jadi lelaki/wanita yang lebih soleh/solehah. ..



Tetapi kawan
jika suatu hari aku berdiam diri
aku tidak membalas message kau
aku tidak angkat panggilan dari kau
hubungilah aku segera
sebab waktu itu aku
ermmm...
aku perlukan kau
atau aku sudah tiada lagi di dunia ini...

Saturday, May 14, 2011

KEPERCAYAAN CINTA

Mempercayai seseorang bukanlah mudah sebenarnya. Jika baru mengenalinya tentu perasaan sangsi akan timbul dari sanubari. Ada juga yang sudah lama mengenali tapi masih juga belum mempercayai. Dalam satu perhubungan, tidak wajar sekiranya kamu masih tidak ada kepercayaan terhadap si dia. Walaupun mungkin kamu tidak akan mempercayai si dia seratus peratus, tapi tak salah kalau kamu meletakkan anggaran dibawah 70 peratus keyakinan kamu terhadapnya. Tapi mudahkah kamu melakarkan kepercayaan terhadap si dia? Sebenarnya ada faktor-faktor yang boleh menimbulkan kepercayaan.


Faktor 1 - Konsisten
Kamu mempercayai apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka. Bagi kamu apa yang dibicarakan tidak perlu disangsi kerana ianya ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan kamu. Tapi berhati-hatilah kerana mungkin dengan cara ini si dia boleh menjerat kamu. Siapa tahukan!
Faktor 2 - Boleh dikawal
Perkara-perkara yang bagi kamu adalah konsisten membuatkan kamu boleh menganggap adakah si dia boleh dikawal ataupun tidak. Contohnya, si dia akan datang tepat pada waktu yang dijanjikan dan boleh menerima pendapat kamu. Maknanya kamu boleh mengawal dirinya dari melakukan perkara yang tidak kamu sukai. Bukanlah bermakna kamu boleh mengongkongnya tetapi jika si dia menuruti kehendak kamu ini bermakna si dia mempercayai kamu dan tidak ragu-ragu dengan cara kamu.
Faktor 3 - Komitmen
Komitmen bukanlah sekadar menepati janji, tapi juga menghargai perjanjian yang telah dipersetujui bersama. Jika kamu ataupun si dia berani berkomitmen dan bersungguh-sungguh dalam perhubungan , tentu saja perhubungan kamu ceria dan aman. Sikap saling mempercayai yang wujud dalam diri masing-masing akan mewarnai lagi perhubungan kamu itu. Malah ianya akan membuatkan si dia lebih yakin dengan kejujuran kamu terhadapnya. Jadi tiada alasan untuk si dia berlaku curang terhadap kamu.
Faktor 4 - Kejujuran
Kejujuran memang perlu untuk menjamin sebuah perhubungan yang bahagia. Kamu juga tidak patut menyembunyikan perkara-perkara yang sepatutnya diketahuinya. Jika kamu dan si dia jujur , ini membolehkan kamu berdua tidak takut untuk berbahas kerana berpendapat ianya juga untuk kebaikan bersama. Walaupun adakalanya tercetus pertengkaran kecil kerana masing-masing ingin mengutarakan pendapat sendiri, tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih pendapat yang terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.
Faktor 5 - Terima seada-adanya
Kunci keintiman dalam suatu perhubungan adalah menerima seadanya baik buruk pasangan kamu. Bila hati sudah suka dan sayang, tentu saja kamu sanggup menerimanya walaupun menyedari tentunya ada perkara-perkara negatif tentangnya. Namun begitu, tentunya kamu dan si dia berusaha untuk berubah jika terdapat sikap-sikap yang tidak disenangi hingga boleh menjejaskan perhubungan.
Usaha kamu dan si dia ini menampakkan kesungguhan yang amat ketara demi menjamin perhubungan.
Faktor 6 - Perlu dimengertikan
Sebahagian besar individu menginginkan pasangan yang tidak hanya mendengar pendapat sebelah pihak. Malah harus bijak mengutarakan pendapat sendiri. Kamu juga tentunya berharap agar si dia mengerti tentang pandangan kamu terhadap pelbagai perkara. Jika tidak, mungkin perhubungan hanya mendatar saja. Bukan itu saja, kemarahan juga boleh timbul ekoran perasaan yang tidak dimengertikan dan menganggap diri kamu tidak dihargainya.
Faktor 7 - Simpati
Simpati adalah usaha untuk memberikan pengertian yang lebih mendalam, seakan berusaha menempatkan diri kita di dalam emosi si dia. Sebenarnya tidak mudah melakukan perkara ini. Tapi bila dapat menimbulkan simpati, kebanyakan pasangan mampu mengatasi perkara-perkara yang boleh menimbulkan pertengkaran dan perselisihan pendapat kerana memahami sesuatu yang boleh mengganggu hubungan.
Faktor 8 - Diyakini
Bila rasa yakin, kamu boleh memberi pandangan bersama si dia. Baik dalam hal-hal remeh temeh hinggakan ke perkara yang serius.
Kamu akan merasa si dia bukan saja mendengar malah akan menyimpan rahsia kamu. Apa yang penting kamu juga harus mengetahui dan berkeyakinan adakah si dia memang boleh menyimpan rahsia ataupun tidak!
Faktor 9 - Perbezaan pendapat
Memanglah tak dapat lari dari perbezaan pendapat antara kamu dan si dia. Mereka yang berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui bahawa dirinya berbeza pendapat dengan pasangannya selalunya seorang yang tidak berani menghadapi kenyataan. Tak mungkin akan selalu sama pendapat sebaliknya mampu berkompromi untuk menunjukkan kedewasaan masing-masing.
Faktor 10 - Elakkan dendam
Cinta sejati akan diwarnai oleh pengertian dan rasa untuk dimaafkan.. Kerana dendam boleh menjadi punca kehancuran sesebuah perhubungan. Walaupun pernah dilukai, namun perasaan dendam ataupun membalas balik mungkin tidak akan terlintas dalam fikiran. Bagi diri kamu, mungkin berdendam bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik malah ianya akan memburukkan lagi keadaan. Oleh sebab itulah kemaafan adalah perkara yang terbaik untuk menjernihkan suasana.
Faktor 11 - Berfikiran terbuka
Banyak pasangan merasakan tidak perlu untuk mengungkapkan secara lisan apa yang ada dibenaknya. Walaupun hakikatnya perkara itu sangat penting dan perlu disampaikan secepat mungkin bagi menggelakkan perkara yang tidak diingini akan berlaku. Oleh sebab itulah, jalan yang terbaik ialah setiap individu harus berfikiran terbuka. Bukannya harus menerima pendapatnya tanpa perlu berfikri panjang sebaliknya kita harus mendengarnya dahulu dan barulah membuat keputusan. Tak semestinya apa yang dikatakan tidak elok begitu juga sebaliknya.
Faktor 12 - Tulus dan jujur
Ketulusan dan kejujuran memainkan peranan yang penting dalam sesebuah perhubungan. Bukan saja dari segi perbuatan malah juga percakapan. Apa yang ingin disampaikan haruslah dengan niat sejujur yang mungkin dan bukanlah hanya untuk melindungi kesilapan. Pilihlah kata-kata yang sedap didengar dan senang dimengertikan. Melalui komunikasi, kita juga boleh menangkap adakah si dia jujur dan tulus ataupun sebaliknya.
Faktor 13 - Tak selalu didampingi
Bukan semua orang sukakan kekasihnya sentiasa disisi. Ada juga yang inginkan sedikit kebebasan dan asal bijak mengawal diri itu sudah cukup memadai. Apa yang penting, jika si dia tidak menemani kamu, jangan pula berfikir yang bukan-bukan dan mulalah menganggap yang si dia sengaja mahu mengabaikan kamu. Singkirkan perasaan ini kerana ini bukanlah niatnya sebaliknya ingin memberikan kamu sedikit ruang untuk menjalani aktiviti sendiri.
Faktor 14 - Jauh di mata dekat di hati
Saat terpisah dek jarak yang jauh sebenarnya banyak mengajar kita erti rindu yang sebenar. Walaupun tempohnya agak lama, haruslah mempercayai jarak dan waktu tersebut tidak akan memisahkan diri kamu dan si dia. Perasaan ini harus wujud walaupun tidak selalu dapat bersua namun perasaan saling merindu dan menyayangi akan menguatkan lagi perhubungan kamu itu. Apapun teguhkan hati dan pendirian kamu bahawa hanya cinta si dia sahaja yang bertakhta di hati.
Faktor 15 - Persamaan
Persamaan antara kamu berdua akan menguatkan lagi rasa cinta bila masing-masing yakin bahawa hubungan itu diimbangkan dengan prioriti utama. Jangan hanya mementingkan hak seorang diri saja dan haruslah mengambil berat tentang kedua belah pihak. Sebenarnya kamu berdua saling memerlukan antara satu sama lain untuk memastikan keseimbangan dalam perhubungan.
Faktor 16 - Tak saling menyalahkan
Tak selalu hubungan yang terjalin berjalan lancar dan adakalanya ia akan bergegar jua. Hubungan cinta yang lancar haruslah tidak dilandasi sikap saling menyalahkan. Apa yang terjadi merupakan interaksi dari dua pihak yang memiliki kebebasan mengeluarkan pendapat dan keinginan yng berbeza. Menyalahkan antara satu sama lain bukanlah boleh menyelesaikan masalah sebaliknya akan menjejaskan lagi hubungan. Keegoan mungkinlah penyebab mengapa kamu dan si dia saling menyalahkan antara satu sama lain.
Faktor 17 - Hormat-menghormati
Saling hormat-menghormati adalah dasar perhubungan yang positif. Kamu harus menghormati si dia dan begitu juga sebaliknya. Tapi jangan kerana terlalu menghormatinya hinggakan kamu berasa amat segan dengannya. Ini akan mendorong rasa malu dan segan untuk meluahkan apa yang kamu pendamkan dan membuatkan hubungan kamu sukar untuk berkembang. Oleh sebab itulah kamu perlu membatasi rasa hormat dan segan terhadap si dia.
Faktor 18 - Penghargaan
Tidak salah sekiranya kamu menghargai si dia.. Bukannya hendak menyanjung tinggi ataupun terlalu memuja dirinya. Tetapi biarlah sekadar si dia tahu yang kamu amat mengharagi kasih dan dirinya. Caranya? Emmm... hanya kamu saja yang tahu bagaimana kerana lain orang lainlah caranya. Apapun kalau kamu memang sayangkannya, jangan segan silu untuk menunjukkan perasaan kamu serta jangan lupa harga perasaan dan dirinya.
Faktor 19 - Bukan materialistik
Bayangkanlah kalau kamu seorang yang materialistik? Mesti kekasih kamu pokai dibuatnya. Mana taknya kalau kamu minta yang bukan-bukan. Dalam perhubungan, jangan sesekali kamu menjadikan wang sebagai punca utama mengapa kamu memilih si dia. Jika ianya terjadi, hubungan kamu mungkin sukar bertahan lama dan membuatkan si dia akan berprasangka terhadap kamu.
Faktor 20 - Perancangan bersama
Manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Tapi ada bagusnya kalau kamu dan si dia merancang sesuatu untuk menjamin kebahagian. Tentunya kamu sendiri inginkan yang terbaik demi masa depan bersama. Bukan mudah untuk mencipta kebahagiaan dan mengecapi kegemilangan dalam perhubungan. Pastinya semua mengimpikan sesuatu yang indah dalam perhubungan. Begitu juga kamu bukan? Apa perancangan kamu agaknya ye?


والله تعالى أعلم

7 KALIMAH

Tujuh kalimat


Sabda Rasulullah S.A.W


" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia
terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta
diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih
laut "


1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak
melakukan sesuatu.


2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap
selesai melakukan sesuatu.


3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap
perkataan yang tidak patut


4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan
berbuat sesuatu di hari esok.


5. Mengucap La haula wala kuwwata illa
billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak
diingini.


6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun
jika menghadapi dan menerima musibah.


7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad
Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak
terpisah dari lidahnya.


والله تعالى أعلم

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal
seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah.
Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati
suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan
keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di
luar rumah.
Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk
rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban
salam daripada isterinya.
Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama
dengan salam itu.


Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:


1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT
mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya
hingga subuh.


2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada
dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang
yang lain.


3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia
daripada masuk syurga kecuali maut dan barang
siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah
SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya,
rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.


4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT
menganugerahkan dia setiap hati orang
yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg
benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan
padanya rahmat.


5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT
mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka
semua memohon keampunan dan mendoakan
baginya.


6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan
pengambilan rohnya dan dia adalah seperti
orang yang berperang bersama Nabi Allah
sehingga mati syahid.


7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi
ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT
berkenan memberi pertolongan kepadanya.


Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W.
bersabda,Sampaikanlah pesanku biarpun
satu ayat..."




والله تعالى أعلم

Saturday, April 23, 2011

WARNA CINTA




~ WARNA WARNA CINTA ~

Mereka berkata hidup perlukan cinta -
Agar sejahtera aman & bahagia -
Andai tiada atau pudar warnanya -
...Meranalah jiwa gelaplah dunia -

Warna-warna cinta yg terlukis di hatimu -
Semat pada senyuman & tangismu -
Agar mewarnai jiwamu yang tulus -
Seperti sang pelangi selepas gerimis -

Mereka berkata cinta itu merah -
Mengalir bersama titisan yg sempurna -
Cinta berharga bila sudah tiada -
Menjadi sejarah yg mungkin kan di lupa -

Apa warna cinta -
bila hidup sengketa -
Kabur warnanya -

~ BROTHERS feat WAHEEDA ~


CINTAKU PADAMU

Cintaku TerhadapMu

Cinta lahir dari hati ,tidak siapa dapat menghalang mahupun menjadikan cinta melainkan yang Maha Esa. Cinta dan kasih sayang adalah pekara berlainan walau bagaimanapun ia tidak dapat dipisahkan dari satu dengan yang lain. Melalui pemerhatian, ramai yang meluahkan rasa kasih sayang dan cinta kepada sesama makhluk mahupun sesuatu pekara melalui pelbagai cara. Ada yang mengasihi keluarganya dan meluahkan rasa cintanya melalui masa yang diluangkan bersama keluarga. Dan ada juga yang mencintai kebendaan seperti buku sehingga sanggup menyimpan koleksi buku-buku tersebut dan sanggup tersadai ditepian jalan untuk menunggu koleksi yang terbaru. Tetapi cinta yg digambarkan itu tidak akan bertahan selamanya kerana semuanya bersifat sementara.

Bukankah terdapat cinta yang kekal abadi? Yang sepatutnya terdapat pada setiap individu? Cinta ini membawa manusia kepada kebahagian sementara kepada kebahagian selama-lamanya. Yang membawa langkah manusia kepada jalan kebenaran dan mendekati harumnya syurga yang penuh kenikmatan. Cinta yg membawa kesejahteraan di dunia mahupun di akhirat. Cinta yang tidak perlu pada konflik dalaman mahupun luaran. Tahukah kamu cinta apakah yang dimaksudkan itu?


Iaitu cinta kepada Allah swt Tuhan yang Maha esa yang Menjadikan dan yang Mematikan. Yang apabila dicintai, akan dibalas dengan kecintaan. Dan penamatnya adalah kebahagian bukannya kedukaan. Yang apabila dicinta, membuahkan iman dan melapangkan kesempitan dunia kepada keluasan akhirat.


Bila kita bicara tentang cinta, semestinya kita sinonim kepada “cinta-cinta monyet” dan disebabkn ini ramai memandang serong terhadap indah dan mulianya cinta itu. Tetapi kita tidak pula menggambarkan cinta yang sepatutnya dilihat dari kaca mata sebenar, iaitu kaca mata hati yang disulami iman. Bukankah cinta itu kurniaan illahi? Kita bicara tentang cinta yang halal dan suci tidak perlu pada cinta yang diprovokasi oleh barat yang sememangya rapuh yang telah mempengaruhi segenap masyarakat tidak kiralah hollywood, bollywood mahupun “koreanwood”. Kita bicarakan cinta kepada ibu bapa suami/isteri dan anak. Bukankah itu semua kurniaan illahi? Kita bicarakan cinta seorang peraih kasih kepada Penciptanya. Kita bicarakan cinta seorang sahabat kepada sahabatnya. Cinta yang seharusnya berpaksi dan bermula dari asalnya kita, iaitu mencintai yang Maha Pencipta.


Tapi persoalan bagaimanakah kita bermain cinta? Dari sudut kekeluargaan, terkandungnya individu-individu nukleas. Sebagai suami yang bertanggungjawab terhadap keluarga, bagaimanakah kita menunjukkan rasa kasih dan sayang serta cinta kita kepada tuhan pencipta alam? Suami sememangnya mencintai anak dan isterinya dengan menunjukkan kasih dan sayangnya melalui pengorbanan yang dicurahkan kepada keluarganya. Bukankah indah jika sekiranya, suami yang mencintai anak dan isteri ini meletakkan kecintaannya itu kepada Allah swt? Suami melakukan pekerjaan sehariannya kerana Allah swt dan melakukan aktiviti bersama keluarga juga kerana Allah swt. Seharusnya suami memandang kebahagian keluarga itu adalah kebahagian hasil dari hubungan dengan Allah swt. Segala aktiviti yang dilakukan suami, haruslah mempunyai nilai kecintaan terhadap tuhannya supaya anak dan isterinya turut mencintai tuhan yang dicintai suami atau ayahnya. Bimbinglah anak-anak dan isteri kepada dengan belaian kasih illahi dengan sewajarya. Bertadarus bersama-sama setiap hari dan menjalankan riadhah bersama-sama keluarga adalah antara aktiviti yang menunjukkan qudhwah hasanah yang sepatutnya ditonjolkon seorang suami. Suami harus seronok dan bersungguh dalam melakukan segala ibadat tidak kiralah walau senyum sekalipun, yang penting semuanya kerana Allah swt. Cukup setakat itu olahan bagi seorang suami.


Bagaimana pula isteri menunjukkan rasa cinta kepada Tuhan Maha Pencipta yang tidak dilahirkan mahupun melahirkan? Yang terutama sekali bagi isteri, alangkah indahnya jika taat dan patuh pada perintah suami yang beriman semuanya diletakkan kerana Allah swt. Suasana keluarga selalunya ditentukan oleh pengaruh seorang isteri. Oleh itu layanlah dan senyumlah untuk anak dan suami semata-mata kerana kecintaan kepada Allah swt. Iaitu supaya anak dan suami rasa tenang dan bersyukur mempunyai isteri yang solehah dan umi yang penyayang. Cintalah suami itu kerana keimanannya terhadap Allah swt. Bukankah indahnya keluarga jika mempunyai seorang isteri mahupun ibu yang bersabar dengan karenah anak-anak dan suami semuanya kerana syukurnya dia dan cintanya dia kerana Allah tuhan yang satu yang telah mengurniakan kepadanya suami dan anak sebagai rezeki? Didiklah anak-anak dengan jiwa islam melalui bimbingan terhadap akhlak yang mulia. Hasilkan perasaan untuk meilhat anak dan suami mencintai tuhan yang Esa.


Bagaimana anak memainkan peranan di dalam keluarga untuk menunjukkan kecintaannya terhadap Allah swt? Jadilah anak yang taat kepada ibu bapa, walaupun fikrah kita tidak sama dalam perjuangan, namun merekalah yang membesarkan kita. Tidakkah kita mahu melihat mereka turut serta dalam perjuangan kita? Tunjukkanlah kepada mereka akhlak yang baik kerana setiap perubahan walau sekecil manapun akan tetap dirasa oleh ibu bapa. Jadikan masa yang diluangkan kepada ibu dan bapa sebagai ibadat kerana Allah swt supaya dapat membalas budi dan jasa mereka. Ini melambangkan kita bersyukur dengan kurniaan Allah swt kerana memberi kita peluang bersama dengan keluarga. Tidakkah kita kasihan kepada orang-orang yang tidak berpeluang mempunyai nikmat ini? Tidakkah kita cinta dan sayang kepada ibu bapa kita? Letakkanlah kecintaan itu semata-mata kerana Tuhan yang menjadikan mereka, yang juga menjadikan kita. Bersyukurlah dan jadilah anak yang soleh yang selalu membaca al-quran dikala subuh hari mahupun disetiap waktu bagi menyejukkan mata memandang dan meringankan beban yang dipikul.Bukanlah cinta itu semata-mata kerana kekasih, tetapi cinta yang asalnya kerana Allah swt. Terlalu banyak untuk coretan tentang cinta ini. Tetapi penulis mahukan pokok yang subur hasil bajaan pembaca sendiri. Dahulukan cinta kita kerana Allah swt, kemudian cintalah makhlukNya kerana Allah swt jua. Selamat bercinta, dan sudahkah anda bercinta denganNya?


..........Cinta Ilahi melebihi segala-galanya.............




والله تعالى أعلم
سلام اخوة فى الله