Monday, November 2, 2009

ANTARA AMALAN-AMALAN UTAMA..

Daripada Ibnu Mas'ud r.a., katanya, "Saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w., "Manakah amalan yang lebih utama?"

Beliau s.a.w. menjawab: "Iaitu solat tepat pada waktunya."

Saya bertanya lagi, "Kemudian amalan apakah?"

Beliau s.a.w. menjawab: "Berbakti kepada kedua orang tua."

Saya bertanya pula, "Kemudian apa lagi?"

Beliau s.a.w. menjawab: "Iaitu berjihad fi-sabilillah. "

(Muttafaq 'alaih)

No comments: