Sunday, January 31, 2010

DOA YANG TIDAK MAKBUL


Daripada Abu Hurairah r.a katanya,:Rasulullah SAW bersabda:


Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan- Nya kepada para Rasul. Firman-Nya:” Wahai para rasul, Makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (al-Mukminun: 51)
“Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu...”( al-Baqarah: 172) Kemudian Nabi SAW menceritakan tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan kerana jauhnya perjalanan yang ditempuhnya sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu. Orang itu menadah tangannya ke langit dan berdoa:”Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! “. Padahal makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan dia diasuh dengan makanan yang haram. Maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya.”


(Riwayat Muslim)

Saturday, January 30, 2010

SETIAP YANG MEMEPUNYAI ROH ADA PAHALANYA


Hadis Abu Hurairah r.a:


Rasulullah s.a.w bersabda:
Ketika seorang lelaki sedang berjalan di jalanan dan beliau amat kehausan, tiba-tiba beliau terjumpa sebuah telaga. Beliau segera turun ke dalam telaga tersebut untuk meminum airnya. Kemudian apabila beliau keluar dari telaga tersebut, beliau melihat seekor anjing mengeluarkan lidahnya menjilat-jilat debu kerana kehausan. Lelaki tersebut berkata di dalam hatinya: Anjing ini mesti kehausan seperti aku. Oleh itu, beliau turun semula ke dalam telaga dan memasukkan air ke dalam kasutnya yang diperbuat dari kulit iaitu khuf dan menggunakan mulutnya untuk menggigit kasut tersebut supaya dapat membawa naik kasut yang berisikan air itu untuk diberikan kepada anjing tersebut. Melihat hal itu, Allah berterima kasih kepadanya, dan mengampuninya. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya perbuatan kita terhadap binatang seperti anjing tersebut boleh mendapatkan pahala? Rasulullah s.a.w menjawab: Setiap yang mempunyai roh (bernyawa) ada pahalanya.


(Riwayat Muslim)

Thursday, January 28, 2010

MEMERANGI MANUSIA


Daripada Ibn Umar r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda,


"aku diperintahkan supaya memerangi manusia hingga mereka mengucapkan lailaha ilallah wa muhammadan rasullullah (Tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruhnya) dan mereka mendirikan sembahyang dan mengerluarkan zakat.

Maka apabila mereka berbuat demikian itu terpeliharalah mereka daripadaku; darah mereka dan harta mereka kecuali dengan hak Islam dan hisab mereka tas Allah Taa'la.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)


* hadith ini bukan membawa maksud nabi memerangi semua orang kafir jika mereka tidak mahu bersyahadah, bersembahyang atau, berzakat. Menurut Imam Nawawi, ia ditujukan kepada para penyembah berhala yang memusuhi Islam secara terbuka.

* Di dalam banyak riwayat diceritakan Rasulullah memberi 3 pilihan ketika beliau menyampaikan dakwah kepada kerajaan Rom, Parsi dan lain-lain 1)Menerima Islam. 2)Membayar ufti. 3)Berperang.



والله تعالى اعلم

Monday, January 25, 2010

YANG TENGAH-TENGAH



Hadis Nukman bin Basyir r.a katanya:

Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, sambil Nukman memegang kedua belah telinganya: Sesungguhnya perkara halal itu jelas dan perkara haram itu pun jelas. Manakala di antara kedua-duanya terdapat perkara-perkara syubhat yang tidak diketahui oleh orang ramai. Oleh itu, sesiapa menjaga diri dari perkara syubhat, dia telah bebas (dari kecaman) untuk agamanya dan kehormatannya dan sesiapa yang terjerumus ke dalam syubhat, bererti dia telah terjerumus ke dalam perkara haram, seperti penggembala yang menggembala di sekitar kawasan larangan, maka kemungkinan besar binatangnya akan memasuki kawasan tersebut. Ingatlah! Sesungguhnya setiap penguasa (kerajaan), memiliki daerah terlarang. Ingatlah! Sesungguhnya daerah yang terlarang milik Allah adalah apa saja yang diharamkan-Nya. Ingatlah! Sesungguhnya di dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya dan jikalau ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuhnya, tidak lain dan tidak bukan itulah yang dikatakan hati.

(Riwayat Muslim)

Sunday, January 24, 2010

TUHAN INGIN KHABARKAN





Sekuat dan sejujur manakah hati ini
merelakan dia bukannya tercipta untukku

Kuselami erti mencintai
berat dan bisa merebahkan andai tak kugagahi
kerna cinta itu memberi

Kerna cinta itu peluang
namun bukan lagi buatku
mungkin Tuhan ingin memberitahukan sesuatu

Bagaimana untuk aku terima
kebahagiaanmu itu punya jalannya
jalannya bukan bersama denganku

dia yang mengenalkan padaku erti cinta sebenar..ohoo
dia yang menyakitiku meski tanpa kehendaknya
sehingga aku sedar segalanya

Saturday, January 23, 2010

SYURGA @ NERAKA....

Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:

Rasulullah s.a.w seorang yang benar serta dipercayai bersabda: Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap empat puluh hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali ketiga bertukar pula menjadi seketul daging. Kemudian Allah s.w.t mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya samada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan.

Maha suci Allah s.w.t di mana tiada tuhan selain-Nya. Seandainya seseorang itu melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Syurga sehinggalah kehidupannya hanya tinggal sehasta dari tempoh kematiannya, tetapi disebabkan ketentuan takdir nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Neraka sehinggalah dia memasukinya. Begitu juga dengan mereka yang melakukan amalan ahli Neraka, tetapi disebabkan oleh ketentuan takdir nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Syurga sehinggalah dia memasukinya.

(Riwayat Muslim)

Friday, January 22, 2010

CONTOH AHLI SYURGA


Hadis Abu Hurairah r.a:

Seorang lelaki kampung telah datang menghadap Rasulullah s.a.w lalu berkata: Wahai Rasulullah, tunjukkanlah kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku memasuki Syurga.

Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau hendaklah mengabdikan diri kepada Allah, jangan menyekutukannya dengan sesuatu, dirikanlah sembahyang sebagaimana yang difardukan dan keluarkanlah zakat yang diwajibkan serta berpuasa pada bulan Ramadan.

Lalu orang itu berkata: Demi Allah yang berkuasa ke atas diriku, aku tidak akan menambah atau menguranginya sama sekali apa yang telah dijelaskan kepadaku.

Setelah orang itu beredar Rasulullah s.a.w pun bersabda: Sesiapa yang ingin melihat ahli Syurga maka lihatlah kepada lelaki ini.

(Riwayat Muslim)

Wednesday, January 20, 2010

TENTANG ISLAM


Hadis Abu Hurairah r.a katanya:


Pada suatu hari, ketika Rasulullah s.a.w berada bersama kaum Muslimin, datang seorang lelaki kemudian bertanya kepada baginda: Wahai Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan Iman?

Lalu baginda bersabda: Kamu hendaklah percaya iaitu beriman kepada Allah, para Malaikat, semua Kitab yang diturunkan, hari pertemuan dengan-Nya, para Rasul dan percaya kepada Hari Kebangkitan.

Lelaki itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pula yang dimaksudkan dengan Islam?

Baginda bersabda: Islam ialah mengabdikan diri kepada Allah dan tidak menyekutukan- Nya dengan perkara lain, mendirikan sembahyang yang telah difardukan, mengeluarkan Zakat yang diwajibkan dan berpuasa pada bulan Ramadan.

Kemudian lelaki tersebut bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah makna Ihsan?

Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau hendaklah beribadat kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya, sekiranya engkau tidak melihat-Nya, maka ketahuilah bahawa Dia sentiasa memerhatikanmu. Lelaki tersebut bertanya lagi: Wahai Rasulullah!

Bilakah Hari Kiamat akan berlaku? Rasulullah s.a.w bersabda: Sememangnya orang yang bertanyakannya lebih mengetahui dariku. Walau bagaimanapun aku akan ceritakan kepadamu mengenai tanda-tandanya. Apabila seseorang hamba melahirkan majikannya maka itu adalah sebahagian dari tandanya. Seterusnya apabila seorang miskin menjadi pemimpin masyarakat, itu juga sebahagian dari tandanya. Selain dari itu apabila masyarakat yang pada asalnya penggembala kambing mampu bersaing dalam menghiasi bangunan-bangunan mereka, maka itu juga dikira tanda akan berlakunya Kiamat. Hanya lima perkara itulah sahaja sebahagian dari tanda-tanda yang diketahui dan selain dari itu Allah sahaja Yang Maha Mengetahuinya.

Kemudian Rasulullah s.a.w membaca Surah Luqman ayat 34 Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah lebih mengetahui bilakah akan berlaku Hari Kiamat, di samping itu Dialah juga yang menurunkan hujan dan mengetahui apa yang ada di dalam rahim ibu yang mengandung. Tiada seorang pun yang mengetahui apakah yang akan diusahakannya pada keesokan hari iaitu samada baik atau jahat dan tiada seorang pun yang mengetahui di manakah dia akan menemui ajalnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Amat Meliputi pengetahuan- Nya.

Kemudian lelaki tersebut beredar dari situ. Rasulullah s.a.w terus bersabda kepada sahabatnya: Sila panggil orang itu kembali. Lalu para sahabat berkejar ke arah lelaki tersebut untuk memanggilnya kembali tetapi mereka dapati lelaki tersebut telah hilang. Lantas Rasulullah s.a.w bersabda: Lelaki tadi ialah Jibril a.s. Kedatangannya adalah untuk mengajar manusia tentang agama mereka.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sunday, January 17, 2010

TIPS ELAK DARI DI SENGAT

Daripada Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Ada seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w. lalu berkata: "Ya Rasulullah, ada sesuatu yang saya bertemu dengannya, iaitu seekor kala, lalu menyengat pada saya tadi malam."

Beliau s.a.w. bersabda: "Andaikata engkau mengucapkan ketika engkau berada di waktu petang, iaitu: "A'udzu bikalimatilahit tammati min syarri ma khalaq (Saya mohon perlindungan dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari apa saja yang diciptakan olehNya), nescayalah binatang itu tidak akan membahayakan padamu."

(Riwayat Muslim)

Friday, January 15, 2010

ALLAH MERASA BANGGA...

Daripada Abu Said al-Khudri r.a., katanya: "Mu'awiyah r.a. keluar menuju suatu golongan yang berhimpun dalam masjid, lalu ia berkata,"Apakah yang menyebabkan engkau semua duduk ini?"

Orang-orang menjawab,"Kami duduk untuk berzikir kepada Allah."

Ia berkata lagi, "Apakah, demi Allah, tidak ada yang menyebabkan engkau semua duduk ini melainkan karena berzikir kepada Allah saja?"

Mereka menjawab, "Ya, tidak ada yang menyebabkan kita semua duduk ini, kecuali untuk itu."

Mu'awiyah lalu berkata: "Sebenarnya saya bukannya meminta sumpah dari engkau semua itu karena sesuatu dugaan yang meragukan terhadap dirimu semua dan tiada seorang pun yang sebagaimana kedudukan saya ini dari Rasulullah s.a.w. yang lebih sedikit hadisnya daripada saya sendiri.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pada suatu ketika keluar menuju suatu golongan yang berhimpun dari kalangan sahabat-sahabatnya, lalu beliau s.a.w. bersabda, "Apakah yang menyebabkan engkau semua duduk ini?"

Para sahabat menjawab, "Kita duduk untuk berzikir kepada Allah, juga memuji padaNya karena telah menunjukkan kita semua kepada Agama Islam dan mengaruniakan kenikmatan Islam itu pada kita."

Beliau s.a.w. bersabda lagi, "Apakah, demi Allah, tidak menyebabkan engkau semua duduk ini melainkan karena itu?"

Sesungguhnya saya bukannya meminta sumpah dari engkau semua itu karena sesuatu dugaan yang meragukan terhadap dirimu semua, tetapi Jibril datang padaku dan memberitahukan bahwasanya Allah merasa bangga dengan kamu kepada malaikat - yakni kebanggaanNya itu ditunjukkan kepada para malaikat."

(Riwayat Muslim)

Thursday, January 14, 2010

KATANYA KAU PEJUANG..

Buat Ingatan diri sendiri dan para pembaca,semoga bermanfaat! =)

katanya kau seorang pejuang
tapi ikhtilat mu tidak dijaga
katanya kau seorang pejuang
tapi kau masih assobiyyah

katanya kau seorang pejuang
tapi ibadah mu dan amalanmu masih seperti dahulu
katanya kau seorang pejuang
kau masih layan tv , movie dan game dgn alasan nak release tension

katanya kau seorang pejuang
cinta dunia masih menempati hatimu berbanding cinta allah dan rasulNYA
katanya kau seorang pejuang
kau sebok update isu semasa berbanding AL QURAN 1juz sehari

katanya kau seorang pejuang
kau xpun berdakwah
katanya kau seorang pejuang
kau masih layan muzik-muzik yang lagha


katanya kau seorang pejuang
tapi sering beralasan untuk dakwah dan jihad
katanya kau seorang pejuang
kau lebih bela jemaah berbanding islam

katanya kau seorang pejuang
kau masih ada karat jahiliyyah dihatimu tanpa usaha membuangnya
katanya kau seorang pejuang
mutabaah ibadahmu sangat menyedihkan

katanya kau seorang pejuang
ukhuwahmu hanya untuk kepentinganmu bukan kepentingan ummat
katanya kau seorang pejuang
kau sering tinggal QIAMULLAIL bebanding mengamalkannya

katanya kau seorang pejuang
berapa banyak ummat yang kau ziarah?
katanya kau seorang pejuang
kau sering menyalahkan orang lain berbanding diri sediri akibat lalai kerna tidak berdakwah

katanya kau seorang pejuang
kau lebih banyak berdakyah berbanding berdakwah
katanya kau seorang pejuang
tapi masa rehatmu lebih banyak berbanding masa berdakwah

katanya kau seorang pejuang
tapi untuk berinfaq saja kau sudah kikir
katanya kau seorang pejuang
hidupmu masih senang lenang dan mewah

katanya kau seorang pejuang
kau sudah menganggap dirimu mulia sedangkan kau harus lebih tawadhuk
katanya kau seorang pejuang
kau jarang sekali menangis untuk bertaubat

katanya kau seorang pejuang
kau masih seronok dengan maksiat di sekitarmu
katanya kau seorang pejuang
kau tidak rasa apa-apa bila berbuat maksiat

katanya kau seorang pejuang
kau masih malas mencari ilmu agamamu
katanya kau seorang pejuang
kau jarang sekali muhasabah dirimu sedang sering menasihati orang lain

katanya kau seorang pejuang
kau masih berpakaian tidak senonoh
katanya kau seorang pejuang
namun akhlakmu tidak ada apa yang berubah

katanya kau seorang pejuang
namun kau sering lalai dan leka berbanding insaf dan sedih
katanya kau seorang pejuang
kau lebih sibuk bersama keluarga berbanding bersama ummat

katanya kau seorang pejuang
kau masih pentingkan dirimu berbanding kepentingan ummat
katanya kau seorang pejuang
kau masih ragu dengan apa yangkau infakkan

katanya kau seorang pejuang
hafalanmu saja masih jauh lagi
katanya kau seorang pejuang
kau masih terasa asing dengan pekataan BERDAKWAH apatah lagi melakukannya

katanya kau seorang pejuang
kau masih mengumpat dan mengeji orang
katanya kau seorang pejuang
kau masih berbelah bagi antara dakwah dan dunia

katanya kau seorang pejuang
kau masih seperti dahulu
katanya kau seorang pejuang...



والله تعالى اعلم

SAHABATKU.....


Wahai kau sahabatku,

setelah aku penat berjalan..
mencari mutiara persahabatan,
aku masih keliru diselimuti kelam,
tertipu dengan dunia dan permainan,
Allah menghantarku sahabat,
membukakan mataku melihat hikmahNya
mendongakkan kepala melihat langitNya,
terbentang luas saujana kasih sayangNya.
benarnya katamu menunjukiku.
terima kasih wahai sahabatku...

Sahabatku berkata...
Jalan hidup ini jauh membentang
menanjak dan berliku tajam,
semoga banyak pohon rendang
untuk sejenak berteduh kepanasan,
untuk sejenak singgah bersemayam,
memulihkan tenaga dan fikiran,
merenungi dan mempelajari diri,
mencapai hikmah yang tertinggi,
buat bekalan untuk perjalanan nanti,
yang lebih jauh dan mendaki lagi.

Ya...sahabatku berkata lagi,
semoga Allah memberkatimu,
jangan kau pandang bulan,
pandanglah Yang menciptakan bulan,
keindahan bulan hanya sementara,
tapi keindahan Yang nyata,
terselit termetri di dalam rasa,
menambah menguatkan iman semata,
hingga mendapat cinta sebenarnya,
kalau hanya sebagai pungguk,
bulanpun hanya sebagai khayal tak bermakna,
tapi kalau sebagai hamba Allah,
bulanpun tetap sebagai hikmah berkawan.

Ya... sahabatku berkata lagi,
cantik juga sajak cintanya..senyum ya,
cinta itu seharusnya membawa manfaat,
tapi kenapa cinta yang selalu menjadi korban,
tatkala ada perpisahan ada perceraian,
tatkala ada permusuhan ada kesedihan,
ada kecewa selalu cinta yang dipersalahkan,
kasihan cinta ya...
seharusnya cinta tu
sebagai tempat pemujaan lagi suci,
menjadi amal yang manis tuk dirasakan,
bagaimana manisnya iman,
cintailah karena Allah dan Rasul-Nya.



Semoga rahmat dan berkat Allah untuk sahabat-sahabatku ...dan semoga kalian dipelihara Allah selalu dimanapun berada.

امين يا الله يا الرحمن يا الرحيم

Wednesday, January 13, 2010

TEMPAT TINGGAL ROH

Abu Bakar r.a telah ditanya tentang ke mana ruh pergi setelah ia keluar dari jasad, maka berkata Abu Bakar r.a : "Ruh itu menuju ke tujuh tempat" :-

· Ruh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.
· Ruh para ulama menuju ke syurga Firdaus.
· Ruh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.
· Ruh para syuhadaa berterbangan seperti burung disyurga sekehendak mereka.
· Ruh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
· Ruh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
· Ruh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa beserta jasadnya sampai hari kiamat.





Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa : "Tiga kelompok manusia yang akan berjabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah" :-

· Orang-orang yang mati syahid.
· Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
· Orang yang puasa hari Arafah.


والله تعالى اعلم

Tuesday, January 12, 2010

BAGI,,,,,??

Dengan nama Allah yg Maha Pengasih & Maha Penyayang
Selawat & salam ke atas Rasulullah S.A.W,keluarga & para sahabatnya

Sesungguhnya marilah menjadi lebih bersyukur & lebih menghargai.. .think positive!

1.....bagi untuk jam loceng yg berdering pada waktu pagi kerana itu bermakna kita masih bernafas untuk terus hidup

2.....bagi keletihan/kesakitan otot slps seharian bekerja kerana itu bermakna kita masih berkemampuan bekerja

3.....untuk pergi ke suatu tempat yg jauh contohnya ke parking kereta yg jauh kerana itu bermakna kita masih boleh berjalan

4.....bagi pakaian kita yg dh xmuat kerana itu bermakna kita cukup makan

5.....bagi bunyi bising jiran2 kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar

6.....bagi anak/adik2 kita yg mengomel/merungut apabila disuruh buat kerja rumah kerana itu bermakna dia berada di rumah bukan menjadi bohsia/mat rempit di jalan

7.....bagi suami/isteri yg tidur berdengkur pd waktu mlm kerana mereka tidur disisi bukan orang lain

8.....bagi cukai pendapatan yg kita kena bayar kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan

9.....bagi lantai yg perlu dimop,tingkap yg perlu dilap & rumah yg perlu dikemas kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal untuk berteduh

10....bagi timbunan pakaian yg perlu dicuci & dilipat kerana itu bermakna kita masih ada pakaian untuk dipakai



والله تعالى اعلم

Monday, January 11, 2010

TAKUTNYAA....

السلام عليكم.......

hati aku.... hati aku .. hati aku.... waaaaaaa...
apa yang di mengamukkan tu si aeiyeim oiii... ?? ce wat-wat bersabo sikit.... hehehe
bukan apa laaaa.... ni haaa.. aku baru je lik exam oooo...
tak taw nak ngadu dengan cape?? aku ngadu je laa.. kat dalam bloger niii... senang citer.. :(

tension dengan soklan .. yang susah-susah... agak-agak mengetarkan otak aku...hehehe
dapat kertas soklan.. rase nak ngobak laa.. tapi orang laki mane leh ngobakkan?? tak encem la nanti... tapi tak pe.. dia kira catagori cute dan sweet jugak laaaa.. masuk dalam golongan baby.. hahaha

Muraqib kata... last kertas jawapan mu tulis طلب وافيدين ..muda-mudahan doktor tolong.
insya-allah .. amin ya rab hendaknya
aku dah takder tempat nak bergantung lagi selain pada ALLAH SWT
segalanya aku sandarkan hanya padanya... dia yang maha mengetahui atas tiap sesuatu.
lepas ni... rehat la kejap... 2,3 hari kee ??ok takk?? ok apa nya.. ko nak mampus... ada 2madah lagi menunggu tuuu.... huhuhu
kata orang jauh... go go chayok... gambate naaa... kasi harapan padaku. dia la sumber inspirasa hati... hikkks ;))
nak taw siapa?? jom kita terjah.... haaaaa..... letih ..letih ..letih.. tido la dulu

مع سلامة

Sunday, January 10, 2010

1,2,3 IMTIHAN .....




assalamualaikum......


kali ni awal tahun 2010,menghitung hari... hari apa??bukan hari nak akad nikah laaa..hari aku nak menghadapi peperiksaan.. امتحان يعنى...adoyaiii!! seberat rasanya hati ini.
dah la dengan keadaan cuaca sini yang menyejukkan.. di tambah pula dengan awekks aku kak sarah yang sentiasa menemani aku di atas tilam...oppppsss!!! bukan pompuan laaa... itu lihaf jenama saratoga..hahaha

11.01.2010.... akan berada di muhafazah dakhiliyah دقهلية.. tepat jam10 pagi.. waaaaa...!! dah dapat kertas soalan....madah killer lughah arabiah... ادب والبلاغة.. masuk kali ini kira dah kali ke3 aku amik sub yang sama.... untuk tahun3 punya madah.... YA ALLAH ..permudahkan segala urusan ku disini. beri daku secebis kekuatan dan semangat untuk aku terus melangkah ke hadapan. betapa kerdilnya aku di hadapanmu
kepada sahabat-sahabat yang nak imtihan.. بتوفيق وناجح kepada semua. moga kejayaan milik kita bersama. امين يا الله

dah laaa.. cau dulu. sambung ngapa.. ngapa la sangat... hahahaha.. auta je lebih si aeiyeim tuu... hihihi (^_^)
salam sayang kepada sayang untuk sayang agar sentiasa sayang .. ~V

Friday, January 8, 2010

NASRANI & YAHUDI



Daripada Abu Said Al-Khudriy r.a katanya:Rasulullah s.a.w bersabda:


Kamu telah mengikuti sunnah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehinggakan mereka masuk ke dalam lubang biawak kamu tetap mengikuti mereka. Kami bertanya: Wahai Rasulullah, apakah yang kamu maksudkan itu adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani? Baginda bersabda: Kalau bukan mereka, siapa lagi?.

(Riwayat Muslim)

BUMI MEMUNTAHKAN MAYAT






Daripada Anas bin Malik r.a katanya:

Di antara kami ada seorang lelaki dari Bani Najjar, dia telah membaca surah Al-Baqarah dan surah Ali Imran serta selalu menulis untuk Rasulullah s.a.w, lalu dia melarikan diri untuk bersama-sama Ahli Kitab. Anas berkata: Ahli Kitab menyanjungnya. Mereka berkata: Lelaki ini telah menulis untuk Muhammad menyebabkan mereka mengkaguminya. Setelah beberapa ketika bersama-sama Ahli Kitab, lelaki tersebut meninggal dunia. Ahli Kitab menggali kubur dan mengebumikannya. Bumi memuntahkannya ke permukaan. Mereka menggali lagi dan mengebumikannya semula. Namun bumi tetap memuntahkan lelaki tersebut ke permukaan. Mereka menggali dan mengebumikannya lagi. Bumi tetap memuntahkannya semula ke permukaan. Akhirnya mereka membiarkannya di permukaan bumi.

(Riwayat Muslim)

Wednesday, January 6, 2010

احوال الاسناد الخبرى


القول فى احوال الاسناد الخبرى

الاسناد: هو ضم الكلمة او ما يجرى مجراها الى كلمة اخرى او ما يجرى مجراها بحيث يفيد الحكم ان مفهوم احداهما
ثابت لمفهوم الاخرى او منفى عنه

ويسمى المحكوم به ( مسندا) والمحكوم عليه (مسند اليه) ويسمى الحكم ( اسناد)

اسناد خبرى ضمت فيه كلمة الى اخرى على وجه يفيد الحكم باثبات مفهوم لمفهوم فقولك: الشباب عدة المستقبل
او يفيد الخبر نفى مفهوم احد الطرفين عن الاخر كقولك: شرب الخمر لا يفيد

فالاسناد الخبرى نوعان : ايجابى و سلبى او ثبوتى و نفيى

فالمسند اليه فى الجملة هو: فاعل الفعل التام نحو جاء على , وامبتداء الذى له خبر مثل العدل محبوب و اسماء الادوات الناسخة نحو: ان الصلاة فريضة

البلا غة حتى خبر و انشاء

البلاغة فى اللغة:الوصول و انتهاء

(مطابقة الكلام لمقتضى الحال مع الفصاحة)
الحال:الامر الذى يدعو المتكلم الى ان يراعى مع الكلام الذى يودى به اصل المعنى المراد الخصوصية
الحال اثنين: المتكلم و المخاطبة

علم المعانى
هو علم يعرف به احوال اللفظ العرابى التى بها يطابق مقتضى الحال

الخبر: هو الكلام الذى يحتمل الصدق والكذب لذاته المثل:محمد رسول الله
انشاء: هو ما لا يحتمل الصدق والكذب المثل:اتفهم الدرس

والخبر لابد له من الاسناد والاسناد لا بد من مسند اليه
والمسند قد يكون فعلا او ما فى معناه كاسم الفاعل و اسم المفعول ونحوهما فياتى له العتعلقات كالمفعول مثلا: اطاع المومن ربه

Monday, January 4, 2010

7 YANG DI SURUH & 7 YANG DI LARANG






Hadis Al-Bara' bin Azib r.a katanya:


Rasulullah s.a.w memerintahkan kami dengan tujuh perkara dan melarang kami dari tujuh perkara. Baginda memerintahkan kami menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah, mendoakan orang bersin, menunaikan sumpah dengan benar, menolong orang yang dizalimi, memenuhi undangan dan memberi salam. Baginda melarang kami memakai cincin atau bercincin emas, minum dengan bekas minuman dari perak, hamparan sutera, pakaian buatan Qasiyyi iaitu pakaian berjalur yang diperbuat dari sutera, serta mengenakan pakaian sutera, sutera tebal dan sutera halus.

(Riwayat Muslim)

Friday, January 1, 2010

بين حياة والموت





Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a., Nabi s.a.w, bersabda:

"Perumpamaan orang yang berzikir kepada Tuhannya dan orang yang tidak berzikir kepadaNya ialah seperti orang yang hidup dan orang yang mati."

(Riwayat Bukhari)


Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a., Nabi s.a.w, bersabda:

"Perumpamaan rumah yang di dalamnya digunakan untuk berzikir kepada Allah dan rumah yang tidak digunakan untuk berzikir kepada Allah adalah seperti benda yang hidup dan benda yang mati."

(Riwayat Muslim)