Monday, March 29, 2010

PELIHARALAH ALLAH ( إحفظ لله يحفظك )



Daripada Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a : Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW ( di atas binatang tunggangannya ), lalu sabda baginda : ‘Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan. Peliharalah ( perintah ) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu, peliharalah ( kehormatan ) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu menafaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditaqdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu. Telah diangkat kalam ( tulisan ) dan telah kering ( tinta ) buku catitan.’

(Riwayat Tirmizi)

Wednesday, March 24, 2010

AINUL MARDHIAH ~ AEIYEIM VOICE FEAT AIZAM





Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada'
Itulah janji pencipta yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga

Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul
Mardhiah
Kau seharum kuntuman di taman syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati

Oh Tuhan

Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Di hati lelaki bernama kasih


Tuesday, March 23, 2010

KASIH KU ABADI ~AEIYEIM VOICE~










Kamar hatiku, sekian lama
Suram dan sepi, kekosongan
Aku mencari insan sejati
Untuk menemani hidupku

Adam dan Hawa diciptakanNya
Disemai rasa kasih sayang
Agar bersemi ketenangan
Dan kedamaian di hati

Ku harap hanya keikhlasan
Dan ku rindukan keramahan
Aku inginkan kemesraan
Berkekalan berpanjangan

Mengasihimu, dikasihi
Menyayangimu, disayangi
Merindui dan dirindui
Saling mengerti di hati

Biar hilang kabus di wajahku
Biar tenang resah di dadaku
Terimalah serta kabulkan harapan ini
Oh Tuhan

Ku melafazkan kata penuh makna
Bersaksi Tuhan yang Maha Pemurah
Hidup mati jodoh pertemuan
Ditentu Allah yang Esa
Perkenankan hasrat di hatiku

Moga impian kan dirahmati
Dipertemukan serikandi
Susah dan senang sama harungi
Demi cinta yang hakiki
Oh...

Monday, March 15, 2010

KASIH SAYANG ALLAH SWT








Suatu ketika siti aisyah radiallahuanha iaitu isteri rasulullah saw telah di ziarahi oleh seorang ibu tua bersama 2 orang anaknya ygmana mereka bertiga ini tersangatlah lapar semasa rasulullah saw tidak ada di rumah....maka siti aisyah pun telah melayan dan menghidangkan mereka 3 biji kurma,iaitu seorang 1 biji kurma....bukanlah aisyah kedekut tak nak bagi mereka kurma lebih...walhal aisyah dan suaminya rasulullah hanya mempunyai 3 biji kurma itu saja yg tinggal.....setelah di hidangkan maka di rumah rasulullah sdh tidak ada makanan...dgn sifat ksh syg isteri rasulullah yg byk di didik oleh suaminya maka aisyah sanggup berlapar demi melihat ibu tadi bersama anaknya dpt menghilangkan kelaparan....setelah itu begitu laparnya kedua orang anak ibu tunggal tersebut sehingga keduanya makan dgn bgitu cepat sekali....dan keduanya memandang kurma ibu mereka kerana kelaparan kedua anaknya belum lenyap...walhal ibunya tadi terlebihlah lagi merasakan kelaparan yg tak terhingga....tapi dgn sbb kasih sayang seorang ibu kepada anaknya yg tak terhingga,maka ibunya telah membelah kurma tersebut utk membahagikan samarata supaya kedua anaknya mendapat seorang separuh biji kurma.....lalu kedua anaknya makan dgn bgitu cepat....dgn kelaparan ibu tadi tanpa memakan kurma membuatkan siti aisyah mengeluarkan airmata kerana terlalu sebak,sanggup lapar asalkan anaknya kenyang.....

Setelah rasulullah saw balik ke rumah....maka siti aisyah telah menceritakan perihal ibu tadi yg sanggup korbankan kelaparannya demi melihat kedua anaknya dlm keadaan kenyang kepada suaminya rasulullah saw...selepas rasulullah saw mendengar cerita daripada aisyah maka rasulullah telah bersabda
:
sesungguhnya Allah swt sayang pada manusia 70 kali ganda lebih daripada sayangnya ibu pada seorang anaknya.....

Sunday, March 7, 2010

R-if -- SEPI CINTA






Masih ku di sini
Setia menanti
Mengota janji


Kau masih di sana
Kasih dengan rela
cinta mu yang terasa


Jauhnya cinta mu
Dari genggamanku
Tidak bisa ku sentuh

Terusku berdoa
Pinta dan mendamba
Bertautlah cinta


Kau masih di sana
Kasih dengan rela
cinta mu yang terasa


Bawalahku pergi
Dari sedih ini
Dari kegelisahan

Kau yang upaya
Menyembuhkan luka
Penawar sepi cinta


Tiada bererti
Hari demi hari
Menanti dan menanti


Engkau telah jauh
Aku masih cuba
Mengejar cinta mu