Monday, August 23, 2010

SOLAT TERAWIH



MENGHIDUPKAN BULAN RAMADHAN

Solat Tarawikh (Qiyamul Lail)

Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud:
“Barangsiapa yang menunaikan qiyamul lail pada bulan Ramadhan karena keimanan dan mengharapkan pahala, niscaya akan diampuni dosa-dosa-nya yang telah lalu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam ayat Allah berfirman:
“Dan hamba-hamba yang baik dari Rabb Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata keselamatan. Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Rabb mereka.” (Al-Furqan: 63-64)

Mengerjakan solat malam adalah kebiasaan Rasullullah s.a.w. dan para sahabat beliau. Sehingga Aisyah r.a. berkata: “Janganlah tinggalkan solat malam, sebab Rasulullah s.a.w.tidak pernah meninggalkannya. Sekalipun sakit atau sedang lesu, beliau tetap mengerjakannya dengan duduk.”

Umar bin Khatab r.a. biasa mengerjakan solat malam. Apabila tiba pertengahan malam, beliau segera membangunkan keluarganya untuk solat. Beliau berseru: “Solat, solat!” seraya membacakan ayat ini:

“Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertaqwa.” (Tha-ha: 132)

Ibnu Umar r.a. pernah membaca ayat: “(Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Rabbnya.” (Az-Zumar: 9) Beliau berkata: “Orang yang dimaksud dalam ayat di atas adalah Utsman bin Affan r.a.”

Ibnu Abi Hatim berkata: “Ibnu Umar r.a. mengatakan hal itu kerana banyaknya solat malam dan tilawah yang dilakukan Amirul Mukminin Utsman bin Affan r.a.. Hingga terkadang beliau membaca seluruh Al-Qur’an dalam satu rakaat.”

Alqamah bin Qais menceritakan: “Pada suatu ketika aku bermalam bersama Abdullah bin Mas’ud r.a.. Ia bangun untuk solat pada awal malam. Beliau membaca surah seperti bacaan imam di masjid, beliau baca dengan tertil tanpa terburu-buru hingga dapat didengar oleh orang yang berada berdekatan dgnnya. Beliau terus solat hingga menjelang terbit fajar, antara selesai solat malam dengan terbit fajar jaraknya kira-kira antara azan Maghrib hingga selesai solat Maghrib. Setelah itu beliau mengerjakan solat witir.”

Dalam riwayat As-Sa’ib bin Zaid disebutkan bahwa ia berkata: “Pada saat itu imam membaca beratus-ratus ayat. Sehingga kami bersandar dengan tongkat kerana lamanya berdiri. Ia berkata: “Kami baru selesai saat menjelang fajar.”

CATATAN: Wahai saudaraku, sebaiknya engkau menyempurnakan solat tarawih bersama imam, agar engkau termasuk orang-orang yang menghidupkan Ramadhan dengan solat malam. Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud:
“Siapa saja yang solat tarawih bersama imam hingga selesai, akan ditulis baginya pahala solat semalam suntuk.” (HR. Abu Dawud, At-Tirmidzi, An-Nasai dan Ibnu Majah)

Saturday, August 14, 2010

ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIR

Andai kau tahu ini Ramadhan yang terakhir

Pasti siangnya kau sibuk berzikir

Tentu tak akan jemu kau lagukan syair rindu

Mendayu..merayu..pada Tuhan yang satu

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

Tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu

Solat yang di kerjakan..sungguh khusyuk lagi tawa'duk

Tubuh dan Qalbu..bersatu memperhambakan diri

Mengadap Rabbul Izzati..menangisi kecurangan diri

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

Tak akan kau sia-siakan sesaat waktu yang berlalu

Di setiap kesempatan dan masa yang terluang

Alunan Al-Quran akan kau dendang, akan kau syairkan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

Tentu tak akan kau lupakan..mereka yang tersayang

Bersama meriahkan Ramadhan

Kita buru..kita cari..suatu malam idaman

Yang lebih baik dari seribu bulan

Duhai Ilahi..Andai ini Ramadhan yang terakhir buat kami

Jadikan ia Ramadhan yang paling bererti..yang paling berseri

Buat menerangi kegelapan hati kami

Menuju ke jalan redha dan kasih sayang Mu

Semoga bakal menerangi kehidupan kami di sana nanti

Andai benar ini Ramadhan yang terakhir

Maafkan semua kesalahan yang pernah ku lakukan...

SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA

GANGGUAN DALAM SOLAT

Antara gangguan ketika melakukan solat adalah:

1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratul ihram

Saat membaca takbiratul ihram, 'Allahu Akbar', seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah. Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk. Ibnu Qayyim berkata, "Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat". Was-was itu membuat mereka terseksa.

2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat.

Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil 'Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah." Rasulullah menjawab, "Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib. "Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT gangguan itu dariku" (Hadis Riwayat Muslim).

3) Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan

Abu Hurairah r.a berkata, "Sesungguhnya Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Jika seorang daripada kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

4) Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan

Abu Hurairah berkata, "Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan. Apabila muazin selesai azan, ia kembali lagi dan jika iqamat dikumandangkan dia berlari. Apabila selesai iqamat, dia kembali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya,'Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!' Sehingga orang itu tidak tahu berapa rakaat ia solat." (Hadis Riwayat Bukhari).

5) Tergesa-gesa menyelesaikan solat

Ibnu Qayyim berkata: "Sesungguhnya tergesa-gesa itu datang daripada syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Tidak ada ketenangan atau thuma'ninah. Pada zaman Rasulullah ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah memerintahkannya untuk mengulanginya kerana solat yang ia kerjakan belum sah. Rasulullah bersabda kepadanya, "Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk (thuma'ninah), lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri. Kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma'ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

6) Melakukan gerakan yang tidak perlu

Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat. "Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah". Orang itu bertanya, "Apa yang dilakukannya? "Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. "Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w," kata Ibnu Umar (Hadis Riwayat Tirmidzi).

7) Melihat ke kiri atau ke kanan ketika solat

Sedar atau tidak, jika seseorang itu melihat ke kiri atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda. Kerana itu, selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri syaitan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah beliau berkata, "Saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika solat". Rasulullah menjawab, "Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba." (Hadis Riwayat Bukhari).

8) Menguap dan mengantuk

Rasulullah bersabda bermaksud: "Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin menguap, tahanlah." (Hadis Riwayat Thabrani). Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda, "Ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan, hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata 'ha...' bererti syaitan tertawa dalam mulutnya" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

9) Bersin berulang kali ketika solat

Syaitan ingin mengganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas'ud, "Menguap dan bersin dalam solat itu daripada syaitan." (Riwayat Thabrani). Ibnu Mas'ud berkata, "Bersin yang tidak disenangi Allah adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara."

10) Terasa ingin buang angin atau buang air

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan di perutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau tidak, janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya" (Hadis Riwayat Muslim). Berbahagialah orang Muslim yang selama ini terbebas daripada pelbagai macam gangguan syaitan dalam solat mereka. Semoga kita semua dibebaskan Allah daripada gangguan berkenaan. Bagi yang berasakan gangguan itu, sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.



والله تعالى أعلم

Tuesday, August 10, 2010

SALAM RAMDHAN AL-KAREEM





Salam Sinar Ramadhan Sahabat Semua
Alhamdulillah Ramadhan kembali menenui kita semua lagi…..hayati kemuliaannya dengan penuh keinsafan.

Ramadhan adalah masa utk menerangkan hati dan jiwa, puasa bukanlah sekadar menahan lapar dan dahaga semata-mata tetapi menahan seluruh anggota daripada kemaksiatan dan kedurhakaan kepadaNya.

Ramadahan……Diawalnya adalah rahmat,
Pertengahannya Maghfirah,
Dan Penghujungnya Pembebasan Dari Api Neraka,
Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan kpd kita semua….

“ Sesiapa yg mengidupkan malam Ramadhan dgn penuh keimanan dan
Mengharapkan ganjaran dr Allah s.w.t, diampunkan dosa-dosanya yg lalu”
( Riwayat Al-Bukhari )

“ Ya Allah, Ya tuhan kami, Berkatilah kami di bulan yg mulia ini, Sejahterakanlah kami, ampunkan kami dan terimalah segala amalan kami semua”

Selamat menjalankan ibadah puasa.
Moga pakaian TAQWA menjadi pilihanmu sahabat semua.

أمين يا رب العلمين

SAHUR DAN PANDANGAN SAINS

SAHUR DAN PANDANGAN SAINS

Puasa adalah amalan yang dituntut bagi umat islam, ianya juga
mengandungi hikmah yang besar bagi sesiapa yang mengamalkannya. Dalam
puasa ini terkandung didalamnya sahur yang mengandungi hikmah
disebaliknya seperti sabda nabi SAW, “Bersahurlah kamu kerana pada
sahur itu ada berkat.” (Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn
Majah) Dalam hadis ini bersahur dikaitkan dengan keberkatan. Keberkatan
bermaksud rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.

Dalam riwayat yang
lain baginda bersabda, “Sesungguhnya perbezaan antara puasa kita dengan
ahli kitab ialah makan sahur.” (Muslim, Ahmad, Abu Daud, Tirmizi,
Nasai) Mengikut hadis ini pula, bersahur menjadi pembeza antara puasa
umat Islam dengan ahli kitab.Umat Islam
disuruh melewatkan sahur kerana nabi bersabda, “Sentiasalah umatku
berada dalam kebaikan selama mana mereka melewatkan sahur dan
menyegerakan berbuka puasa.” (Ahmad) Melewatkan sahur bermaksud
bersahur ketika menghampiri waktu subuh dan berhubung dengan ini Zaid
bin Thabit pernah berkata, “Kami pernah bersahur bersama nabi kemudian
kami bangun untuk melakukan solat (subuh).” Kemudian Zaid bin Thabit
disoal, “Berapa lama masa antara keduanya (yakni antara makan sahur dan
solat subuh)?” Berkata Zaid, “Sekadar membaca 50 ayat Al-Quran.”
(Bukhari)Dalam kitab Nailul Authar disebutkan, “Imam Ibn Abdil
Bar berkata, hadis-hadis yang menerangkan tentang kepentingan
menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan sahur kesemuanya adalah
bertaraf sahih dan mutawatir.”Penekanan nabi agar sahur
dilewatkan dan tidak diabaikan amat signifikan lagi saintifik kerana ia
menepati waktu bersarapan pagi (breakfast). Kajian semasa menunjukkan
makanan yang paling utama dalam masa 24 jam ialah sarapan pagi. BBC
News bertarikh 7 Mac 2003 melaporkan, bersarapan pagi adalah amat
penting untuk memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil
makanan pada waktu yang lain. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Mark
Pereira dan rakan-rakannya dari Pusat Perubatan Harvard mendapati,
mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk,
mendapat sakit jantung dan menghidap penyakit kencing manis.Kajian
yang sama juga menunjukkan, mereka yang sentiasa bersarapan pagi
menanggung risiko 50% lebih rendah diserang masalah kesihatan yang
berkaitan dengan lebihan kadar gula dalam darah berbanding dengan
mereka yang jarang bersarapan pagi.Hal ini menjadi lebih
penting ke atas kanak-kanak yang berpuasa kerana kesan meninggalkan
sarapan pagi ke atas kanak-kanak adalah lebih negatif disebabkan tubuh
mereka yang kecil. Kajian-kajian terkini menunjukkan apabila glukosa
dalam darah menurun selepas bangun dari tidur dan keadaan ini
berterusan kerana tidak bersarapan pagi, kanak-kanak akan menghadapi
masalah memberi tumpuan kepada pelajaran.Tambahan dari itu satu
kajian yang dilakukan oleh Dr. Theresa Nicklas dari Kolej Perubatan
Baylor dan rakan-rakannya ke atas 700 pelajar-pelajar dari Louisiana
menunjukkan, mereka yang tidak bersarapan pagi menanggung risiko dua
kali ganda mengalami kekurangan zat besi dalam darah dan ini akan
menyebabkan penyakit anemia (iaitu suatu penyakit yang berkaitan dengan
kekurangan hemoglobin dalam darah). Hal ini dilaporkan oleh Kerry
Neville dari Chicago Tribune pada 24 September 2001.

Justeru secara umumnya, mereka yang berpuasa tanpa mengabaikan sahur, tidak akan
mendapat kemudaratan berdasarkan kajian-kajian yang dipaparkan ini.Tambahan
dari itu, puasa meredakan tekanan atau stress pada jiwa seseorang
kerana, di samping tidak makan, minum dan bersetubuh di siang hari,
umat Islam digalakkan membaca Al-Quran, bersedekah, memelihara lidah
serta membanyakkan solat dan zikir. Amalan-amalan ini menguatkan dan
mendamaikan hati.Justeru puasa Ramadan yang diwajibkan Allah
kepada umat Islam adalah sesuai dengan fitrah semula jadi manusia dan
ia mampu dilaksanakan oleh segenap lapisan masyarakat kerana
pendekatannya adalah tidak memudaratkan. Yang paling penting ialah, ia
adalah ibadah yang diwajibkan Allah dan Allah amat mengetahui apakah
yang terbaik bagi manusia.


والله تعالى أعلم

KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN








Sahabat yang dikasihi Allah,
Allah s.w.t yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang telah memberikan lima keistimewaan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w dan tidak pernah diberikan-Nya kepada umat-umat sebelum baginda dibulan Ramadhan.

Keistimewaan tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Pada malam pertama Ramadhan Allah s.w.t mengampunkan dosa-dosa mereka dan tidak menyiksa mereka selama-lamanya. (kecuali mereka yang syirik dan melakukan dosa besar. Perlu bertaubat dahulu)

Kedua : Mulut oarang yang berpuasa lebih harum daripada bau kasturi di sisi Allah s.w.t.

Ketiga : Seluruh malaikat memohon ampun siang dan malam kepada Allah s.w.t.untuk orang yang berpuasa.

Keempat : Allah s.w.t memerentahkan Syurga bersiap sedia untuk menyambut tetamu-Nya yang berpuasa.

Kelima : Allah s.w.t menunggu-nunggu untuk memberi keampunan kepada hamba-hamba-Nya yang berpuasa.


Kelebihan orang yang memberi makan dan minuman kepada orang yang berpuasa :

Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya :
“Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut.”
(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

1- Penjelasan tentang kelebihan orang yang menjemput orang yang berpuasa berbuka malah disunatkan berbuat demikian serta dorongan supaya melakukannya.

2- Dalam tindakan menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka terdapat seruan kepada kasih-sayang, persamaan dan bantu-membantu di kalangan umat Islam.

3- Pahala seperti ini akan diganjarkan kepada sesiapa sahaja yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka walaupun hanya dengan sebiji kurma, seteguk air minum atau seteguk susu.


Menghidupkan malam Ramadhan :

Sabda Rasulullah s.a.w: “Barang siapa menghidupan malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan harapan mendapatkan redha Allah s.w.t semata, nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lampau”.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. senang menghidupkan bulan Ramadhan dengan melaksanakan qiyamullail dengan tidak memaksakannya kepada para sahabat untuk melaksanakannya dan bersabda:” Barangsiapa yang melaksanakan qiyamullail pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan harapan nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lampau."

Dalam riwayat lain Rasulullah s.a.w.bersabda maksudnya : “Sesungguhnya Allah mewajibkan atasmu puasa Ramadhan dan disunatkan melakukan qiyamullail pada bulan suci ini, barang siapa berpuasa dan melaksanakan qiyamullail dengan penuh keimanan dan harapan maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lampau”.


والله تعالى اعلم

Saturday, August 7, 2010

BINGKISAN DOA DAN CINTA



SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA.

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI
ORANG YANG KITA CINTAI,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
KITA AKAN TURUT MENCINTAI
ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.

YA ALLAH,
ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN
OLEH-MU KEPADAKU,
MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH
KERANA-MU,
DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA,
CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU.

NAMUN,
ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU,
BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN,
YANG KAU BERIKAN KEPADAKU.

YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH CINTA,
CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU,
AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAI-MU.

YA MUHAIMIN,
JIKA AKU JATUH CINTA,
JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADA-MU.

YA RABBANA,
JIKA AKU JATUH HATI,
JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK BERPALING PADA-MU.

YA RABBUL IZZATI,
JIKA AKU RINDU,
RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DI JALAN-MU.

YA ALLAH,
JIKA AKU RINDU,
JAGALAH RINDUKU PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI SYURGA-MU.

YA ALLAH,
JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIH-MU,
JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR-MU

YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIH-MU,
JANGANLAH BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADA-MU.

YA ALLAH,
JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI KEKASIH-MU,
JANGAN BIARKAN AKU MELAMPAUI BATAS
SEHINGGA MELUPAKAN AKU PADA CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI HANYA KEPADA-MU.

TOLONG CARI BAHU UNTUKKU

Ibuku selalu bertanya padaku apa bahagian tubuh yang paling penting. Bertahun-tahun, aku selalu meneka dengan jawapan yang aku anggap benar. Ketika aku muda, aku fikir suara adalah yang paling penting bagi kita sebagai manusia, jadi aku jawab, "Telinga, Bu." Jawab Ibuku, "Bukan. Ramai orang yang tuli. Tapi, teruslah memikirkannya dan aku menanyakanmu lagi nanti." Selang beberapa tahun kemudian, dia bertanya padaku lagi.

Sejak jawapan pertama, kini aku yakin jawapan kali ini pasti benar. Jadi, kali ini aku mengatakan, "Bu, penglihatan sangat penting bagi semua orang, jadi pastilah mata kita." Dia memandangku dan berkata, "Kamu belajar dengan cepat, tapi jawapanmu masih salah kerana ramai orang yang buta." Gagal lagi, aku meneruskan usahaku mencari jawapan baru dan dari tahun ke tahun, Ibu terus bertanya padaku beberapa kali dan jawapannya selalu, "Bukan.

Tapi, kamu semakin pandai dari tahun ke tahun, anakku." Akhirnya tahun lalu, datokku meninggal. Semua keluarga bersedih. Semua menangis. Bahkan, ayahku menangis. Aku mengingatinya kerana itulah saat kedua kalinya aku melihatnya menangis. Ibuku memandangku ketika tiba giliranku untuk mengucapkan selamat tinggal pada datok. Dia bertanya padaku, "Apakah kamu sudah tahu apa bahagian tubuh yang paling penting, sayang?" Aku terkejut ketika Ibu bertanya pada saat seperti ini. Aku sering berfikir, ini hanyalah permainan antara Ibu dan aku.

Ibu melihat tanda kebingungan diraut wajahku dan memberitahu, "Pertanyaan ini penting. Ini akan menunjukkan padamu apakah kamu sudah benar-benar "hidup". Untuk semua bahagian tubuh yang kamu beritahu padaku dulu, aku selalu berkata kamu salah dan aku telah memberitahu kamu kenapa. Tapi, hari ini adalah hari di mana kamu harus belajar pelajaran yang sangat penting." Dia memandangku dengan wajah keibuan. Aku melihat matanya penuh dengan airmata. Dia berkata, "Sayangku, bahagian tubuh yang paling penting adalah bahumu." Aku bertanya, "Apakah kerana fungsinya untuk menahan kepala?" Ibu membalas, "Bukan, tapi kerana bahu dapat menahan kepala seorang teman atau orang yang kamu sayangi ketika mereka menangis. Kadang-kadang dalam hidup ini, semua orang perlu bahu untuk menangis.

Aku cuma berharap, kamu punya cukup kasih sayang dan teman-teman agar kamu selalu mempunyai bahu untuk menangis bila- bila pun kamu memerlukannya." Akhirnya, aku tahu, bahagian tubuh yang paling penting adalah tidak menjadi orang yang mementingkan diri sendiri. Tetapi, simpati terhadap penderitaan yang dialami oleh orang lain. Orang akan melupakan apa yang kamu katakan. Orang akan melupakan apa yang kamu lakukan.

Tetapi, orang TIDAK akan pernah lupa bagaimana kamu membuat mereka bererti. Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya..

KETIKA ALLAH MEMILIHMU UNTUKKU




Ketika Allah Memilihmu Untukku..


Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yang begitu sempurna..
Dengan cinta yang begitu membuncah..
Aku dibesarkan dengan limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dengan sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..


Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yang lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dengan genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dengan bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..



Dari Ummu Salamah, ia berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : "Seorang perempuan jika meninggal dan suaminya meridhoinya, maka ia akan masuk surga." (HR. Ahmad dan Thabrani)

SEBAB DOA TERHIJAB

10 Sebab Doa Terhijab

“Wahai Ibrahim Adham, kami telah
berdoa kepada Allah, tetapi tidak
diperkenankanNya lagi. Beritahulah
kami apakah sebabnya?” Ibrahim Adham
menjawab, terhijabnya doa disebabkan
10 perkara..”

1) Kamu mengenali Allah tetapi
tidak menunaikan hakNya (perintahNya).

2) Kamu membaca al-Quran tetapi
tidak beramal dengannya.

3) Kamu mendakwa iblis itu musuh
kamu tetapi kamu menurut hasutannya.

4) Kamu mendakwa mencintai
Rasulullah tetapi kamu meninggalkan
amalan dan sunnahnya.

5) Kamu mendakwa mencintai syurga
tetapi kamu tidak beramal untuk
mendapatkannya.

6) Kamu mendakwa membenci neraka
tetapi kamu tidak meninggalkan
perbuatan dosa.

7) Kamu mendakwa mati itu benar
tetapi kamu tidak bersedia untuk
menghadapinya.

8) Kamu sibuk menceritakan
keaiban orang lain tetapi kamu lupa
keaiban diri sendiri.

9) Kamu makan rezeki Allah tapi
kamu tidak mensyukurinya.

10) Kamu mengebumikan jenazah
saudaramu tetapi kamu lupa mengambil
ikhtibar daripadanya.


والله تعالى أعلم

BICARA UMMI




PUTERA PUTERI HATIKU
Bicara tulus ummi padamu bertitipkan sayang.Kelahiranmu penuh tragedi menyayat hati..bukan sekadar taruhan nyawa tetapi itulah detik duga mendatang.Getir yang meragut hati ummi dan separuh senyum bahagia ummi di rampas pergi.

PUTERA PUTERI HATIKU
Sayang ummi,tiada harta lumayan menjadi sandaran atau ummi cagarkan bukti kasih ummi padamu.Cuma naskah panduan Al-Quran jadilah panduan jati dirimu."Biar sebaris ayat"jadikan ia kudapan pagi sebelum mentari menerbit diri."Bangkit pagi jangan terlelap ke dinihari "pesan ummi jadikan ia budaya diri.Sholat perlu di jaga setiap hari kerna ia tunggak pribadi diri."Biar miskin hina tak berharta,jangan miskin amal..merempat di akhirat"lunaskan diri pribadi muslim sejati.

PUTERA WIRAKU
Kau tunggak keluarga,sikap tenang,bersederhana abi banyak kau warisi.Cuma sesekali gelisah bertandang mengetuk curiga di hati ummi tentang kejutan budaya yang rancak membadai di luar sana..Semoga putera ummi yang satu ini dapat mentafsirkan dengan akal fikir bukan dengan kata hati.

PUTERI CILIKKU
Senyummu penguat hati ummi.Manja bicara hilang lelah seharian ummi...cuma puteri bongsu manja tak teperi kemana ummi pasti dia ada di sisi.Ummi berharap masih ada semangat juang di hatimu kerna ummi tak selama memimpin jemarimu.Belajarlah sayang ...berdiri tanpa pergantungan orang..

PUTERA PUTERI JANTUNG HATIKU
Kejutan pagi buat ummi tersenyum sendiri bila ciuman ummi hinggap di dahi kalian bisikkan mendalam bergetar..beri amaran"Tempat Abi jangan di ganti".SubahanaAllah..diam
mu bukan merangkul amarah cuma khuatir takhta abi di rampas pergi...rupanya..

Wahai pemilik hati ummi,
Tiada juragan hati yang ummi izinkan mengetuk atau singgah bertandang..teruang cuma untuk kalian.
Ummi mahu kalian berani tanpa sebarang pergantungan menjadi nadi keluarga kebanggaan agama.Percayalah setiap doa penyudah sholat ummi sengaja mengampunkan segala dosa kalian walau sekadar sekecil zarah,ummi mahu melihat kalian mudah melayari hidup ..berbahagia berkat selamanya...
Ummi mungkin tak betah bertahan lama,gagah bisa melawan fitrahnya hidup,esok mungkin lusa ummi akan pergi ingatlah pesanan terakhir ummi jadilah orang yang di banggakan agama..berjuang diri berjuang untuk agama...

Bicara ummi luahan kasih,pintalan sayang semoga kuat menjadi kalian beringat.

BILA ISTERI MENANGIS





Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sebelum terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pada orang-orang yang dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI-ISTERI yang soleha dan SUAMI-SUAMI yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mereka begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

Friday, August 6, 2010

HAKIKAT CINTA



Hakikat Cinta

CINTA adalah sebuah amalan HATI yang akan terwujud dalam (amalan) LAHIRIAH, Apabila CINTA tersebut sesuai dengan apa yang DIREDHAI ALLAH, maka ia akan jadi IBADAH. Dan sebaliknya, jika tidak sesuai dengan REDHANYA, maka akan jadi perbuatan MAKSIAT, nauzubillahhiminzalaikh.....

Bermakna jelas bahawa CINTA adalah IBADAH HATI yang bila keliru MENEMPATKANNYA akan MENJATUHKAN kita ke dalam sesuatu yang DIMURKAI ALLAH...

BERSAHABAT DAN BERCINTALAH SESAMA DI ANTARA KAMU DEMI MENCARI CINTA ALLAH, CINTA YANG HAKIKI