Monday, May 31, 2010

KESEMPATAN DAN PILIHAN.....





Ketika kita bertemu orang yang tepat untuk
dicintai, Ketika kita berada di tempat pada saat yang tepat, Itulah kesempatan.



Ketika kita bertemu dengan seseorang yang
membuatmu tertarik, Itu bukan pilihan, itu kesempatan.



Bertemu dalam suatu peristiwa bukanlah
pilihan, Itupun adalah kesempatan.



Bila kita memutuskan untuk mencintai orang
tersebut, Bahkan dengan segala kekurangannya, Itu bukan kesempatan, itu adalah
pilihan.



Ketika kita memilih bersama dengan seseorang
walaupun apapun yang terjadi, Itu adalah pilihan.



Bahkan ketika kita menyedari bahwa masih
banyak orang lain Yang lebih menarik, lebih pandai, lebih kaya daripada
pasanganmu Dan tetap memilih untuk mencintainya, Itulah pilihan.


Perasaan cinta, simpati, tertarik, Datang
bagai kesempatan pada kita. Tetapi cinta sejati yang abadi adalah pilihan.
Pilihan yang kita lakukan.



Kita mungkin kebetulan bertemu pasangan jiwa
kita, Tetapi mencintai dan tetap bersama pasangan jiwa kita, Adalah pilihan
yang harus kita lakukan.



Kita ada di dunia bukan untuk mencari
seseorang yang sempurna untuk dicintai TETAPI untuk belajar mencintai orang
yang tidak sempurna dengan cara yang sempurna.



والله تعالى أعلم

Wednesday, May 26, 2010

BUDAK KECIL INI.....






Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wuduk sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil itu menangis maka dia pun berkata: “Wahai anak kecil, kenapa kamu menangis?”

Maka berkata anak kecil itu. “Wahai pakcik, saya telah membaca ayat Al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi “Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum” yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu.” Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan kedalam neraka.”

Berkata orang tua itu. “Wahai anak, janganlah kamu takut sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam neraka.”

Berkata anak kecil itu. “Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali mereka akan meletakkan ran- ting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka meletakkan kayu besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa.”

Berkata orang tua itu, sambil menangis: “Sesungguhnya anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?”.

JIKA KAU RASA




Jika kau rasakan...

Iman itu indah,
andai kau menghiasinya dengan taqwa & taat.

Islam itu indah,
andai kau tahu bagaimana untuk menghormatinya & menuruti segala perintahNya serta meninggalkan laranganNya.

Teman itu mulia,
jika dia mengetuai perjalanan kita menuju kepadaNya dengan benar.Wanita itu cantik
andai akhlaknya mulia, mempunyai peribadi yang tinggi,menjaga maruahnya dan suci hatinya daripada noda.

Jika satu hari kau rasa kau akan terjatuh,ingatlah bahawa Allah ada disebelahmu,
dan sentiasa memberikan kau semangat untuk terus dan terus bangun.

Jika satu hari kau rasa kau akan gagal,ingatlah bahawa kegagalan itu adalah satu ujian.

Jika satu hari kau rasa kau tidak akan lulus ujian Tuhan ini,janganlah kau berputus asa,ujian Tuhan memanglah berat,tetapi hasilnya adalah untukmu,dan tiada lain, hanya untukmu,kau akan mendapat darjat yang tinggi disisiNya.

Jika satu hari kau rasa kau tidak punya teman untuk mendengarkan masalahmu,
ingatlah bahawa Allah itu Maha Mendengar,ceritakanlah segala apa yang kau mahu,
Dia pasti mendengar rintihan hatimu dan membantumu dalam apa jua bentuk bantuan..

Jika satu hari kau rasa bosan dengan hidup,bacalah Al Quran, hayatilah maksud disebaliknya,sesungguhnya umat sebelummu, lebih dasyat hidup mereka dari kehidupanmu.

Jika satu hari kau sudah bertaubat,tetapi kau dicela, difitnah,aibmu diceritakan di mana mana,dan memburuk-burukkan mu, sabarlah tenanglah kerana Allah Maha Mengetahui dan Maha Memahami.


Endahkan mereka kerana mulut manusia tidak boleh ditutup. Biarkan mereka mengambil alih dosamu dan kau ambillah pahala mereka seperti yang dijanjikan...

Renung-renungkanlah...

Tuesday, May 25, 2010

HATI SEPERTI INI......




HATI YANG SEDAR
Firman Allah, maksudnya: "Sesungguhnya (keterangan-kerangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar), atau yang menggunakan pendengarannya bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya " (Surah Qaf 50:37)

HATI YANG BERSIH
Firman Allah, maksudnya: "Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikannya dirinya - yang setia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)." (Surah al-Syams 91:9)

HATI YANG LURUS
Firman Allah, maksudnya: (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engaku beri petunjuk kepada kami, kurniakanlah kepada kami limpah rahmat daripada sisi-Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya." (Surah AliImran 3:8)

dan Kaupelihara daripadaku hati..........

HATI YANG TERHIJAB ( TERTUTUP )
Firman Allah, maksudnya: "Dan antara mereka ada yang memperdengarkan kepadamu (al-quran) padahal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalang meraeka daripada memahaminya, dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka pekak)." (Surah al-Anam 6:25)

Monday, May 24, 2010

HATI MANUSIA



Bagaimana Syaitan Memasuki Hati Manusia


¨
Terlalu cintakan kepada dunia sedangkan kehidupan di akhirat tiada langsung di
dalam hatinya, baginya kehidupan hanya sekali sahaja iaitu di dunia.

¨ Terlalu melayan perasaan dan panjang angan-angan kerana sifat ini akan
mengeraskan hati.

¨ Terlalu rakus kepada kehidupan dunia kerana ia akan membuahkan sifat tamak.

¨ Bakhil dengan apa yang dimiliki dan yang diperolehinya kerana ia merupakan
pintu kepada kesombongan.

¨ Riya’, besar diri dan anggkuh kerana ia merupakan punca kepada sifat
kemunafikan.
¨ Ujub dan sombong.

¨ Sentiasa menyimpan perasaan buruk sangka terhadap orang lain dan berdendam.

¨ Memandang remeh akan dosa-dosa kecil kerana ia akan mendorongkan lagi manusia
berterusan dalam melakukan dosa kecil dikira sebagai melakukan dosa besar.

¨ Merasa suka dan gembira bila mendapat sesuatu musibah atau azab dari Allah.

¨ Memandang rendah kepada orang lain kerana sifat ini merupakan tapak
bercambahnya sifat dengki dan membuka pintu kebencian.

¨ Bodoh diatas setiap tindakan dan perbuatan tetapi tidak pula menyedari akan
kebodohannya itu sebaliknya merasakan dirinya sentiasa betul.

¨ Suka kepada pujian dan sanjungan kerana ia merupakan punca timbulnya sifat
besar diri dan sombong.

¨ Ketika sedang marah kerana marah itu merupakan bara api dari neraka.

¨ Putus asa dengan rahmat Allah, sifat ini akan membuatkan seseorang merasakan
dunia yang begitu luas ini terlalu sempit baginya, oleh kerana terlalu kecewa
ia sanggup melakukan apa saja.

Sunday, May 23, 2010

CANTIKNYA SEORANG WANITA..




Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA
Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjdi pembakar semangat perwira
Menjadi tunjang perjuangan syuhada

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK
Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan bermula

Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjdai mangsa tohmahan dunia

Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS
Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI
Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga
Tetapi sentiasa bersama
Menempuh badai disisi suami tercinta

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU
Bukan kerana kemewahan dimata
Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan ipar lamai
Menjadi penghibur hati permata kehidupan

Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU
Bukan terletak pada kebangkitan anak
Dalam setiap pertelingkahan
Tetapi dibawah lembayung kejayaan
Membuai anak dikala suami menjalin impian

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA
Tidak kerana berjaya meruntuh istana
Tetapi jalinan kasih sayang
Tulus hati mengagih kasih setara pada semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK
Bukan memberi harta dunia
Sehingga generasi lupa
Tetapi menjadi pada pendita
Menjaring teladan para anbia pada anak bangsa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGANEGARA
Bukan kerana menyandang puncak dunia
Tetapi bijak menangkis rintangan
Peka membela nasib dan maruah negara
Menjadi tulang belakang keteguhan semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGA TUA
Bukan kerana jernihnya mutiara
Mengalir deras di kelopak mata
Tetapi senantiasa mengumpul cahaya
Menghitung hari dengan selembar nasihat

Cantiknya wanita itu sebagai INTELEKTUALIS
Bukan kerana menjadi sebutan
Sehingga menjulang keegoaan
Tetapi dalam mencari ilmuan
Menyala obor mewangi setanggi profesionalis

Cantiknya wanita itu sebagai MUSLIMAH
Bukan kerana keindahan paras rupa
Sehingga menjadi ingauan mata
Tetapi berpegang Akidah Solehah
Disebalik tirai jiwa
Mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah
Mengharap keredhaan kehidupan awana.

TENTANG BUMI..





Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.

Berkata Anas Bin Malik r. a; Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara;

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

Saturday, May 22, 2010

KALAM HIKMAH


Berkata Imam Al-Ghazali:


"Jika engkau ingin mengikut jejak para Imam kuatkanlah dirimu untuk terima segala musibah, bertenang dalam menanggung kepahitan, sifat sabar terbentang dalam dadamu, lisanmu perlu dikunci,matamu dikawal, rahsiamu disembunyikan,hanya dilihat oleh Tuhan sahaja, namamu jgn terkenal,mulutmu tersenyum, perutmu lapar,hatimu luka,hindari dari terkenal, pangkatmu dipendam,setiap hari menahan perasaan pahit dari zaman dan teman,sedang hatimu menurut, siangmu sibuk berbakti kepada orang ramai, malammu rindu pada Tuhan,sepi dari pandangan, Jadikanlah ia jalan dan persiapan untuk hari Kiamat yang padanya sulit sekali mencari jalan..."





KEBAHAGIAAN HAKIKI...





Kebahagiaan sebenar....

• Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, solat, berzikir dan berdo’a.

• Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘bersenam’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh.Lalu berkomunikasi pada Allah SWT dengan zikir dan do’a.

• Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkautelah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

• Untuk punya bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur

.• Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyaksayuran, buah-buahan, dan air putih.

• Untuk mengembangkan diri , sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.


Monday, May 17, 2010

HADITH TENTANG WANITA





<>



1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".



2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan



3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.



4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.



5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.



6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.



7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.



8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.


9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).



10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.



11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.



12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".



13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.



14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.



15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.



16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.



17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.



18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.



19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."



Sekian, Wallahu a'lam.

Thursday, May 13, 2010

PERINGATAN MENYENTUH PERASAAN






Assalamualaikum saudara2 yang dikasihi. Lapangkan masa kalian seketika untuk melihat dan menghayati peringatan yang diberikan oleh ulama yang bernama Al-Habib Munzir Al-Musawa (hafizahullah).

" Hadirin hadirat,

jangan tahan lidahmu menyebut nama Allah,

jangan berat menyebut nama Allah,

dosa apa yang membuat lidah kita berat menyebut nama Allah? ..."



SEMOGA ALLAH MERAHMATI USAHA KITA YANG AMAT SEDIKIT INI DAN SEMOGA DIKURNIAKAN RASA CINTA YANG MENDALAM KEPADA ALLAH...


Tuesday, May 11, 2010

PENAWAR DIKALA KEPENATAN

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di
rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh
Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai
penawarnya.
Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali
bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling
gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :

“Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah
dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu.”

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk
mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.
Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak
kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta
menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:

“Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada
apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur,
bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali
dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu
berdua daripada seorang khadam.”

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya
bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.
Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s.a.w. ini. Katanya

“Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan
kepadaku.”

Dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja
yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya
mengamalkan membaca ‘Subhanallah’ (33 kali), ‘Alhamdulillah’ (33 kali) dan
‘Allahuakbar’ (33 kali) pada setiap malam isitu sebelum melelapkan
mata.
Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan), Insya-
Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian
kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.



والله تعالى أعلم

INDIVIDU MUSLIM




INDIVIDU MUSLIM YANG KITA KEHENDAKI


Berbicara tentang memperbaiki diri, di sini perlu dikemukan contoh yang baik bagi individu muslim & sisi lain yang dapat menyempurnakan keperibadian Islamnya. Kemudian di sentuh beberapa cara yang mungkin dapat merubah realiti kenistaan yg sedang b'maharajalela, menjadi individu muslim yg b'sinar cemerlang & menjadi kader2 aqidah. Kita menghendaki umat islam yang menjadi pendukung aqidah yang baik & bersih dari segala campuran, pendukung ibadah yang benar zahir & batin, mmpunyai akhlak yang teguh yang diambil dari Al-Quran & As-Sunnah, mempuyai pendidikan & wawasan b'fikir yang sesuai dengan petunjuk amal Islami, mempunyai tubuh yang kuat & mampu memikul berbagai tugas amal jihad.

Kita menghendaki muslim & muslimah yang b'mujahadah dengan dirinya & mengendalikan hawa nafsunya, berguna bagi orang lain, mampu mengatur segala urusannya, serta yang mampu b'usaha & berdikari. Inilah sebahagian indikator individu muslim & muslimah yang dikehendaki.

Monday, May 10, 2010

PENGORBANAN





Assalamualaikum saudara2 yang dikasihi,

Mohon lapangkan waktu kalian sekitar 8 minit untuk menghayati video ini.

Video ini memaparkan kisah penguin di Kutub Selatan. Kisah pengorbanan sang ibu dan ayah terhadap anaknya. Kisah yang menyebabkan orang-orang yang berakal akan berfikir, lalu mengambil iktibar daripadanya.

Kita sedang berhadapan dengan sebuah pengorbanan luar biasa disini, dan pengorbanan ini dilakukan oleh binatang yang tidak mempunyai akal.

Mereka yang mendukung teori evolusi dan menolak penciptaan menyatakan bahawa haiwan hanya memikirkan kepentingan peribadinya. Namun mereka tidak dapat menjelaskan bagaimana penguin sanggup melakukan pengorbanan yang sebegini hebat. Lalu, siapakah sebenarnya yang mengilhamkan pengorbanan yang semacam ini kepada penguin?

ALLAH LAH YANG MENCPTAKAN PENGUIN, DAN ALLAH JUGALAH YANG MENGILHAMKAN KEPADA MEREKA PENGORBANAN LUAR BIASA YANG MEREKA LAKUKAN. MAHA SUCI ALLAH SEBAIK-BAIK PENCIPTA.

Sunday, May 9, 2010

MUSIBAH




Apa itu MUSIBAH? dan KENAPA PERLU?...

Apa itu musibah? Secara ringkasnya musibah ditakrifkan sebagai segala sesuatu yang tidak disukai oleh manusia itu berupa KEMATIAN, KESAKITAN, KEMISKINAN, KETAKUTAN, KEGAGALAN, KESEDIHAN, BENCANA dan lain-lain. Jadi Allah pasti menguji kita dengan sesuatu yang tidak kita sukai. Kita tidak sukakan kematian, tetapi siapa yg boleh elak drpd mati? Kita benci kesakitan, tetapi itu adalah lumrah hidup. Lalu hati kita bertanya lagi, Mengapa Allah datangkan semua itu??...Apa perlunya MUSIBAH??...

Friday, May 7, 2010

BERSANGKA BAIKLAH DENGAN ALLAH SWT




Manisnya
Taubat....


Wahai sahabatku sekalian, ayuh, bersangka baiklah
dengan Allah. Sebagaimana kita gembira bertemu dengan kekasih hati, malah Allah
lebih gembira daripada itu. Sebagaimana kita menyayangi kekasih hati
sepenuh jiwa, namun sayangnya Allah lebih daripada itu, betapa luasnya nikmat
pemberian Allah, tapi sayang hanya kita sahaja yang tidak tahu untuk menghargai
pemberiannnya.Banggalah menjadi hamba Allah, tanamkanlah rasa cinta pada
Allah dalam diri kita, kerana cinta Allah pada hambaNya sangat tidak ternilai.

Demi cinta Allah pada hambaNya, Allah telah berfirman,

" dan
Dialah Tuhan yang menerima taubat daripada hamba-hambaNya yang bertaubat, serta
memaafkan kejahatan-kejahatan yang telah mereka lakukan dan Dia mengetahui apa
yang kamu kerjakan", surah an-nisa (4:16)...

Sungguh, Allah telah membukakan pintu rahmatNya di siang hari untuk menerima
taubat hamba-hambaNya di waktu siang, dan membukakan pintu rahmat pada malam
hari hari, untuk menerima taubat hamba-hambaNya pada malam hari.

Tapi,
melihat keadaan kita pada hari ini, yang masih lagi dengan ego dan sombong yang
menebal pada diri..cita-cita tinggi dijulang, mengimpi syurga Allah, namun tanpa
sedar, amalan- amalan yang kita lakukan itu semakin membuatkan kita jauh dari
syurgaNya, jauh dari rahmatNya..

Amatlah rugi bagi mereka yang telah
diberi peringatan, tapi masih bermegah-megah dengan diri sendri, tanpa sedar apa
yang kita miliki ini semuanya adalah milik Allah. Alangkah sedihnya Allah,
seakan tiada siapa lagi yang memerlukanNya, seakan tiada siapa yang mahukan
taubatnya diterima, seakan tiada siapa yang mahu dosanya diampunkan, dan..seakan
tiada siapa yang berlumba-lumba untuk meraih cintaNya Yang Maha Pengasih, lagi
Pemurah itu..

Thursday, May 6, 2010

AURAT WANITA




AURAT WANITA


Aurat

bermaksud bahagian tubuh yang tidak patut diperlihatkan kepada orang lain.
Perkara penting yang perlu diingati dalam masalah aurat ini ialah wanita itu
wajib menjaga diri, jangan sampai memperlihatkan auratnya kepada sesiapa pun
yang tidak diizinkan melihatnya, sehingga mendapat redha Allah swt dan berhak
tinggal di dalam syurga yang telah dipersiapkan Allah swt bagi mereka yang
bertaqwa.

Bagaimana pula kita menjaga aurat ketika di rumah bersama yg bukan muhrim??...sbg contoh berhadapan dgn abang ipar dan sewaktu dgnnya, silalah ambil PERHATIAN tentang isu ini bg wanita solehah, mungkin sesetgh di antara kita ambil remeh jika tidak tahu sebenar2nya konteks menutup aurat ini...



MUHAMMAD RASUL ALLAH




UMMATI....UMMATI...sempat baginda SAW menyebut-menyebut dan mgenang umatnya di saat terpaksa mghembus nafas terakhir...betapa baginda sanggup menggganti sakit yang akan ditanggung oleh umat-umat nya disaat pedihnya sakaratul maut...subhanallah sungguh mulianya RASULULLAH SAW dan kasihnya baginda kpd kita...tapi apa pula bukti kita kasihkan nya? cukupkah sekadar brarak bawa kain sepanduk saat maulidur rasul......

Tuesday, May 4, 2010

BERPADA-PADA






ان المبذرين كانوا إخون الشياطين وكان الشيطن لربه كفورا

-sesungguhnya orang-orang yang pemboros itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu sangat ingkar pada Tuhannya...


-Allah melarang keras kita daripada melakukan pembaziran..


-banteras pembaziran!!!! mulakan hidup dengan bertunjangkan al-Quran dan as-Sunnah....


-bersama mencari keredhaan ALlah!!!!!

INGAT PESAN CIKGU ..!!!



ingat PESAN cikgu!!--->bittawfiq wannajah fi kulli imtihan. AMIN YA ALLAH ^_^

HIDUP DENGAN MASAM DAN MANIS



Strawberi celup coklat..urmmm..sedap...ade masam ade manis..mcm kehidupan..kehidupan akan lebih seronok kalau ada masam dan manis.... ^_^

HUBUNGAN




BAIKI HUBUNGAN ANDA DENGAN ALLAH

Membina hubungan selalunya dimulai dengan perkenalan. Tidak mungkin seseorang dapat membangunkan hubungan mesra dengan pihak lain jika ia sendiri belum mengenalnya. Begitu juga bagi orang yang hendak menjalinkan hubungan baik dengan Allah s.w.t., maka ia harus mengenali Tuhannya ini terlebih dahulu.

"Wahai saudara saudaraku sekalian, perbaikilah hubunganmu dengan Allah s.w.t... Tidakkah kamu melihat (Ibn Aslam ini) ketika ia memperbaiki hubungannya dengan Allah, maka Allah memperbaiki berjuta juta manusia melalui dirinya"

ADALAH ENGKAU BY SEISMIC





Adalah Engkau dia yang kurindu
Tuk menjadi bunga dihatiku
Menjadi peneduh kalbu
Diperjalananku

Tibalah waktu yang telah kurindu

Tuk selalu bersama denganmu
Telah terbuka pintu itu
Akad telah terucap sudah
Dinda marilah melangkah

Dinda temanilah aku di setiap detikku

Dengan doamu
Bila terpisahkan waktu
Tetaplah di sini di dalam hatiku

Ya Rabbi izinkanlah kami

Untuk terjaga selalu di jalan-Mu
Dinda doamu laksana pelepas dahaga
Di lelahnya jiwa

Adalah engkau dia yang kurindu

Tuk selalu hadir dihidupku
Mengiringi setiap langkah saat menuju
Acuan hidup ini




Sunday, May 2, 2010

HANTU BURUNG



Burung hantu merupakan spesies burung pemangsa yang aktif pada waktu malam (nokturnal) dan mempunyai bentuk muka yang berbeza dengan burung biasa. Muka burung hantu berbentuk rata seperti muka manusia dengan kedua belah matanya menghadap ke hadapan.

Pernahkah anda melihat burung hantu??...atau terdengar bunyi burung hantu??...agak seram kan??....