Tuesday, December 16, 2014

Kelas 4Rayhanah 2014











Ni la kelas 4rayhanah yang saya mengjar mereka subjek Bahasa Arab dan Feqah. Banyak sangat kenangan dengan kelas ni. Banyak kali jugak la kena marah , tengki dengan guru yang garang ni. Apa pun mudah-mudahan untuk tahun 2015 nanti kita berjumpa lagi dengan azam dan semangat yang baru , All The Best ^_^

BOLEH LE CHECK UP MASA BELI ROTI NANTI YE ^_^










ANAK DIDIK KU TAHUN 2012

 Kelas Tahun1
 Tasnif afif
 Abdul Hakim
 Megat Daniel
 Naufal , Hakim & Megat

Monday, December 15, 2014

ZAHIRAH HANTAR MAK TEH NYA NAK BALIK KUALA LUMPUR



 Bergambar satu Family :)

 Zahirah bersama umi dan mak teh nyee
 Belajar macam mana cara nak gunakan telefon awam ..... :)

Abinya usha je la gelagat zahirah niii...

Thursday, May 31, 2012

12 SIFAT SAHABAT SEJATI MENURUT IMAM AL-GHAZALI





12 SIFAT SAHABAT SEJATI MENURUT IMAM AL-GHAZALI

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

~Semoga kita dianugerahkan sahabat seperti itu dan menjadi sahabat seperti itu.. InsyaAllah

Thursday, March 15, 2012

10 MAYAT YANG TIDAK AKAN REPUT DI DALAM KUBUR.







Disebutkan oleh hadis Rasulullah SAW bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Qiamat :

1-Para Nabi-Nabi

2-Para Ahli Jihad Fisabilillah

3-Para Alim Ulama Menegakkan Kalimah Allah.

4-Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.

5-Para Penghafal Al Quran dan Beramal dengan Al-Quran.

6-Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.

7-Tukang Azan yang tidak meminta habuan.

8-Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa TAAT pada perintah Allah.

9-Orang mati dibunuh atau dianiaya kerana mempertahan Maruah dan Agama.

10-Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia.