Friday, May 7, 2010
BERSANGKA BAIKLAH DENGAN ALLAH SWT
Manisnya
Taubat....
Wahai sahabatku sekalian, ayuh, bersangka baiklah
dengan Allah. Sebagaimana kita gembira bertemu dengan kekasih hati, malah Allah
lebih gembira daripada itu. Sebagaimana kita menyayangi kekasih hati
sepenuh jiwa, namun sayangnya Allah lebih daripada itu, betapa luasnya nikmat
pemberian Allah, tapi sayang hanya kita sahaja yang tidak tahu untuk menghargai
pemberiannnya.Banggalah menjadi hamba Allah, tanamkanlah rasa cinta pada
Allah dalam diri kita, kerana cinta Allah pada hambaNya sangat tidak ternilai.
Demi cinta Allah pada hambaNya, Allah telah berfirman,
" dan
Dialah Tuhan yang menerima taubat daripada hamba-hambaNya yang bertaubat, serta
memaafkan kejahatan-kejahatan yang telah mereka lakukan dan Dia mengetahui apa
yang kamu kerjakan", surah an-nisa (4:16)...
Sungguh, Allah telah membukakan pintu rahmatNya di siang hari untuk menerima
taubat hamba-hambaNya di waktu siang, dan membukakan pintu rahmat pada malam
hari hari, untuk menerima taubat hamba-hambaNya pada malam hari.
Tapi,
melihat keadaan kita pada hari ini, yang masih lagi dengan ego dan sombong yang
menebal pada diri..cita-cita tinggi dijulang, mengimpi syurga Allah, namun tanpa
sedar, amalan- amalan yang kita lakukan itu semakin membuatkan kita jauh dari
syurgaNya, jauh dari rahmatNya..
Amatlah rugi bagi mereka yang telah
diberi peringatan, tapi masih bermegah-megah dengan diri sendri, tanpa sedar apa
yang kita miliki ini semuanya adalah milik Allah. Alangkah sedihnya Allah,
seakan tiada siapa lagi yang memerlukanNya, seakan tiada siapa yang mahukan
taubatnya diterima, seakan tiada siapa yang mahu dosanya diampunkan, dan..seakan
tiada siapa yang berlumba-lumba untuk meraih cintaNya Yang Maha Pengasih, lagi
Pemurah itu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment