Friday, October 30, 2009

DENGAN IZIN-MU



Dengan izin-MU,

YA ALLAH,aku menyimpan wajahNYA di hatiKU.

Terima kasih tuhan.

engkau berikan aku kekuatan untuk berusaha memajukan diri dengan menghadirkan DIA di hatiKU.

Tuhan,bantulah aku lindungi DIA dalam DOA yang tidak pernah padam ini.



SUASANA RAMSIS,MESIR








Sunday, October 25, 2009

MENGUKIR BAHAGIA



Bukan kehendak NATASYA menerima ZAHIM,tetapi itulah tanda pengorbanannya sebagai seorang anak.perginya ZAHIM tanpa sepatah kata juga bukan pintanya, tetapi itulah hidup yang di takdirkan ke atasnya.bagia NATASYA,andai takdir memisahkan mereka, takdir jugalah yang bakal menemukan mereka kembali.
jika di beri peluang meminta,akan di pinta agar mereka tidak di pertemukan buat selama-lamanya.mengapa perlu ada pertemuan lagi di saat HATI sudah hampir merelakan perpisahan?

''rasanya ikatan ini langsung tidak bererti buat kita berdua,jalan yang terbaik , putuskan saja''

Namun, takdir ALLAH tiada siapa yang dapat menduga,kerana pengorbanan juga, sekali lagi dia terpaksa menerima ZAHIM kembali,tapi di saat die mula mengecap rasa BAHAGIA bersama,sekali lagi kepercayaannya dikhianati tanpa belas.

apakah semua perngobanannya selama ini tidakk memberi apa-apa makna pada ZAHIM?
lantas,apa sebenarnya yang dia mahukan? kalau BAHAGIA seorang suami bukan pada isteri, di mana letaknya KEBAHAGIAAN itu?

peliknya CINTA... walau dilukai berkali-kali,HATI masih mampu menyayangi.sekalipun parut kelukaan itu mencacatkan. namun CINTA di HATI hanya akan berhenti bila nyawa dan roh diangkat ke langi. dia percaya;

''isteri yang baik akan menerima suami seadanya.isteri yang solehah akan mengikut kemahuan serta kehendak suami setulusnya dan isteri yang sempurna akan sentiasa cuba menyempurnakan diri sendiri demi kebahagiaan suaminya''


HANI FAZUHA

MENENTANG NAFSU....

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sukakah kamu semua kalau saya tunjukkan akan sesuatu amalan yang dapat melebur semua kesalahan dapat menaikkan beberapa darjat?"

Para sahabat menjawab: "Baiklah, ya Rasulullah."

Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Iaitu menyempurnakan wudhu' sekalipun menemui beberapa hal yang tidak disenangi (seperti terlampau dingin dan sebagainya), banyak-nya melangkahkan kaki untuk ke masjid dan menantikan solat sesudah melakukan shalat. Itulah yang dapat disebut ribath, itulah yang disebut ribath"

(Riwayat Muslim)

ribath - '' perjuangan menahan nafsu untuk memper-banyak ketaatan pada Tuhan."

Saturday, October 24, 2009

يا الله


YA ALLAH,
aku ini hambaMU yang lemah,yang tidak berdaya.
apa yang ada di dalam kehidupan yang engkau amanahkan kepadaKU ini,
aku terima.
bantulah aku,YA ALLAH,bantulah di dalam setiap gerak geriKU,setiap denyutan jantungKU dan setiap hembusan nafasKU untuk selalu ingat kepadaMU.

Ampukanlah aku,YA ALLAH,apabila aku lalai dan terlupa mengucap syukur atas nikmat rahmat,nikmat akal,nikmat perasaan yang engkau anugerahkan kepadaKU.
YA ALLAH,sesungguhnya dosaKU amat banyak,tetapi rahmatMU tetap juga banyak dan melimpah.
YA ALLAH


عمران رملي امري عمان

Friday, October 23, 2009

يا ربي.......



YA ALLAH,ya tuhanKU
Aku hanya ada engkau.
hanya pada engkau tempat aku mengadu dan bercerita.
aku tidak mahu kehilanganMU YA ALLAH.
engkau hilangkanlah seramai mana pun insan-insan yang aku sayang di sekelilingKU,
aku terima aku redha
tetapi janganlah engkau hilang daripadaKU ALLAH
ambilah sesiapa saja YA ALLAH
Tetapi janganlah engkau ambil perasaan ini.
perasaan yang amat mengharapkan belas kasihMU
perasaan yang amat mngharapkan rahmat dan kasih sayangMU
perasaan yang aku rasakan engkau sentiasa di HATI,di jiwa,di mata
dan di mana-mana saja aku berada.
YA ALLAH,cukuplah aku hanya ada engkau. cukuplah !!!


عمران رملي امري عمان

Thursday, October 22, 2009

من جاء؟؟


YA ALLAH,ya tuhanKU

sesiapa pun yang engkau datangkan padaku saat ini

aku terima dengan hati bersih

mereka semua hamba-MU yang aku kena hormat dan berbaik sangkta

jangan pernah mengajarKU bersangka jahat pada sesiapa pun hambaMU

Mereka semua hamba-MU YA ALLAH

Hamba-hamba-MU yang engkau ciptakan untuk hidup bersama-samaKU

seperti engkau berikanKU seorang yang MULIA untuk hidup bersama-samaKU



عمران رملى امري عمان

Monday, October 19, 2009

سنة حلوة يا عمران..... كل عام وا نا بخير.. امين يا رب

ehh!! awat gerak-gerak nii..... hidup lagi keee... ?? hihihi :P


upacara menyembelihan berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan...... hahahaha :P :P


me kaceh pada semau ahli bait.... moga allah memberkati kalian :`(
amin YA RABB (^_^)


macam bentuk istana pun ada.... istana apa yekk?? istana idaman sang kekasih .. hahaha
merapu jeekk .. tarappapa (^_^)


kek dah siap nii... tunggu masa nak potong... bukan topong laaa..kerat.hahaha
belah 18 punya :P


عمران رملى امري عمان

Saturday, October 17, 2009

1/3 AL-QURAN....



Daripada Abu Said al-Khudri r.a., bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda mengenai surat Qulhuwallahu ahad (yakni surat al-lkhlas), iaitu: "Demi Zat yang jiwaku ada di dalam genggaman kekuasaan-Nya, sesungguhnya surat al-lkhlas itu nescayalah menyamai sepertiga al-Quran(pahala membacanya.) "

Dalam riwayat lain disebutkan: Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda kepada sahabat-sahabatnya: "Apakah seseorang di antara engkau semua itu akan merasa lemah (tidak kuat) untuk membaca sepertiga al-Quran dalam satu malam?"

Tentu saja hal itu dirasakan berat oleh mereka dan mereka berkata: "Siapakah di antara kita semua yang kuat melakukan itu, ya Rasulullah?" Kemudian beliau s.a.w. bersabda: Qul huwallahu ahad Allahush shamad adalah sepertiga al-Quran (yakni pahala membacanya menyamai membaca sepertiga al-Quran itu.)"

(Riwayat Bukhari)

Friday, October 16, 2009

aA + bB




CINTA itu,jatuh dari langit atau jatuh dari HATI? ~ ADDIN

inilah...sebuah kisah perjalanan; perjalanan bersama masa;
perjalanan cerita aA + bB.

Semua orang belajar,semua orang membesar; tetapi tidak semua orang menjadi dewasa. selagi hidup bersama masa,maka selagi itu juga yang hidup itu dewasa bersama usia.


ADDIN mengemukakan teorinya begini:
a. membesar dan belajar dengan pengetahuan serta pengalaman adalah suatu cabaran

b. membesar dan belajar tentang hidup serta mengenal diri sendiri adalah satu hakikat yang tidak dapat dielak.


7 tahun selepas itu...
apa yang terjadi apabila doktor dipaksa berkahwin dengan jurutera,yang bukan pilihan HATInya?
apa yang terjadi kalau SANG KEPALA BATU dan SANG KERAS KEPALA itu harus tinggal sebumbung?


cerita `CINTA` antara ADDIN dan BENZ,tidak semudah A+B= AMAN BAHAGIA. Ini kerana sejarah mereka bermula lebih awal dari itu.
mereka pernah saling membenci,saling mendendam dan saling membisu sejak zaman sekolah....


siapa aku pada DIA? A pal? A room-mate? A brother? never a husband? - BENZ


Hlovate

Thursday, October 15, 2009

KAU SAYANGKU...



ARISA NURAILIZ
nama yang cukup indah.apatah lagi hidupnya dikelilingi oleh insan-insan tersayang.namun siapa sangka di sebalik senda guraunya,ada cerita duka yang tersemat utuh di ingatannya.tidak mungkin dia melupakan adik kembarnya,ayana nurailin yang telah pergi bersama CINTA yang tak kesampaian.mengapa setiap insan yang berCINTA,ada saja penghalangnya??


MARINA
dendam yang lama sentiasa membara.dia tidak rela kakak kembarnya,maliah atau anak-anak saudaranya memiliki sekelumit kebahagiaan.baginya,maliah pernah merampas haknya suatu ketika dahulu.sedangkan yang patut digelar perampas adalah dia!
dia sanggup lakukan apa saja,asalkan impiannya tercapai untuk melihat keluarga itu musnah! sanggupkah saudara sedarah sedaging menjadi pembunuh kerana CINTA?


EDDY SHAM
kehadiranmu menyakitkan hati dan kadangkala pengubat hati yang sunyi.CINTA bagimu ibarat mainan di bibir.kau bukan ingin menyintai tetapi sekadar untuk memiliki.jika suatu hari nanti jika kau benar-benar sudah jatuh CINTA.kau selamilah maksud itu sedalam-dalamnya.aku harap kau temui jawapannya.


AKIF ZAMANI
selamat tinggal arisa nurailiz.walau dimana pun awak berada.. saya hanya mahu melihat kebahagiaan awak.sekiranya awak boleh bahagia tanpa saya di sisi,saya akan pergi jauh.maafkan saya,sesungguhnya hanya awak di HATI ini. SAYANG....


BIKASH NUR IDRIS

Friday, October 9, 2009

10 AMALAN TERBAIK TAPI TERBALIK..


Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

  1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
  2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap Assalamu'alaikum berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula Assalamu'alaikum tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
  3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
  4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
  5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
  6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
  7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
  8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
  9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid.. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
  10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.



عمران رملى امري عمان

Wednesday, October 7, 2009

3 CAHAYA DI HARI QIAMAT..


Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang
ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan
mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air
sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari.
Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam mas jid sebelum azan lagi."
Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking.
Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti
jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : " Hai Huraisy ! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam mas jid.
Kelima, orang yang suka minum arak."
Simpanlah baik2 amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari.
Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga
menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah


A
langkah berbahagianya anda semua yang mempunyai anak lelaki dan dididik
pula melaungkan azan di masjid2 maupun disurau2. Amin. Wasallam.

Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni segala dosa2 kita yang
lalu dan hari ini.
AZAN
Azan adalah dakwah yang paling utama sekali kerana
ianya mengajak kita membuat kebaikan dan mengingati Allah swt. Secara
tidak sedar kita sentiasa didakwah sebanyak 5 X sehari. Cubalah hayati
setiap perkataan dan jawablah seperti yang disarankan. Bagi orang yang
melaungkan azan pula jika dia berniat untuk seluruh alam (spt yang
disarankan oleh Allah kepada Nabi Ibrahim alaihisallam) muazin itu akan
mendapat pahala umat islam seluruh alam yang bersolat pada hari itu.
Begitulah kelebihannya yang Allah beri. Wassallam.

ADAB MENDENGAR AZAN
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita
ketahui. Cuba kita amati . Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal
tidak dapat berkata apa-apa..... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut' . Diriwayatkan sebuah
hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika
tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan
berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama
Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri,
mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang
berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita
takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang
dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn
izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik
lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. ..."
semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin
Yarobbala'lamin .."



عمران رملى امري عمان

Tuesday, October 6, 2009

MAKNA BACAAN DALAM SOLAT..




Segala puji bagi Allah ,Tuhan yang menciptakan kita dari Air yang hina Sehingga menjadi bayi seterusnya menjadi manuasia. Tetapi apabila dewasa atau matang kenapa kita melawan segala Suruhan Nya .Adakah kita Tidak mengenang Budi ,Allah yang menciptakan dan dengan Rezeki yang kita dapat setiap hari dan menberikan udara utk kita bernafas setiap hari tidakkan kita berfikir atau bersyukur dengan segala anugerahNya.

makna bacaan dalam solat:

Allah Maha Besar

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.




"wahai tuhan ku,aku tak layak utk kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup
keNerakamu.. ..kami lah hamba yang mengharap belas kasihan darimu ."ya allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia"




عمران رملى امري عمان



Monday, October 5, 2009

TIBA-TIBA IA TERDETIK....






terdetik HATI ingin berbicara ...
biacara apa yang bisa kuluahkan.tidak bisa ku tahu dan mengerti tentang PERASAAN ini
biarlah segalanya tersingkap dalam 1001 bahasa.
yang mungkin mana-mana bibit bisa terungkap dengan sesuatu kalam atau dengan perbuatan
bagi menyerlahkan lagi tentang rasa yang tersembunyi di benak lubuk HATI ini.

tentang HATI....
agak sukar untuk ku fahami dan selaminya
selagi ianya masih bernyawa,masih bernafas,masih bergetar
lonjakan,sentuhan dan geloranya akan terus membara di segala pelusuk genap dan ruang.
mungkin kerana ianya terlalu jauh dari dua HATI.. jarak-jarak yang terpisah antara masa,waktu,tempat dan sebagainya..NUN jauh di sana.masih menanti dan sedia SETIA.
tidak silap dan tidak salah lagi.segalanya harus aku tempuhi.mungkin inikah di namakan TAKDIR atau SURATAN?? hanya PENCIPTA alam yang mengetahui akan segalanya.

kuatkan aku untuk tempuhi segala ini YA ALLAH
berikan HIDAYAHMU
bagi aku terus menelurusi jalan-jalan sepi ini.


عمران رملي امري عمان