Thursday, December 31, 2009

الصدقة كل يوم




Daripada Abu Zar r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Setiap ruas tulang dari seseorang di antara kamu harus bersedekah setiap pagi. Maka setiap sekali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap sekali bacaan tahmid adalah sedekah, setiap sekali bacaan tahlil adalah sedekah, setiap sekali bacaan takbir adalah sedekah, memerintahkan kepada kebaikan juga sedekah, mencegah dari kemungkaran juga sedekah dan keseluruhannya itu dapat dicukupi oleh dua rakaat yang dikerjakan oleh seseorang itu dari shalat Dhuha."


(Riwayat Muslim)

الف خير كل يوم


Daripada Sa'ad bin Abu Waqqash r.a., katanya: "Kami berada di sisi Rasulullah s.a.w., lalu beliau bersabda:


"Adakah seseorang di antara kamu tidak kuasa mencari seribu kebaikan dalam setiap harinya?" Kemudian ada seorang dari golongan yang duduk-duduk di waktu itu bertanya pada beliau s.a.w.: "Bagaimanakah caranya mencari seribu kebaikan itu?" Beliau s.a.w. menjawab: "Hendaknya orang (yang ingin mendapat seribu kebaikan dalam sehari itu) tadi membaca tasbih seratus kali, maka untuknya dicatatlah sebanyak seribu kebaikan atau dihapuskanlah dari dirinya seribu kesalahan."



(Riwayat Muslim)

Wednesday, December 30, 2009

احفظ انفسكم من شيطان




Daripada Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Barangsiapa mengucapkan:

[La ilaha illallah wahdahu la syarikalah, labul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir]* dalam sehari seratus kali, maka ia memperoleh pahala yang menyamai dengan memerdekakan sepuluh orang hamba sahaya, juga untuknya dicatatkan sebanyak seratus kebaikan dan dihapuskanlah dari dirinya sebanyak seratus keburukan, juga ia dapat memperoleh perjagaan daripada godaan syaitan pada harinya itu sampai waktu petang. Tiada seorangpun yang dapat memperoleh sesuatu yang lebih utama daripada apa yang dilakukan oleh orang di atas itu, melainkan seseorang yang mengerjakan lebih banyak dari itu."

Beliau s.a.w. selanjutnya bersabda:

"Barangsiapa yang mengucapkan: [Subhanallah wa bihamdih]**, dalam sehari sebanyak seratus kali, maka dihapuskanlah dari dirinya Semua kesalahan-kesalahan nya, sekalipun kesalahan-kesalahan nya itu banyaknya seperti buih lautan."

(Muttafaq 'alaih)


* (Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya adalah semua kerajaan dan puji-pujian dan Allah adalah Maha Kuasa atas segala sesuatu)

** (Maha Suci Allah dan dengan mengucapkan puji-pujian padaNya)

Tuesday, December 29, 2009

فضل سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم






فضل سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم

وأخرج الشيخان عن أبي هريرة -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وعلى آله وسلم: كلمتان حبيبتان إلى الرحمن خفيفتان على اللسان ثقيلتان في الميزان: سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم .


Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada dua kalimat yang ringan di lisan (yakni mudah diucapkan), tetapi berat sekali dalam timbangan (di akhirat), dicintai oleh Allah Maria Pengasih, yaitu Subhanallah wa bihamdih dan Subhanallabil 'azhim."

Artinya: Maha Suci Allah dan dengan mengucapkan puji-pujian padaNya dan Maha Suci Allah yang Maha Agung.

(Muttafaq 'alaih)

Sunday, December 27, 2009

اقراء القراءن الكريم




Daripada Abu Ummamah Al-Bahili r.a. katanya, "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :

Bacalah Al-Quran! Kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat (pembela) bagi orang yang membacanya. Bacalah dua surat yang bercahaya, iaitu surah Al-Baqarah dan surah Ali Imran. Kerana sesungguhnya keduanya akan datang pada hari kiamat seperti dua mega yang menaungi atau seperti dua awan yang melindungi di atas kepalanya atau seperti dua gerombolan burung yang bersaf-saf. Kedua-dua surah itu akan membela pembacanya."

(Riwayat Muslim)

Saturday, December 26, 2009

Friday, December 25, 2009

جدوال امتحان

جدوال امتحان فصل الدراسى الاولى شريعة الاسلامية جامعة الازهر بتفهنا الاشراف سنة 2009\2010


اسم : عمران بن رملى بن امرى

رقم جلوس:10702

امتحان تخلف بمدة اللغة العربية 11.01.2010
ابداء فى ساعة 10 صباحا

امتحان فرقة الرابعة فصل الاول
يوم الاربعاء= تفسير الايات الاحكام=20.01.2010

يوم الاحد=اللغة العربية=24.01.2010

ابداء فى ساعة 9.30 صباحا


انشاء الله تعالى بتوفيق و ناجح
امين يا الله يا الرحمن يا الرحيم

SOLAT WALAU DI MANA JUA KITA BERADA

Wednesday, December 23, 2009

AKAN SAMPAI JUA


Daripada Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Janganlah engkau semua membuat kuburku itu sebagai hari raya (yakni untuk tempat berkumpul-kumpul guna bersenang-senang) . Bacalah salawat padaku karena sesungguhnya bacaan salawatmu semua itu dapat sampai padaku, di mana saja engkau semua berada."

(Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad shahih.)

Daripada Abu Hurairah r.a. pula bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tiada seorangpun yang memberi salam padaku, melainkan Allah mengembalikan ruhku, sehingga saya dapat rnenjawab salam orang itu."

(Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad shahih.)

Tuesday, December 22, 2009

AMALAN HARI JUMAAT




Daripada Aus bin Aus r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya di antara hari-harimu yang paling utama sekalti ialah hari Jum'at, maka perbanyakkanlah membaca shalawat padaku pada hari itu, sebab sesungguhnya bacaan shalawatmu itu ditunjukkan kepadaku."

Para sahabat berkata: "Ya Rasulullah, bagaimanakah shalawat kita semua itu dapat ditunjukkan kepada Tuan, sedangkan Tuan sudah hancur tubuhnya?"

Dalam sebahagian riwayat disebutkan: dengan kata-kata: "Sedangkan Tuan telah rusak tubuhnya?"

Nabi s.a.w. lalu bersabda: "Sesungguhnya Allah mengharamkan pada tanah untuk makan tubuhnya sekalian Nabi."

Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad shahih.

Saturday, December 19, 2009

BERSEDEKAH





"Daripada Abu Zar r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Setiap ruas tulang dari seseorang di antara kamu harus bersedekah setiap pagi. Maka setiap sekali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap sekali bacaan tahmid adalah sedekah, setiap sekali bacaan tahlil adalah sedekah, setiap sekali bacaan takbir adalah sedekah, memerintahkan kepada kebaikan juga sedekah, mencegah dari kemungkaran juga sedekah dan keseluruhannya itu dapat dicukupi oleh dua rakaat yang dikerjakan oleh seseorang itu dari shalat Dhuha."

(Riwayat Muslim)

Friday, December 18, 2009

HILANGNYA ILMU







Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma, katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya Allah itu tidak mencabut ilmu pengetahuan dengan sekaligus, tetapi Allah mencabut ruhnya para ulama, sehingga apabila tiada lagi seorang alim pun, maka orang ramai akan mengangkat para pemimpin yang bodoh. Mereka apabila ditanya, memberikan keterangan fatwa dengan tanpa menggunakan dasar ilmu pengetahuan. Maka akhirnya mereka itu semuanya sesat dan pula menyesatkan. "

(Muttafaq 'alaih)

Tuesday, December 15, 2009

JADILAH TANAH YANG SUBUR




Daripada Abu Musa r.a. daripada Nabi s.a.w., beliau bersabda, "Perumpamaan petunjuk dan ilmu yang Allah mengutus aku untuk menyampaikannya adalah seperti hujan jatuh ke bumi.

"Sebahagian dari bumi itu ada yang subur menyerap air, menumbuh-suburkan tanam-tanaman, dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula tanah yang keras, tidak dapat menyerap air sehingga tergenang. Maka denganya Allah memberi manfaat kepada manusia. Mereka dapat minum darinya dan memberi minum (binatang ternak dan sebagainya) dan untuk bercucuk tanam. Dan ada pula hujan yang jatuh ke bahagian lain, iaitu di atas tanah (berlapis batu) yang tidak menggenang air dan tidak pula menumbuhkan rumput."

"Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama (menuntut ilmu), yang mahu memanfaatkan apa yang aku disuruh Allah menyampaikannya, iaitu ia mempelajari dan mengajarkannya dan begitu pula perumpaan orang yang tidak mahu memikirkan dan tidak mahu menerima petunjuk Allah yang aku diutus untuk menyampaikannya. "

(Riwayat Bukhari)

Saturday, December 12, 2009

APABILA VS HIDUP





apabila kamu teringat akan seseorang,banyakkanlah olehmu ISTIGHFAR..apabila kamu lupa tentang apa yang kamu pelajari,banyakkanlah SELAWAT..apabila kamu mahukan wajah berseri dan sejuk mata memandang,banyakkanlah SOLAT DHUHA..apabila kamu mahukan perlindungan dan kekuatan hati,banyakkanlah TAHJUD..dan apabila kamu mahukan malaikat mendampingimu dan mengelak dari pandangan nafsu@syaitan,hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan berwudhu'.." Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwuduklah... Tika tangan ini letih menggapai cita-cita, Maka berdoalah... Tika bahu tidak kuasa memikul amanah, Maka bersujudlah... Ikhlaskan semuanya & dekatilah Allah s.w.t.... Agar tunduk disaat yang lain angkuh... Agar teguh disaat yang lain runtuh... Agar tegar disaat yang lain terlempar.



hidup ini tidak semudah disangka.hidup ini bkn seperti cerita dogeng puteri yang bertemu dgn puteranya dan mereka hidup gembira selamanya.akan tetapi hidup ini tidak semestinya akan berakhir dengan kegembiraan kerana kegembiraan dan kebahagiaan sebenar adalah syurga abadi




Wednesday, December 9, 2009

MENGAPA IBU MENANGIS??





Suatu ketika, ada seorang anak lelaki yang bertanya kepada ibunya,
“ Ibu ,mengapa ibu menangis?
Ibu menjawab, “ Sebab aku wanita.’’
Saya tidak mengerti, kata si anak lagi .Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat.
“Nak, kamu memang tidak akan mengerti ….”
Kemudian, anak itu bertanya kepada ayahnya, “ Ayah mengapa ibu menangis ?
Si ayah menjawab, “ semua wanita memang menangis tanpa ada alasan .”
Hanya itu jawapan yang dapat diberikan oleh ayahnya. Lama kemudian, si anak itu menjadi remaja dan tetap tertanya–tanya, mengapa wanita menangis.
Pada suatu malam, dia bermimpi dan mendapat petunjuk daripada Allah SWT, mengapa wanita mudah sekali menangis. Saat Allah SWT menciptakan wanita, Dia menjadikan wanita sangat penting. Allah SWT menciptakanya bahu agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun bahu itu cukup lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tidur.
Allah memberikan wanita kekuatan untuk melahirkan zuriat dari rahimnya walaupun selepas itu menerima cerca daripada anaknya sendiri. Allah memberikannya ketabahan yang tetap bertahan pantang menyerah disaat orang berputus asa. Allah juga memberikan kesabaran untuk merawat keluarganya walaupun dirinya letih, sakit, lelah tetapi tanpa keluh kesah. Allah memberikan wanita perasaan kepekaan dan perasaan kasih sayang untuk mencintai anaknya dalam situasi apa–apapun biarpun anak–anaknya kerap kali melukai perasaan naluri seorang ibu. Perasaan ini memberikan kehangatan kepada anak-anaknya. Sentuhan lembutnya memberi keselesaan dan ketenangan. Dia berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa kegetiran dan menjadi pelindung baginya. Bukankah tulang rusuk suami yang melindungi setiap hati dan jantung wanita?
Allah kurniakan kepadanya kebijaksanaan untuk membolehkan wanita menilai tentang peranan suaminya. Seringkali pula kebijaksanaan itu menguji kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap saling melengkapi dan menyayangi.
Dan akhirnya, Allah berikan air mata agar dapat mencurah perasaannya. Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita, agar dapat digunakan dimana dia inginkan.Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita walaupun sebenarnya….air mata..!!!!

Monday, December 7, 2009

اركان الاسلام




Hadis Talhah bin Ubaidillah r.a katanya:

Seorang penduduk Najd telah datang menghadap Rasulullah s.a.w dengan keadaan rambutnya yang kusut. Kami mendengar nada suaranya tetapi tidak memahami kata-katanya. Setelah hampir kepada Rasulullah s.a.w dia terus bertanya mengenai Islam.

Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Ia adalah sembahyang lima waktu sehari semalam.

Lelaki tersebut bertanya lagi: Masih adakah sembahyang lain yang diwajibkan kepada ku?

Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Tidak, kecuali jika engkau ingin melakukannya secara sukarela iaitu sembahyang sunat. Seterusnya kamu hendaklah berpuasa pada bulan Ramadan.

Lalu lelaki tersebut bertanya lagi: Masih adakah puasa lain yang diwajibkan kepada ku? Baginda menjawab dengan bersabda: Tidak, kecuali jika engkau ingin melakukannya secara sukarela iaitu puasa sunat.

Rasulullah s.a.w meneruskan sabdanya: Keluarkanlah zakat. Kemudian lelaki tersebut bertanya: Adakah terdapat zakat lain yang diwajibkan kepadaku?

Baginda menjawab dengan bersabda: Tidak, kecuali jika engkau ingin mengeluarkannya secara sukarela iaitu sedekah.

Kemudian lelaki itu beredar sambil berkata: Demi Allah, aku tidak akan menambah dan menguranginya.

Rasulullah s.a.w bersabda: Dia amat beruntung sekiranya membenarkan iaitu menepati apa yang telah diucapkannya.

(Riwayat Muslim)

Sunday, December 6, 2009

صفة الو ضوء رسول الله صلى الله عليه وسلام




Hadis Sayidina Othman bin Affan r.a:

Diriwayatkan daripada Humran r.a katanya: Sayidina Othman bin Affan r.a telah meminta air untuk berwuduk, setelah memperolehi air beliau terus membasuh dua tangan sebanyak tiga kali, kemudian berkumur-kumur serta memasuk dan mengeluarkan air dari hidung. Kemudian beliau membasuh muka sebanyak tiga kali dan membasuh tangan kanannya hingga ke paras siku sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh tangan kirinya sama seperti beliau membasuh tangan kanan kemudian menyapu kepalanya dan membasuh kaki kanan hingga ke paras buku lali sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh kaki kiri, sama seperti membasuh kaki kanannya. Kemudian Sayidina Othman r.a berkata: Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w berwuduk seperti cara aku berwuduk. Aku juga telah mendengar baginda s.a.w bersabda: Sesiapa yang mengambil wuduk seperti cara aku berwuduk kemudian dia mendirikan sembahyang dua rakaat dan tidak berkata-kata antara wuduk dan sembahyang, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.

(Riwayat Muslim)

Friday, December 4, 2009

TENTANG MENUNTUT ILMU




Daripada Abu Darda' r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesiapa menempuh suatu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga."

"Dan sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu itu, karena ridha sekali dengan apa yang dilakukan oleh orang itu."

"Sesungguhnya orang berilmu dimohonkan pengampunan untuknya oleh semua penghuni di langit dan penghuni-penghuni di bumi, sampai ikan-ikan yu yang ada di dalam air."

"Keutamaan orang berilmu ke atas orang yang beribadat adalah seperti keutamaan bulan atas bintang-bintang yang lain."

"Sesungguhnya para alim ulama adalah pewarisnya para Nabi, sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar ataupun dirham, hanyasanya mereka itu mewariskan ilmu. Maka barangsiapa dapat mengambil ilmu itu, maka ia telah mengambil dengan bagian yang banyak sekali."

(Riwayat Abu Dawud dan Termidzi)

Thursday, December 3, 2009

IN-SAFF - DESTINASI CINTA




DESTINASI CINTA

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi


Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku.... Ya Allah....



عمران رملي امري عمان