Seperti semalam…
Petang itu aku bermimpi lagi…
Kau hadir bersama senyuman….
Mengingatkan aku saat aku sepi dulu…
DUKA…
Ke manakah kau akan pergi?
Sayangku….
Aku hadir disini kerana ini kali terakhir kau melihatku
Kerana kini kau telah punyai teman baru….
GEMBIRA bakal mengiringimu di hari-hari mendatang….
Ku kira tiada perlu aku disini lagi…..
Aku terpana melihat dia…
Yang melangkah meninggalkanku…
DUKA!
Tidak DUKA….
Aku masih memerlukanmu….
Lupakah kau bagaimana aku di waktu sepiku…
Ya….DUKA….
Benar..GEMBIRA kini temanku….
Namun, hadirnya sahaja tidak mampu…
Membuat aku melupakanmu…..
Kerana hadirmu dulu mengenalkan aku….
Teman-temanmu yang lain….
Ketika itu aku bersua SABAR dan saudaranya TABAH….
Betapa aku tenang sekali mengenali mereka…
Aku tahu kini aku beroleh teman baru…
GEMBIRA……
Sejak sekian lama aku menantikan dia…
Kau tahu itu DUKA…..
Hanya kau tidak mengerti…..
Betapa aku sang manusia ini perlu….
Kalian berdua dalam hidupku….
Bersama GEMBIRA aku kenal saudaranya….
SYUKUR dan NIKMAT…..
Bukankah telah aku bersua SABAR dan TABAH…
Ketika kau disisiku DUKA….
Dan ketika kau berada jua…
Aku sangat dekat pada PENCIPTA-KU
Jua PENCIPTA-MU….
Tidaklah aku mengatakan hadirnya GEMBIRA….
Melupakan aku kepada-NYA…..
Cuma musuhnya LALAI akan cuba….
Meracun jiwaku bersama sahabatnya LEKA…
Tolonglah DUKA….
Kembalilah..bersama GEMBIRA disisiku….
Akhirnya hidupku tidak sepi lagi…
Kerana adanya DUKA dan GEMBIRA disisiku…
No comments:
Post a Comment