Saturday, December 6, 2008

KISAH SETIA SEORANG SAHABAT DI MALAM RAYA.....

Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik kampungRasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar negara.Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita Naim ye? Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kataku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik main sama-sama.Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian. Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.

Bas yang terhenyak-henyak dek
jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kampung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya. Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hamper sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu. Raiz
menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak
kemuncut. "Wey! Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau buat tepi jalan malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yang
terkekeh-kekeh ketawa.

"Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK ! Balik Malaysia jadi camni kau yek hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk bahu Raiz. Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. "Biasa la! Zaman beredar, manusia pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?"

Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang. "Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu?
Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je..." tegur Raiz.
Naim kelihatan murung.

"Aku memang ada masalah pun. Eh! Kau ni terus balik
rumah ke?" Naim mengubah topik.
"Cadangnya gitulah!"
" Ala ! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau.Banyak
benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!" pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja

"Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik la! Boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati.

"Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang.

"Inilah! Nasib aku malang betul Iz, lepas kau pergi UK dulu, macam-macam terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga diorangTerpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri.

Kaki aku ni, tempang dibalun dek orang kampung la!" Terkejut Raiz mendengar cerita Naim.

"Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang dating nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!" Naim terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh.

Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang .

"Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat nak mengadu Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepi jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang je boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang.

Hishh! Aku cuma tunggu kau balik! Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau?Tak peduli aku
makan ke, minum ke! sakit ke! Matipun diorang mesti tak ambil peduli!"

Suara Naim sedikit tinggi.

"Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!" Raiz menyuarakan rasa bersalahnya.

Naim cuma tersenyum. "Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar berita. Tengok-tengok
balik dah jadi camni bergaya kau ye!

Eh! Minumlah! Rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!". Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering.

Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim!

"Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!" Suara Raiz sayu dan pilu.

Naim senyum tawar. "Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kakiHalalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!"

Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa..Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur...

"Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!"

Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur.Terpisat-pisat Raiz bangun."Eh? Mak!" terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan ahli keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas.

"Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?" jerkah ayahnya...


"Eh? Kenapa pulak diorang marah ni? Raiz memerhatikan sekelilingnya.

Tiada gelas berisi teh... tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yang bertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun. Raiz pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan, ada dua, tiga, malah berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah.

"Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah!

"Kenapa?? Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!

Raiz segera mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim bin Malik.16 September 1975 - 27 Oktober 2003! Raiz terpelangah.

"Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde, sapa yang saya jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?"

"Budak ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal hari pertama menyambut puasa... Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa
dia, dah tak ada..."terang ibunya dengan suara pilu
.

Raiz tambah terkejut.

Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'Bertemu' arwah Naim di malam menjelang raya.Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! Apakah yang Raiz temui semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampakan padanya terduduk disisi pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi.

"Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini!
ye....

Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Halalkan makan minum aku selama kita berkawan Raya ni datang lah rumah aku ye!"

Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah.

"Terima kasih kerana mengingatkan aku! Semoga kau tenang dan aman di sana!

moralnya: jgn lupa kawan dan rajin2lah bertanya kabar

Saturday, June 7, 2008

JARI TELUNJUK

Dalam solatku yang sudah sekian kalinya, aku tetap merenung telunjukku
dalam setiap tasyahud (tahiyyat) awal dan akhir, mengharapkan pahala
menurut sunnah mengisi setiap kantung pahala yang tak pernah ku lihat.
Berpuluh tahun berbuat demikian, perasaan ingin tahu tetap menerjah hatiku.
Mengapa Rasulullah s.a.w. berbuat demikian? Mengapa disunatkan merenung
telunjuk sewaktu tasyahud? Pasti ada sesuatu sehinggakan disunatkan berbuat
demikian. Bagi yang tak ambil pusing, tetap bahagian mereka dengan kantung
pahala yang sarat di akhirat, dijamin Allah s.w.t..

Dirujuk persoalan itu kepada yang arif. Kata mereka telunjuk itu satu,
diangkat ketika mengucapkan kalimah "Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Yang
disembah melainkan Allah" bagi menandakan keEsaan Allah yang Satu, Yang
Maha Esa dan Tiada yang sebanding denganNya. Jawapan yang diberi
mententeramkan jiwaku hanya buat seketika. Memang benar apa yang dikatakan
yang arif itu tadi, tapi mengapa gelodak jiwa mengatakan ada sesuatu yang
lain.

Aku sentiasa terganggu dengan persoalan yang ditimbulkan hati yang
mendesak-desak mencari rahsia sebenar sehingga hatiku puas. Kenapa hanya
perkara ini begitu mendesak jiwa sedangkan perbuatan itu hanya dilakukan
dengan seketika dalam solat.

Sehinggalah di suatu senja yang sangat hening. Hujan lebat mula turun di
luar rumah, menghalang langkah insan yang beriman lemah ini untuk ke tempat
azan dilaungkan. Ditunaikan tanggungjawabku kepada Yang Maha Pencipta dalam
kamar bacaan di rumah. Maghrib itu membuka persoalan lama itu kembali. Mula
sahaja tasyahud awal, telunjukku direnung dan membangkitkan kembali
persoalan yang sering bermain dijiwaku.

Kekhusyukan dalam ibadatku sedikit teganggu, minda ditumpukan kembali
kepada bacaan solat supaya hatiku tetap berpaksikan rasa syukurku kepada
Yang Menciptakan diriku dengan segala kesempurnaan. Tapi semua itu
terganggu kembali bila saja aku berada dalam tasyahud akhir. Sekali lagi
aku mengucapkan kalimah "Ashhadu allaa ilaa ha illallah (Aku bersaksi
bahawa Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah) sambil jari telunjukku
diangkat menandakan aku mengakui keEsaan Allah s.w.t..

Bagaikan hendak tersembur kandungan dadaku tatkala aku merenung jari
telunjukku pada kali ini. Serta merta airmataku mencurah-curah keluar tak
tertahan, ditahan sebak dadaku supaya tidak terbatal solatku. Allahuakbar!
Allah Maha Besar! Ampunkanlah segala dosa yang telah kulakukan dengan
tanganku ini… Ya Allah! Betapa Engkau memuliakan kami manusia dengan
kalimah NamaMu pada jasad kami yang kotor ini.. Ampunkanlah kami,
ampunkanlah aku… Mulai maghrib hari itu, perbuatan mengangkatkan dan
merenung telunjuk dalam tasyahud tidak lagi mengganggu kekhusyukan solatku,
tapi ia membuatkan hatiku sentiasa gentar dan sayu..

Sayu mengenangkan dan merindui Allah s.w.t., gentar kerana aku melihat aku
ini milik Allah… Ya! Benar.. akhirnya jawapan bagi persoalan itu telah
kutemui bila saja terpandang kalimah Allah ditelunjuk kananku..
Subhanallah! Maha Suci Allah! Ampunilah aku sekiranya tangan yang membawa
kalimah namaMu yang Maha Suci dan Mulia ini telah aku gunakan untuk
melakukan dosa dan maksiat melanggar perintahMu.. Ampunkanlah HambaMu ini
Ya Allah…..

Wednesday, June 4, 2008

3 SOALAN DALAM 1 JAWAPAN


Pengajaran yg baik....

Subject: 3 soalan...

Pemuda :Anda siapa Dan apakah bisa menjawab
pertanyaan-pertanya an saya?

Kiyai :Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya
akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda :Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai
orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kiyai :Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.


Pemuda :Saya ada 3 pertanyaan:-

1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan
kepada saya
2.Apakah yang dinamakan takdir
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan
ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan.
Sebab merekamemiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah
berfikir sejauhitu?


Tiba-tiba Kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi

dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit) :Kenapa anda marah
kepada saya?

Kiyai :Saya tidak marah...Tamparan itu adalah
jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda :Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Kiyai :Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda :Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai :Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda :Ya!

Kiyai :Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda :Saya tidak boleh.

Kiyai :Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita
semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Kiyai :Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak.


Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan
menerima tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan
untuk menampar anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan
neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka
neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.

Monday, May 26, 2008

untuk bernama teman (^,^)

Teman
Masihkah kau ingat lagi
Sewaktu kita bersama dahulu
Ooooo
Teman,
Bertahun kita bersama,
Menempuh segala dugaan yang melanda..
Tapi kini,
Arah kita berlainan,
Kau dan aku,
Tidak sehaluan lagi,
Dipisahkan oleh cita yang menggunung,
Dalam meneruskan kehidupan..
Pengalaman ..
Yang kita tempuhi bersama,
Jadikanlah ia kenangan abadi,
Walaupun jauh di mata,
Tapi dekat dihati,
Teruskanlah persahabatan ini..



Sunday, May 25, 2008

IZRAIL TAK PERNAH LEWAT

Izrail Tak Pernah Lewat
www.iLuvislam.com
oleh: Hafez Iftiqar*


****

Ingatkah engkau, akan putih salju
yang merintik atas renik peluh
yang merenik setelah jenuh
berlari
dari Raqib dan Atid?

Kawan, ini bumi asing
yang katamu, pohon-pohon pun
tak mungkin pernah bersyahadah.

Pagi hening, engkau adalah setitik hitam
yang enggan berzikir, waktu ditegur Izrail.
Di setiap penjuru hamparan salji
barisan roh bermuka hitam
membentak
menengking
mengherdik
tersenyap,
waktu kau dipaksa
menyebut nama Tuhan.

Kawan, rupanya,
kita tak mampu berlari.




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Saturday, May 24, 2008

RESEPI SPECIAL FOR LIFE

Resepi Hidup..... Bahan-bahannya:

1 mangkuk otak yang sihat 1 keping hati yang waja..

5 ulas pancaindera Segumpal semangat kental (bulatkan)

Sebutir mutiara iman Segenggam harapan Keikhlasan dan kesedaran secukup rasa.

Hiasan: Sedikit hirisan daya usaha Seulas senyuman

Cara membuatnya: >>Basuh dan cuci hati sampai betul-betul bersih >>Bersihkan pula kesemua pancaindera >>Gaulkan semua bahan sehingga sebatI >>Sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda >>Hiaskan dengan seulas senyuman dan hirisan daya usaha

Tuesday, January 1, 2008

wasiat rasullullah ('',)

5 WASIAT DARI ALLAH S.W.T. KEPADA RASULULLAH S.A.W

Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :

· Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.

· Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.

· Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.

· Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.

· Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada

saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T. Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

· Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.

· Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.

· Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.

· Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.

· Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.

· Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.

· Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."