Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[Al-Ahzab 33 : 59]
Wahai muslimah,
Tidak perlulah kita bertegang-tegang mahu menyamaratakan hak kita dengan lelaki. Wanita dan lelaki sama, tapi bukan setara dalam segala hal. Ada perkara yang Allah beri kelebihan kepada lelaki kerana kemampuannya, ada yang kurang juga pada mereka. Begitu juga wanita. Kita tidak akan setara dalam semua perkara. Kita harus yakin bahawa Allah itu maha adil dan tidak akan menzalimi hamba-hambanya. Setiap perkara yang disyariatkan pasti ada hikmahnya. Pasti.
Dan tidak perlu juga mempertahankan hak wanita dalam Islam, kerana Islam sudah pun menjaga hak-hak wanita.
Islam itu syumul, sempurna. Cuma yang mencacatkan syariatnya adalah penganutnya. Bezakan antara Islam dan perlakuan penganutnya. Jangan terus-terusan melulu menuduh Islam itu dan ini bila melihat perlakuan salah penganutnya. Sesuaikan diri anda dengan Islam, bukan menyesuaikan Islam dengan diri anda.
No comments:
Post a Comment