Monday, January 12, 2009

NANTIKAN KU DI BATAS WAKTU.....

Dikedalaman hatiku tersembunyi harapan yang suci
Tak perlu engkau menyangsikan
Lewat kesalihanmu yang terukir menghiasi dirimu
Tak perlu dengan kata-kata

Sungguh walau kukelu tuk mengungkapkan perasaanku
Namun penantianmu pada diriku jangan salahkan

Kalau memang kau pilihkan aku
Tunggu sampai aku datang nanti
Kubawa kau pergi kesyurga abadi

Kini belumlah saatnya aku membalas cintamu
Nantikanku dibatas waktu

ALUMNI MAM 08


assalamualaikum kengkewan semua... ingt lagi tak?? ni la picture masa alumni mam yang first..
dapat juga jumpa member2 lama ye... dah lama tak jumpa.... tak sia2 teman balik tanah air....
best2.....semua nya dah beso panjang... cuma ana je yang kecik.... kecik kee?? kecik la tu.... tak beso2 pun.... hahahaha... ate nak wat macam mana ye.... dah kecik.. hahaha

hmmmmm....ana sekadar ni tengah dok sibuk imtihan.. maklum laaaa.. nak imtihan baru la nak bukak kitabnya.. dah malas.. memang dasar tu.. tapi jangan yee.. cuba2 la elak kan sikap malas ni.. tak berapa bagus gitu....
kengkawan semua doa2kan la kami di sini ye.. ni mana yang dah nak kawin tu.. jangan lupa la ngajok.... tak dapat pi pun tak pe... asalkan dapat kbr beritanya... huhuhu..
hmmm.. last ..semoga berjaya la semua hendaknya....berjaya dunia dan akhirt.. insya-allah.. amin ya rabbi...
dan bahagia2 selalu...... no no sad ok... happy and cool...
sampai jumpa lagi kengkwan ku.. luv u all so much... :)

Friday, January 9, 2009

ISLAM BAGAI AIR YANG JERNIH


IsLaM bAgAi AiR yAnG jErnIh
Di bUmI YaNg pEnUh bErDEbU
MeNyiNaRi sAnUbARi iNsAn
TuK sEtiAP uMaT MaNuSiA
SePaNjAnG mAsA

IsLaM kAN JaYa
SeLaMaNyA
WaLau Di TaNtAnG mAsA
NaMuN tAk sEmUa
PuNYa dAyA mEnEnTaNg mUrKa

SuAtU hAri NaNti
IsLaM kAn BeRCahayA
MeNyiNaRi DuNiA
MaKhLuK dAn SeiSinYa

Di siTu kAn tErLiHat
KeBeNaRaN TeRuNgkaP
QuRaN jaDi pEdOmAn
sUnnAh jaDi AcUan

BuKaN KhaYaLaN
YaNg ALLaH jAnJikAN
NAmUn KeBeNaRan yAnG nYata

Wednesday, January 7, 2009

aku ingin mencintaiMU.........

Tuhan betapa aku malu
atas semua yang Kau beri
padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa
entah mungkin karna ku terlena

sementara Engkau beri aku kesempatan
berulang kali agar aku kembali
dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMU
betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU


aku ingin mencintaiMU
setulusnya,sebenar-benar aku cinta

dalam do'a dalam ucapan dalam setiap langkahku
aku ingin mendekatiMU selamanya

sehina apapun diriku
kuberharap untuk bertemu denganMU ya Rabbi

Saturday, January 3, 2009

5 JARI MENYIMPAN RAHSIA

> Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari
> >anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Kemudian,
> >genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ..."Allahu Akbar"
> >sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung. Luruskan ia ke
> >hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima
> >waktu jangan diabaikan.
>
> > >Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada
> >jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja
> >akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah
> >fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti
> >bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah
> >daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan
> >yang besar pada masa hadapan.
> >
> > >Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia
> >remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya
> >disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak
> >terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia
> >ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman
> >dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan
> >mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan
> >Rabbul Jalil. Bersediakah anda??
> >
> > >Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu
> >namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di
> >peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti
> >dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti
> >berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang
> >datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri
> >hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas
> >terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat
> >mesti dilipatgandakan.
> >
> > >Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan
> >esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan
> >jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan
> >tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil
> >sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea
> >bernas dan minda yang hebat.
> >
> > >Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi
> >menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya
> >membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang
> >Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan
> >lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang
> >berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh
> >berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu
> >jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.
>
>Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan
>fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang???

Saturday, December 6, 2008

KISAH SETIA SEORANG SAHABAT DI MALAM RAYA.....

Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik kampung…Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar negara.Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita Naim ye? Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kataku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik main sama-sama.Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian. Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.

Bas yang terhenyak-henyak dek
jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kampung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya. Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hamper sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu. Raiz
menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak
kemuncut. "Wey! Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau buat tepi jalan malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yang
terkekeh-kekeh ketawa.

"Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK ! Balik Malaysia jadi camni kau yek… hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk bahu Raiz. Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. "Biasa la! Zaman beredar, manusia pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?"

Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah… Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang. "Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu?
Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je..." tegur Raiz.
Naim kelihatan murung.

"Aku memang ada masalah pun. Eh! Kau ni terus balik
rumah ke?" Naim mengubah topik.
"Cadangnya gitulah!"
" Ala ! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau.Banyak
benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!" pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja

"Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik la! Boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati.

"Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang.

"Inilah! Nasib aku malang betul Iz, lepas kau pergi UK dulu, macam-macam terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga diorang…Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri.

Kaki aku ni, tempang dibalun dek orang kampung la!" Terkejut Raiz mendengar cerita Naim.

"Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang dating nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!" Naim terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh.

Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang .

"Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat nak mengadu… Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepi jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang je boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang.

Hishh! Aku cuma tunggu kau balik! Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau?Tak peduli aku
makan ke, minum ke! sakit ke! Matipun diorang mesti tak ambil peduli!"

Suara Naim sedikit tinggi.

"Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!" Raiz menyuarakan rasa bersalahnya.

Naim cuma tersenyum. "Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar berita. Tengok-tengok
balik dah jadi camni bergaya kau ye!

Eh! Minumlah! Rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!". Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering.

Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim!

"Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!" Suara Raiz sayu dan pilu.

Naim senyum tawar. "Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki…Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!"

Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa..Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur...

"Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!"

Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur.Terpisat-pisat Raiz bangun."Eh? Mak!" terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan ahli keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas.

"Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?" jerkah ayahnya...


"Eh? Kenapa pulak diorang marah ni? Raiz memerhatikan sekelilingnya.

Tiada gelas berisi teh... tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yang bertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun. Raiz pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan, ada dua, tiga, malah berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah.

"Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah!

"Kenapa?? Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!

Raiz segera mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim bin Malik.16 September 1975 - 27 Oktober 2003! Raiz terpelangah.

"Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde, sapa yang saya jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?"

"Budak ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal hari pertama menyambut puasa... Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa
dia, dah tak ada..."terang ibunya dengan suara pilu
.

Raiz tambah terkejut.

Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'Bertemu' arwah Naim di malam menjelang raya.Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! Apakah yang Raiz temui semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampakan padanya terduduk disisi pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi.

"Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini!
ye....

Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Halalkan makan minum aku selama kita berkawan… Raya ni datang lah rumah aku ye!"

Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah.

"Terima kasih kerana mengingatkan aku! Semoga kau tenang dan aman di sana!

moralnya: jgn lupa kawan dan rajin2lah bertanya kabar

Saturday, June 7, 2008

JARI TELUNJUK

Dalam solatku yang sudah sekian kalinya, aku tetap merenung telunjukku
dalam setiap tasyahud (tahiyyat) awal dan akhir, mengharapkan pahala
menurut sunnah mengisi setiap kantung pahala yang tak pernah ku lihat.
Berpuluh tahun berbuat demikian, perasaan ingin tahu tetap menerjah hatiku.
Mengapa Rasulullah s.a.w. berbuat demikian? Mengapa disunatkan merenung
telunjuk sewaktu tasyahud? Pasti ada sesuatu sehinggakan disunatkan berbuat
demikian. Bagi yang tak ambil pusing, tetap bahagian mereka dengan kantung
pahala yang sarat di akhirat, dijamin Allah s.w.t..

Dirujuk persoalan itu kepada yang arif. Kata mereka telunjuk itu satu,
diangkat ketika mengucapkan kalimah "Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Yang
disembah melainkan Allah" bagi menandakan keEsaan Allah yang Satu, Yang
Maha Esa dan Tiada yang sebanding denganNya. Jawapan yang diberi
mententeramkan jiwaku hanya buat seketika. Memang benar apa yang dikatakan
yang arif itu tadi, tapi mengapa gelodak jiwa mengatakan ada sesuatu yang
lain.

Aku sentiasa terganggu dengan persoalan yang ditimbulkan hati yang
mendesak-desak mencari rahsia sebenar sehingga hatiku puas. Kenapa hanya
perkara ini begitu mendesak jiwa sedangkan perbuatan itu hanya dilakukan
dengan seketika dalam solat.

Sehinggalah di suatu senja yang sangat hening. Hujan lebat mula turun di
luar rumah, menghalang langkah insan yang beriman lemah ini untuk ke tempat
azan dilaungkan. Ditunaikan tanggungjawabku kepada Yang Maha Pencipta dalam
kamar bacaan di rumah. Maghrib itu membuka persoalan lama itu kembali. Mula
sahaja tasyahud awal, telunjukku direnung dan membangkitkan kembali
persoalan yang sering bermain dijiwaku.

Kekhusyukan dalam ibadatku sedikit teganggu, minda ditumpukan kembali
kepada bacaan solat supaya hatiku tetap berpaksikan rasa syukurku kepada
Yang Menciptakan diriku dengan segala kesempurnaan. Tapi semua itu
terganggu kembali bila saja aku berada dalam tasyahud akhir. Sekali lagi
aku mengucapkan kalimah "Ashhadu allaa ilaa ha illallah (Aku bersaksi
bahawa Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah) sambil jari telunjukku
diangkat menandakan aku mengakui keEsaan Allah s.w.t..

Bagaikan hendak tersembur kandungan dadaku tatkala aku merenung jari
telunjukku pada kali ini. Serta merta airmataku mencurah-curah keluar tak
tertahan, ditahan sebak dadaku supaya tidak terbatal solatku. Allahuakbar!
Allah Maha Besar! Ampunkanlah segala dosa yang telah kulakukan dengan
tanganku ini… Ya Allah! Betapa Engkau memuliakan kami manusia dengan
kalimah NamaMu pada jasad kami yang kotor ini.. Ampunkanlah kami,
ampunkanlah aku… Mulai maghrib hari itu, perbuatan mengangkatkan dan
merenung telunjuk dalam tasyahud tidak lagi mengganggu kekhusyukan solatku,
tapi ia membuatkan hatiku sentiasa gentar dan sayu..

Sayu mengenangkan dan merindui Allah s.w.t., gentar kerana aku melihat aku
ini milik Allah… Ya! Benar.. akhirnya jawapan bagi persoalan itu telah
kutemui bila saja terpandang kalimah Allah ditelunjuk kananku..
Subhanallah! Maha Suci Allah! Ampunilah aku sekiranya tangan yang membawa
kalimah namaMu yang Maha Suci dan Mulia ini telah aku gunakan untuk
melakukan dosa dan maksiat melanggar perintahMu.. Ampunkanlah HambaMu ini
Ya Allah…..