Friday, July 10, 2009

BICARA TENTANG CINTA....



Salahkan ku mendambakan seorang puteri..
dan pastiku mengharap yang setia disisi..
teman kala ku kedukaan memberikan daku cahaya..
sinari kehidupan..

Walauku tahu segala suratan esa..
ku pohon kesetiaan pemberi inspirasi..
mengubat jiwa yang sepi..agar dapatku kecapi..
indahnya hidup ini..


Usah ada rasa sangsi saling faham
dan mengerti..
sinar bahagia menanti..
pendorong pengubat jiwa,
dalam melayar bahtera..pasti terang jika kau disisi..

Selagi masih aku terdaya menuturkan kata2..
kanku bicarakan yang sesungguhnya
dihati ini dikau saja yang bertakhta dijiwa insan yang kukasihi...
insan yang ku sayangi..


Saturday, June 6, 2009

SEORANG AYAH......







Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu


Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..

Tuesday, May 12, 2009

syukran ya mua`lim ... (^_^)


Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini


terima kasih guru atas didikanMU padaKU


Sunday, May 10, 2009

AKU SAYANG & RINDU IBU.... (^_^) (^O^)



Kau sentuh cahaya dengan jemari mu
Dibalik tabir mimpi di raungan merindu
Mengimbas figura di kesumba senja
Tak siapa mendengar ratap hati bonda
Di hadap ranumnya kasih yang manis bermadu
Mengapa kau hanya mengunyah pahit hempedu

Ummi engkau berdelusi
Impian ilusi
Mimpi jadi ngeri mengusik dinihari
Ummi engkau kehampaan
Dambaan igauan janji hanya mainan
Gurauan di bibir kau kutip jadi sandaran

Keperitan itu teman mu yang sejati
Di hujungnya bahgia menanti
Bersama harapan dan pengorbanan diri
Terus berbakti

Resahmu sembunyi dalam riuh ketawa
Sebak dada tidak ketara
Tenangnya wajah tabah kau hadapi
Kerana kau yakin Tuhan lebih mengasihi

Ummi…

Wednesday, May 6, 2009

ASY-SYAFIEE.....



أَبْدَىٰ ﭐﻹِِلَـٰٰـهُ مَقَامَهُ ﭐلْمَحْمُودَا
ﺇِلَيْهِ تُنْسَبُ ﭐلْبُطُونُ ﭐلْقُرَشِيِّةُ

الشَّافِعِى وَالْمُصْطَفَىٰ جَدُّهُ
أَسْرَارُ بَيْنَ ﭐلْوَرَىٰ ظَاهِرُ

كَمْ مِنْ كَرَامَاتٍ قَدْ بَدَا
وَكَمْ مَقَامَاتٍ قَدِ ﭐنْجَلَىٰ
يَا مَنْ لَه فِى ﭐلْكَونِ مِنْ حَاجَةٍ
فَيَا لَهُ مِنْ دَعْوَةٍ وَافرَةٍ

يَمُلَأُ ﭐلدُّنْيَا...
عِلْمًا عِرْفَانًا...
ﭐكْتَشَفَ بِهِ ﭐلنُّورُ
حَصِّلِ ﭐلجِْدَّا حَصِّلِ ﭐلْهٰنَا


TERJEMAHAN

Allah menzahirkan kedudukannya yang ( tinggi ) terpuji,
Dinisbahkannya kepada bangsa Arab Quraisy.

Imam Syafie dan Nabi Muhammad s.a.w. datuknya (salasilah keturunannya daripada Rasulullah s.a.w. ),
Terdapat rahsia-rahsia di antara yang tersirat dan tersurat.

Berapa banyak kemuliaan yang telah nyata,
Dan berapa banyak kedudukan ( terpuji ) yang telah jelas.

Wahai tuhan yang mencipta alam..( kami ) memohon hajat,
Dengan doa yang banyak dipinta,kurniakanlah kami keberkatannya.

Memenuhi dunia dengan ilmu,seorang alim arab Quraisy,
Tersingkap dengannya cahaya ( keberkatan ilmunya ),
Kurniakanlah kemuliaan anugerahilah kebahagiaan.






Tuesday, May 5, 2009

PAKU DI DINDING HATI (^_^)

PAKU DI DINDING

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat
mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.
Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.



Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda.

MAAFKAN SEGALA KESILAPAN SAYA DI SEPANJANG PERKENALAN KITA BAGI SESIAPA YANG MENGENALI DIRI INI.ANDAI ADA KESILAPAN DAN TUTUR KATA YANG TIDAK MENYENANGKAN,HARAP DIMAAFKAN.

Saturday, April 25, 2009

tatkala airmataKU mengalir......














Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya ,ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti.

Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari. Aku minta untuk membantu,

“Tak payah” katanya
“Biar mak yang buat nanti lain rasanya”.

Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakan hari raya bersamanya.

Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut mak kesana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. bukan main khusyuk dan bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya.

Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untuk abang- dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya pakat menjamu selera. Memang berselera semua sukakan nasi goreng mak. Mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya.

Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku…

“Ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu”
Seraya tu abang ku bertanya, “Siapa tak makan lagi nasi ni”.
Aku menjawab “Mak belum makan apa lagi tu.”

Mak dengan bersungguh menjawab, “Ehh mak tak mau…tak lalulah nasi goreng, nak makan roti ja sat lagi…”

Dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kata ku dalam hati.

“Oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit diebetisnya…”

Bila semua dah pulang, aku lihat mak terhinjut-hinjut ke dapur. Lantas aku tanya,

“Mak nak apa… Nak ambilkan…”
“Takpa nak rasa ni sikit.”

Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.

Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya. Zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Aku benar-benar kalah dengan apa yang aku saksikan.

YA RABB Engkau peliharalah Ibu. Ampunilah dosanya. Berilah kekuatan pada anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga.

AMINN…

(petikan dari web tentang cinta)